Direktori Artikel Lamanwebinfo.com - Artikel Tentang Pendidikan dan Isu Semasa Di Malaysia

Cari Di Sini

    Translate to:

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Domain dan Hosting

PPG 2012: Sokongan dan Pengesahan Pengetua/Guru Besar Dalam Talian

Share

Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah mengemukakan permohonan untuk melanjutkan pelajaran melalui Program Pensiswazahan Guru 2012(PPG).

Untuk itu jangan lupa maklumkan kepada Ketua Jabatan (pengetua/guru besar) anda bahawa tarikh Sokongan dan Pengesahan Ketua Jabatan dalam talian ialah pada 01 Disember  2011 hingga 06 Disember 2011 jika tiada perubahan daripada BPG. Bukannya apa, hujung tahun ni biasanya Ketua Jabatan agak sibuk menyiapkan tugasan 2011 serta menyiapkan perancangan 2012.

Sekiranya Ketua Jabatan tidak/terlupa membuat pengesahan terhadap permohonan cikgu-cikgu, masalah yang timbul nanti ialah permohonan tidak dapat diproses.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan PPG bolehlah hubungi pegawai tajaan BPG di talian berikut: 038841091/1269/1270/1273.

Email juga boleh digunakan:

1. Cik Aida binti Mohd Arip (aida5186@yahoo.com)

2. Encik Hasmidi bin Jusoh (hasmidi_jusoh@yahoo.com.my)

3. Puan Aney Marinda binti Mohamad Amin (aneyamin@yahoo.com)

Bisnes Internet: Adakah Anda Memerlukan Sebuah Website?

Originally posted 2009-08-15 14:02:07. Republished by Blog Post Promoter

Adakah anda memerlukan sebuah website untuk memulakan bisnes di internet? Ya. Secara serius ingin saya katakan bahawa anda memang memerlukan sebuah website anda sendiri jika anda bercadang untuk menjalankan bisnes secara online.

Mungkin anda pernah mendengar atau membaca cerita tentang kejayaan orang lain menjana duit di internet dengan mempromosikan produk orang lain tanpa website. Jika anda mungkin ingin mencubanya, lupakan saja terutamanya jika anda perlu membeli produk atau perkhidmatan mereka. Apa yang mereka janjikan kepada anda tidak mungkin akan tercapai, lebih-lebih lagi jika anda baru berjinak-jinak dengan peluang menjana duit di internet.

Perkara sebenar yang perlu anda lakukan ialah memiliki sebuah website atau blog untuk mula menjana duit secara online. Anda mungkin boleh bermula dengan website atau blog percuma* tetapi ingin saya nyatakan bahawa bisnes anda akan berkembang dengan lebih cepat jika anda menggunakan website dengan nama domain dan hosting sendiri. Pada masa kini ada banyak syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan untuk domain nama dan webhosting*. Harganya berpatutan dan anda tidak perlu risau untuk menggunakan kad kredit kerana anda boleh bank in duit kepada syarikat tempatan  ini.

Tanpa website sendiri, anda tentu akan berhadapan dengan masalah berikut secara online:

1. Membina list/ senarai pelanggan anda.

2. Menjual produk affiliate. (pelanggan akan anggap sebagai produk anda sendiri)

3. Menjual produk/perkhidmatan anda sendiri.

4. Menghantar produk anda sendiri. (terutamanya produk digital)

5. Menjadikan anda sebagai seorang pakar.

6. Membina kepercayaan pelanggan.

Dengan adanya sebuah website sendiri, anda boleh menjana duit dari pelbagai sumber selain daripada menjual produk anda sendiri. Antaranya ialah menjual ruang iklan, mengiklan produk orang lain, memasang iklan syarikat gergasi seperti Google, Yahoo, Amazon, Clickbank, Ebay dan banyak lagi.

Memilih Keyword Untuk Iklan Adsense

Originally posted 2009-07-16 12:48:49. Republished by Blog Post Promoter

DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DI SINI:DUIT ADSENSE

Bagi orang mencari duit internet daripada program AdSense, mereka mencari keywords yang benar-benar membawa kemungkinan pendapatan terbaik. Lebih tinggi seorang pengiklan membayar satu keyword, maka lebih tinggilah nilai klik bagi keyword tersebut. Tetapi bagaimana anda boleh mencari keywords seperti itu untuk laman web anda? Baik, jawapan kepada soalan itu bergantung sedikit mengenai siapa anda dan apakah yang anda telah lakukan untuk mendapatkan keywords tadi. Jadi adakah anda perlu menjadi seorang yang pakar dalam bidang tersebut (pencari keywords). Tentulah tidak sebab ada caranya. Memang, jika anda benar-benar mahu mendapatkan keywords tersebut, cara yang paling baik ialah dengan membayar kepada mereka. Terdapat syarikat-syarikat yang menjalankan urusniaga dengan mencari keywords yang baik untuk pencari keywords bukan hanya untuk program Adsense tetapi juga untuk membuat SEO ke atas laman web mereka. Perkhidmatan seperti ini boleh anda dapati di “Top Paying Keywords” http://kokope.tpkeywords.hop.clickbank.net/ dan agak berbaloi menggunakan perkhidmatan mereka ini kerana dalam jangka masa yang singkat anda akan mendapat pulangan yang tinggi. BERITA BAIK untuk anda ialah jika anda bernasib baik, mereka akan memberikan 25 sampel ‘Top Paying Keyword’ kepada anda dengan hanya memberikan nama dan alamat email anda kepada mereka. Memang, jika cara ini tidak berjalan,anda boleh mengambil cara sendiri dengan mencari keywords dan mencubanya di laman web anda. Maksud saya ialah melihat berapakah bayaran bagi setiap klik daripada keyword yang anda gunakan. JANGAN sekali-kali klik iklan Adsense anda sendiri jika tidak mahu diban oleh Google. Selain itu anda juga boleh mengupah seseorang dengan upah yang berpautuan untuk mencari Top Paing Keywords untuk anda. Ini mungkin lebih senang jika pembantu anda itu adalah kenalan anda sendiri. Anda juga boleh mendapatkan pertolongan daripada musuh ketat AdSense, Overture. Perkhidmatan ini juga bukan percuma. Perkhidmatan ini boleh dijumpai di: http://www.pixelfast.com/overture/ Anda boleh juga mencuba Word Tracker http://jeremyburns.com/a/wordtracker . Apa alat ini boleh melakukan ialah memberitahu anda berapa banyak sesuatu keywords itu digunakan dan di mana. Akhir sekali ialah anda hendaklah memastikan anda tidak menggunakan kata-kata yang mati (kata-kata yang tiada dalam iklan Adsense). Jika tidak laman web anda akan dipaparkan dengan iklan kemasyarakatan atau iklan dalam Bahasa German atau Perancis.

Memilih Pakej Hosting/Webhosting Yang Sesuai Untuk Menjana Duit Internet

Originally posted 2009-08-24 11:11:54. Republished by Blog Post Promoter

Ketika merancang untuk membina laman web untuk menjalankan bisnes secara online, perkara pertama yang ramai orang perlu fikirkan ialah mencari pakej hosting yang terbaik dan harganya berpatutan. Pemilihan penyedia hosting yang terbaik adalah perlu agar bisnes online tidak terhenti sekerat jalan. Antara masalah yang akan dihadapi ketika mencari penyedia hosting yang diingini ialah kesukaran untuk memilih dan mengetahui antara penyedia hosting yang terbaik dengan yang terburuk.

Begitu juga, jika anda mempunyai beberapa laman web yang ingin dihoskan (pada penyedia hosting). Jangan sekali-kali memilih hanya satu penyedia hosting untuk menghoskan kesemua laman web anda. Gunakan syarikat yang berlainan untuk setiap laman web anda (domain name) dan pautkan kesemua laman web itu untuk menikmati SEO yang lebih baik. Jika sekiranya anda meletakkan semua laman web anda (semua domain name) dalam satu syarikat penyedia hosting, anda akan kehilangan faedah SEO. Tapi sekiranya anda mahu juga meletakkan semua laman web anda pada satu penyedia hosting atas sebab penjimatan, adalah lebih baik anda menyertai pakej hosting reseller. Cara lain yang anda boleh gunakan ialah dengan menyertai program affiliate dengan syarikat hosting anda. Dengan kedua-dua cara ini anda bukan sahaja dapat menjimatkan duit anda malah akan memperolehi komisen daripada penyedia hosting.

Sebelum memilih sesuatu penyedia hosting, anda juga perlu memastikan syarikat tersebut mempunyai sistem sokongan yang baik. Salah satu cara yang and boleh lakukan ialah dengan mengirim email kepada mereka berkenaan dengan syarikat mereka. Pastikan mereka memberikan jawapan dalam tempoh 24 jam dan pastikan juga jawapan tersebut bukan dibuat oleh mesin penjawab ( autoresponder).

Selain itu, anda juga perlu memastikan bahawa syarikat penyedia hosting itu tidak menghoskan lebih daripada 250 laman web. Jika ya, jangan pilih syarikat tersebut. Syarikat seperti ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata kerana mereka tidak akan dapat memenuhi keperluan pelanggan mereka jika diperlukan. Ingat, sesebuah syarikat penyedia hosting mesti menyediakan sistem sokongan 24 jam sehari, 7 hari seminggu (24/7) kepada semua pelanggannya.

Pastikan juga agar pakej yang anda pilih itu mengandungi pelbagai komponen yang anda perlukan (selain daripada pakej asas) untuk menjalankan bisnes secara online. Antaranya ialah komponen penting seperti  search engine submission software, link checker dan keyword generator. Ini akan memastikan anda mendapat ranking SEO yang tinggi.

OLeh itu pastikan anda membuat carian dan kajian terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menyewa sesebuah syarikat penyedia hosting.  Jika tidak anda akan rugi dan tidak akan mendapat apa-apa faedah malahan laman web andapun tidak akan dijumpai oleh sesiapapun di internet.

Email Tipu Untuk Menipu Duit Anda

Originally posted 2009-08-01 04:49:54. Republished by Blog Post Promoter

UPDATE: Seorang pesara tentera kerugian RM300,000 gara-gara email tipu disiarkan dalam Harian Metro Kelmarin (05/4/2011). Jadi berhati-hatilah kerana email mereka ini sangat mengujakan anda jika anda ingin cepat kaya tanpa buat kerja yang susah-susah. Email yang diterima oleh pesara ini  sama seperti yang saya terima dan paparkan dalam artikel ini. Kadang-kadang mereka menyebutnya sebagai ‘Business Proposal’

Pernakah anda menerima email yang menyatakan bahawa anda memenangi sejumlah wang yang besar? Email seperti ini adalah merupakan email yang ingin menipu duit anda. Jadi tolong jangan hiraukan langsung duit tipu seperti ini. Jika nak dapatkan maklumat lebih lanjut hubungi pihak berkenaan untuk memastikan mereka menipu atau tidak. Ingat jangan sekali-kali menelefon mereka tetapi kirimkan email balasan.

Antara jenis-jenis duit tipu yang dijalankan oleh sindiket atau individu melalui penggunaan email ialah:

1. Kemenangan Loteri Luar Negara

Anda akan menerima email yang menyatakan bahawa anda telah memenangi hadiah cabutan loteri yang tidak pernah anda sertai. Jadi adakah munasabah anda memenanginya? Anda akan diberi nombor kemenangan, no. siri dan jumlah duit yang anda menangi. Anda pula diminta untuk menghubungi mereka dengan segera melalui email atau telefon dengan melengkapkan beberapa butir peribadi anda.

2. Alamat Email anda Terpilih

Taktik ini pula mungkin akan menyebabkan anda akan percaya. Di mana si penipu akan menghantar email kepada anda yang menyatakan bahawa email anda telah terpilih dalam satu cabutan dibuat di United Kingdom umpamanya. Mereka akan memastikan anda akan percaya dengan menyatakan bahawa mereka daripada pihak-pihak tertentu. sperti di bawah:

=========================

Attn:Winner
Winning No:VCard/877/798/2009
Email Ref No:VCard/699/33/2009
Notification Date:20/06/2009

AMOUNT WON:500,000.00GBP (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).

This email address has brought you an unexpected luck,Your e-mail address was selected and confirmed by our co-sponsor Msn International, through their latest internet software.You are therefore been approved by Visa Card Int./Msn UK the sum of 500,000.00 (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).
===================================
CONTACT CLAIMS ADMINISTRATOR
===================================
NAME: Mr.David Fernando
Email: vcard.team@hotmail.co.uk
Visa Card® / Msn® Promotion Department
Do email the above Claims Administrator, at once with all the claims requirements below.To avoid unnecessary delay.They are needed to proceed.
Claims Requirements:
1. Full Name:_____________________
2. Address:_____________________
3. Nationality:___________Sex:________
4. Age:________Date of Birth:___________
5. Occupation:_________Martial Status_________
6. Cell Phone:___________Fax:___________
7. State of Origin:_________Country:_______
8.Winning No:_______Email Ref No:______
PROCEEDURES / RIGHTS AND PRECAUTIONS
Kindly indicate your payment option and Contact the Claims Administrator with all your claims requirements well filled @ vcard.team@hotmail.co.uk
*Mode of Payment*
(i).Delivery of Prepaid Visa card® Valued 500,000.00GBP by a registered Courier Company.

Cheers,
Secretary,(Mrs.Dora Lazmon)
Visa Card® / Msn® Mega Jackpot
2008 – 2009 Microsoft Corporation.All rights reserved

=========================

3. Meminta Bantuan Untuk  Memindahkan Dana

Email seperti ini kadang-kadang merayu anda untuk membantu mereka memindahkan sejumlah duit yang tidak dapat dipindahkan tanpa bantuan anda. Jika dilihat dengan jumlah duitnya memang amat besar.

Dilihat contoh  di bawah ini.

=========================

I am Lance Corporal Richard Donaldnelson, United States Marines of the 172nd Infantry Brigade Schweinfurt Germany.
I am on my second tour of duty in Iraq. On the 14th of may 2008 I was assigned with my unit for a raid on Baghdad’s Haifa street. In a Barbers shop we found a very large sum of American dollars running into millions.
Sadly none of my colleagues would benefit from the find because they all died in an attack the next day at the same venue.

The only officer informed of this money is Colonel Michael R. Stahlman of Marines Headquarters Battallion, Marine Corps Air Ground Combat Center, Twentynine Palms California. Unfortunately Colonel Stahlman died on October 5 from injuries sustained in a July 31 non hostile incident in Anbar Province Iraq..
A private security company helped me move the money out of Iraq through Jordan to Malaysia. I really do not know if I would make it out of Iraq alive because i still have four months to go and I have no family because i lost them all in a plane crash years ago. I would like you to take possession of this money so that if I make it out of Iraq i can start a new life and also honor my friends and family.

I want you to contact the security company as my family member so that you can take possession of the money till when i am out of Iraq.I wish to have your contact phone number and email address so I can forward it to the security company to enable them have direct contact with you as the beneficiary of the funds.
Kindly forward your reply to this email address:

Your,s Sincerely.
Lance Corporal Richard Donaldnelson.

=========================

4. Business Proposal

Email seperti adalah yang pertama saya terima . Pengirimnya menyatakan bahawa dia dari Malaysia. Dan jika sekali baca memang agak munasabah.  Baca email ini.

=========================

Greetings From, Hariyah

How are you doing, my name is “Hariyah Mazli” from Malaysia but I’m working in the UK . I will like you to listen and understand this business, there is a product called sapphire blue stone is a mineral it’s used for ring necklace and marble tiles and so many other valuable things that is recognize in the world.

The only former supplier to the company  is from Holland and he  get the product directly from one woman in Malaysia at the lower rate and sell to the company where I work at a higher rate but now the man is seriously sick and the company  is in need of this product urgently now. I am contacting you because I have the contact number of the local seller in Malaysia I am contacting you and seeking your interest because I don’t want to link the local seller to the company because of the profit that is in between.

Now is like this I want you to be the middle person to the company from UK and the local seller in Malaysia, this product is sold in Malaysia at the rate of 6.250 USD why the company can buy it from you at the rate of  11;500 USD per kilo now I want you to contact the seller in Malaysia and ask her if she still have the product in stock before I can link you up with the CEO of the company get back as soon as you receive my email for further information.

Best Regards,
Hariyah.
Please send further response to my private email on,hariyahazli01@hotmail.com

=========================

Sebenarnya banyak lagi email yang saya terima yang hampir sama seperti di atas iaitu berkenaan dengan duit tetapi semuanya duit tipu. Antaranya ialah daripada bank-bank di Malaysia, Petronas, Shell dan lain-lain lagi.

Peringatan Untuk Anda

1. Walau apapun alasannya, jangan sekali-kali anda menghiraukan email-email seperti ini kerana anda perlu ingat bahawa mereka bukannya nak memberikan anda duit mereka tetapi mereka sebenarnya mahukan duit anda.

2. Perlu diingat juga bahawa untuk memastikan agar anda terjerat mereka akan meminta anda memberikan respons dengan segera. Menurut email mereka juga, jika anda lambat memberikan respons anda akan kehilangan peluang ini.

3. Jika anda membalas email yang dihantar kepada anda beserta dengan butir-butir diri anda, maka anda akan berada dalam bahaya. Sebabnya ialah maklumat diri anda akan mereka gunakan untuk pelbagai cara.

Kesimpulannya

Dalam dunia hari ini segala-galanya memerlukan duit, jadi jangan terfikir ada orang yang mahu berkongsi duit mereka dengan anda walau dengan apa alasanpun.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.