E Penyata Gaji dan Laporan (Penyata Gaji Online) | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

E Penyata Gaji dan Laporan (Penyata Gaji Online)

Share

E Penyata Gaji merupakan satu kemudahan yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara untuk memudahkan mereka yang selalu lewat mendapat Slip Gaji.

Mungki ramai dah yang tahu dan telah menggunakan kemudahan ini tetapi masih ramai juga yang tidak tahu dan belum menggunakannya.

Dengan adanya kemudahan seperti ini mana-mana kakitangan awam yang ingin membuat apa-apa pinjaman tidak perlu lagi menunggu Slip Gaji yang berwarna hijau sampai ke pejabat masing-masing. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa bukan semua institusi kewangan boleh menerima Slip Gaji Online ini.

Untuk menggunakan atau mendapatkan slip gaji anda secara online ini pertama sekali mestilah pergi ke Laman Web  Aplikasi Slip Gaji Online.

1. Klik pada menu e-Penyata Gaji dan Laporan. (Terletak di bawah menu Perkhidmatan Online – sebelah kiri)

2. Window baru akan dibuka. Klik pada Akses Sistem.

3. Kemudian buat Pendaftaran Dahulu dengan mengklik Pertama Kali Mendatar? sebelum menggunakannya.

Semasa Pendaftaran, pastikan No. Gaji anda ada bersama-sama. Untuk Soalan Keselamatan, saya cadangkan anda menggunakan Siapa nama asal ibu anda? dan pada ruang jawapan masukkan nama ibu anda sebab senang nak ingat da orang lain susah nak teka. Jangan lupa PASSWORD yang anda bina.

P/S: Lepas ni mungkin Slip Gaji Manual tak digunakan dah kut. Manatau kan sekarang zaman ICT.

Daftar dan Login Aplikasi E-Penyata Gaji

33 comments to E Penyata Gaji dan Laporan (Penyata Gaji Online)

  • manvai

    sistem tak cepat, lambat btol… dah 2 jam sya tunggu tak kluar2 jugak… apalah punya sistem…

  • Dulu saya takde problem pun tapi tahun ni (2012) saya terpaksa daftar semula untuk masuk e penyata gaji. Guna ID dan Password yang sama. Nampaknya sistem mereka ni delete ID dan Password kita ikut suka mereka kut.

  • Roslan b Amri

    Salam semua Komen tue betul mana2 jabatan cukup susah nk buka e.penyata gaji tambah2 lagi sistem baru oleh ANM Menyusahkan kakitagan awam, harap di baiki sistem e.penyata gaji supaya lebih baik dan mudah diekses pada bila2 masa sahaja.tak berguna sistementernet yang di perkenalkan oleh Kerajaan Msia kalau hampeh..dan menyusahkan org ramai..harap maklum.t kasih

  • shima

    apa la susah sangat..dh dekat 14 kali daftar…asyik salah…x nak terima ka??pada hal dh bt ikut caranyer yg betul…jgnlah menyusahkan kalau nk bg senangkan orang….

  • Ya. Memang betul. Saya juga terpaksa daftar semula dengan menggunakan semua maklumat yang sama dengan sebelum ini. Nampak seolah-olah saya tak pernah daftar.

  • pengguna bosan

    sejak kebelakangan sistem masuk ke e-penyata gaji semakin teruk. dah le slow bila dapat katanya no. ic salah sedangkan dah berpuluh kali dah guna auto login yang sama. apa cerite ni????????????????

  • arbania

    memang la teramat lamanya nak accaes skrg ni…2 bulan lps sy guna cpt la jg..

  • Buat macam mana Zorro. Biasalah server slow sebab terlalu banyak aplikasi dilonggok dalam satu server. Mana larat nak tanggung. Patutnya ANM kena guna server yang laju sikit atau gunakan aplikasi yang ringan tapi selamat.

  • Kena tunggu masa time server tak sibuk. Biasanya sehari sebelum gaji atau tengah bula lepas gaji. TQ.

  • rosdi

    heran…..kenapa anm x bleh bukak.susah la kalau mcm ni

  • zorro moden

    sampai bila mau tunggu pay slip sampai kucing boleh terbang kot lembab benor dulu dulu o.k bulan ni hampeh tolong perbaiki lagi apa apa yang boleh diperbaiki bangun bangun bangun jangan tidur lagi hari dah siang buat senaman baru cergas tak lembab….

  • Ann

    cuba klik address ni..[ http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx ]..lmn web ANM telah di’cache’ sbb tu tak boleh buka..mula2 sy pun mengalami masalah nk masuk..saya try search kat google..kemudian buka laman ‘cache’ baru boleh masuk..cuba la.. http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

  • Alan

    Susah nk dpt slip gaji t.baru’ sistem xdpt connect.. selalu jer dpt inform sistem ANM slip gaji online sedang dikemaskini’ upgred.. cepat buat perubahan @ bg jer slip gaji spt. dulu.. senang, mudah & on time..

  • dul

    sistem canggih apa yg d perkenalkn ni,menyusahkn kakitangan awam ja,daftar masuk berjuta kali pn x dpt2 masuk,apatah lg nak print penyata gaji sendiri.mansuhkn ja la sistem terburuk….da hampir 1 minggu ni,sistem down,apa barang????????????????????????????????????

  • tunggulzzzz

    bulan bulan lepas aku buat senang aje tapi sejak kebelakang ni memang susah nak ekses nampak macam canggih tapi makin hampeh

  • cikgu kaya pahala

    dah tiga kali dari 5 julai hingga 25 julai saya xdapat buka laman web anm.. penyata gaji bulan jun pun belum sempat print atau save.. Sebelum buat sistem dan publish, evaluate dulu..!! sama penyakit dengan sistem saps la nie.. mentaliti nak cara negara maju, tapi kaedah pun kena dipermaju tuan-tuan.. bersedia dengan beberapa penyelesaian cepat.. martabat dipertaruhkan.25 julai jam 11.48 malam..

  • FIAN

    OK LA… KEKADANG LINE SLOW. LAMBEK

  • Sy xfaham langsung.makin maju teknologi patut makin mudah.tapi yang berlaku sebaliknya.rasa lg senang slip gaji yang cara dulu.on time je dah ada kat atas meja.sekarang apa sudah jadi…langsung nak masuk susah.sekarang dah berapa bulan dah x tengok slip gaji.pihak pengurusan sila pandang serius pekara ini…

  • Laman web ni memang kadang-kadang hang. Terutama sekali bila ramai sangat yang masuk. Kedua takleh buka sebab alamat web tak lengkap contoh kalau guna Internet Explorer mesti kena tulis penuh alamat dia, http://www.anm.gov.my. baru boleh bukak.

  • website anm nape xleh bukak????

  • Cuba save dalam komputer. Biasanya saya save dulu baru print. Tq.

  • ila

    saya boleh akses masuk tp takleh print dan tak keluar penyata dia keluar sampai jadual saje….. knp ye asyik jadi blank aje…

  • IZAD

    senang je,sy daftar x sampai 1 minit.. login terus blah print.
    kalo x tau buat suruh org lain buatkan..baru faham caranya.

  • Ni masalah kecik ni. Sebenarnya masalah ID dah ada ni disebabkan id yg kita nak guna tu ada orang lain yag guna. So kita kenalah cipta Id yg lain. Paling mudah gabungkan nickname/nama manja kita dengan tarikh lahir (contoh ayang0384), confirm tak sama dgn org lain.

  • she

    gagal daftar, belum daftar msg kata id dah ada..susah ler.

  • azlan

    saya sudah beratus kali mencuba untuk mendaftar aplikasi e-penyata ini, tetapi jawapan tetap sama… GAGAL, tiada rekod ditemui…

  • Salam,

    Saudara kena cuba lagi dan kalau boleh pilih masa yang sesuai. Connection internet pula perlu okay ketika daftar jika kerana jika sistem down saudara perlu daftar semula (isi borang).

  • JOHARI RADZAK

    SAYA DAFTAR MASUK BERPULUH KALI TAPI JAWAPAN GAGAL…. MCM MANA NI….

  • mima

    Terima kasih kepada kerjaan M\’sia dan khususnya Jabatan Akauntan Negara M\’sia kerana salama saya bekerja di mana-mana Jabatan Kerajaan selama 25 thn saya tidak pernah menghadapi masalah untuk mendapatkan slip gaji tetapi setelah di perkenalkan cara baru ini sejak mula di kuatkuasakan sehingga hari ini 23.Nov.2010 saya belum pernah berjaya mendapatkan slip gaji hanya saya sempat mendaftar sahaja dan setiap hari saya cuba buka tetapi TIDAK BERJAYA…
    Bukan saya sahaja yang menghadapi masalah ini kebanyakannya kakitangan kami semua menghadapi kesukaran yang sama apatah lagi mereka yang berada di luar bandar… Aduhai tolong lah kami…
    kami sangat memerlukanya untuk urusan perkhidmatan… tolong kembalikan cara lama…

  • Saudari Wanie,

    Mungkin ketika saudari buka tu server tengah sibuk kut. Maklumlah dekat nak raya dan cuti ni ramai yang nak buat personal loan. Setakat ni saya tiada menghadapi sebarang masalah untuk buka, view dan print E-Penyata. Maklumlah kat sekolah tiada line internet jadi kena jadi tukang buka dan print untuk member-member.

  • wanie

    canggih memang canggih tapi setiap kali masuk http://www.anm.gov.my slalu blok jer..sempat daftar tapi nak buka balik print tak boleh plak…kenapa anm blok.website lain boleh plak buka.

  • Saudari Linda,

    Kemungkinan besar pegawai yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengakses epenyata gai di tempat saudari telah mendaftarkan maklumat saudari. Sila dapatkan kepastian daripada majikan atau pihak pentadbir sebab saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengakses e-penyata gaji saya.

  • linda

    best…mmg best tapi selalu x dpt masuk n daftar 4 1st time
    dah xleh dftar mcm ner nak print slip gaji plak

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: