EG Tukar: Pertukaran Guru Secara Online | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

EG Tukar: Pertukaran Guru Secara Online

Share

Originally posted 2010-03-21 14:34:25. Republished by Blog Post Promoter

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memaklumkan di dalam laman web rasmi KPM bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2010 untuk Guru DGA 29, DG41, DG32(KUP) dan DG44 (KUP) secara on-line di   EG -Tukar Online bagi seluruh negara akan dibuka mulai 1 hingga 25 April 2010. Keputusan permohonan pertukaran untuk bulan Jun 2010 pula akan dikeluar mulai 28 Mei 2010.

Sementara Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri bagi gred hakiki DG32, DG44, DG48, DG52 dan DG54 perlu memohon secara manual dengan mengunakan borang e-GTukar yang boleh di peroleh dari (“menu bantuan”) dan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebelum anda dapat memohon Pertukaran Secara Online, anda perlu terlebih dahulu mendaftarkan di Pendaftaran EG-Tukar Guru untuk mendapatkan
ID Pengguna dan Kata laluan. Pastikan No. Gaji ada bersama dengan anda ketika hendak mendaftar masuk (sign up).

Anda juga boleh mendapatkan syarat-syarat permohonan, panduan dan senarai guru yang tidak layak memohon secara online dipautan ’Info EG Tukar’. Di menu bahagian atas sebelah kanan paparan.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

127 comments to EG Tukar: Pertukaran Guru Secara Online

  • Saudari Fieza boleh check laman web Kementerian Pelajaran untuk memohon kursus KPLI jika dibuka semula dan juga laman web negeri untuk memohon Guru sandaran tidak terlatih jika ada sebab guru sandaran tidak terlatih dah tiada. Inipun selepas saudari tamat kursus. Tq.

  • salam…sy pelajar lepasan stpm..sy gagal menempatkan diri di IPTA, ttapi sy sedang mengikuti pelajaran di peringkt ijazah di IPTS…sy cukup teringin mengajar pelajar yg duduk di kawasan pendalamn seperti sabah dan sarawak..tetpi sy tidak tahu bagaimana sye ingin memohon untuk mendapatkan borang nye…..

  • redha

    aslkum. isteri sy mngajar di sk jemukan samarahan sarawak. opsyen pendidikan islam (jqaf). sesiapa yang berada di semenanjung di mana saja yang ingin bertukar ke sarawak mohon menghubungi kami.0199899267

  • PELIK

    SAYA SEORANG ANGGOTA BADAN BERUNIFORM,SAYA DITUKARKAN ATAS ARAHAN JABATAN SAYA,SEPATUTNYA ISTERI SAYA AUTOMATIK BOLEH BETUKAR MENGIKUT SUAMI,TAPI FAHAM2 SAJA JPM PUNYA KERENAH,YANG SEBENARNYA ADA 2 SYARAT UTAMA UNTUK MEMUDAHKAN PETUKARAN GURU,1.KRONI,2.KABEL,SAYA DAH P BUAT SURAT SECARA MANUAL,PANDANG PUN TIDAK,SIAP JAWAB BUKAN MASALAH SAYA LAGI,KUARTERS DH KENA KUAR,ISTERI N ANAK2(2-9 THN)MENUMPANG UMH SEDARA,NK DJADIKAN CITA BRUNI ORG UMH SYA MASUK HOSPITAL,KNA TAHAN WAD,BAYANGKN PNGURUSAN ANK2 SAYA,SAYA DIUTARA TANAH AIR,SYA CUKUP HERAN MCMMANA DEPA PIKIAQ,ALASAN PUNYA KUKUH TPI BGI DEPA LAGI X KENA BATANG IDUNG SENDIRI…

  • ibu sedih..

    sy mengajar d lepar hilir 3 dr thn 2009.option pemulihan khas sekolah rendah.sy nk masuk ke negeri terengganu.dr sy tiada anak smpai la sy dah beranak dua.masih x dpt tkr.suami kerje d kerteh.klw dpt masuk kemaman ke,dungun ke,ok jgk..sesiapa yg ade maklumat ade kekosongn sebelah sne tlg bgtau ye..

    no telefon : 0139838179

  • Cikgu Merpati

    Salam. saya mencari sesiapa berminat untuk suka sama suka tukar tempat mengajar. saya dari KL ingin mencuba berkhidmat di negeri Borneo.. iaitu Sabah.. sesiapa berminat boleh lah hubungi saya…

  • Cikgu Ryan John

    Saya mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Nabawan, Sabah. Opsyen BM/Sejarah.Kalau ada guru yang sedang berkhidmat di area Kota Kinabalu(Papar, Penampang,Inanam, Menggatal dan lain2)ingin bertukar secara suka sama suka dengan saya.Hubungi saya segera:0198210641..Harap-harap ada..

  • Salam. Admin tiada kuasa untuk apa-apa perkara berkenaan permohonan pertukaran. Admin hanya membuat platform ini agar pihak yang berkenaan dapat melihat permasalahan yang dihadapi dan dikemukakan oleh pihak guru. Untuk pengetahuan saudari, semua permohonan pertukaran guru adalah melalui beberapa peringkat pengesahan dan sokongan iaitu Guru Besar (sekolah), Pegawai PPD, Pegawai JPN dan barulah ke KPM walaupun secara online (eg Tukar). Jadi jika permohonan tidak disokong atau disahkan di mana-mana peringkat tersebut maka dukacitalah keputusannya. TQ.

  • marina mohd abdullah

    Assalamualaikum wbt..

    saya ingin menyuarakan rasa kesal terhadap proses permohonan pertukaran guru. Saya mempunyai seorang rakan perempuan yang tinggal di Kelantan tetapi suaminya bertugas sebagai guru JQAF di Sabah sudah 5 tahun.Malang menimpa apabila rakan saya ini ditimpa ujian apabila saraf optiknya telah mati dan telah disahkan oleh pakar mata dari HUSM.Pasangan ini mempunyai 3 orang anak termasuk bayi yang baru lahir baru-baru ini (bulan Februari 2012). Lebih malang lagi apabila ibu rakan saya adalah penghidap penyakit barah payudara dan bapanya pula adalah bekas pesakit strok.Rakan saya ini hanya mengharapkan bantuan ibu bapanya yang juga sakit bagi membantu beliau menguruskan anak-anak.Permohonan pertukaran dibuat setiap tahun namun jawapan yang diterima adalah hampa.

    Persoalan saya adalah sejauh mana sebenarnya setiap permohonan diteliti dan diperiksa sedangkan jawatan guru JQAF diperlukan setiap tahun.Apa salahnya guru baru dihantar ke sana bagi membolehkan suami beliau ditukar ke Kelantan??saya percaya guru yang baru boleh bila-bila masa berkhidmat sebagaimana suami beliau mula-mula ditugaskan dahulu.

    Sya memohon jasa baik kepada administrator web ini agar lebih peka kepada setiap permasalahan guru.Cubalah untukl meletakkan rasa empati pada diri kita dalam menyelami masalah orang lain..Ingatlah Allah akan membalas di atas apa yang kita lakukan. Wallahu a’lam.

  • haliza

    Saya berkhidmat di kota bharu selama 11 tahun. Mengajar sejarah 2 di tingkatan 6 .Ingin bertukar ke kawasan kajang/ putrajaya. Kalau ada yang berminat nak balik sini boleh telefon 013-3712214.

  • hafizah

    smpi bile baru nk bagi saye pindah…nk tunggu smpi ank2 x kenl ayah sendiri…tunggu saye bercerai berai dlu….mane ketulusan kementerian menempatkan guru2

  • dyla

    Salam.Nape susah sgt nak tukar..Cian bapa saudara sy..tak dapat tukar utk 2012..dia dah stress kat pendalaman sarawak dan 4 tahun..dia bgtau setiap kawasan cuma 1 org je yg dpt..dan tak da guru yg baru di posting kat sana.Sepatutnya guru baru antar la posting kat sana ganti guru yg dah lama..sama-sama la rasa..cian guru2 yg dah 3,4 tahun kat sana..ada sapa boleh tolong @ ada cadangan untuk rayuan permohonan..

  • imran

    setiap kali keputusan egtukar keluar pasti akan terdergar rintihan dan keluhan yang keluar dari guru yang tidak dapat berpindah..memang benar terdapat kepincangan dan ketidaktelusan pegawai yang menguruskan proses perpindahan ini.istilah “kabel” memang wujud dalam proses ini.itu hak kita untuk memohon berpindah yang mempunyai alasan yang kukuh.cadangan supaya perkara ini ditujukan kepada pihak atasan supaya perpindahan guru ini dapat dilakukan mengikut prosedur yang betul.jangan hanya melaungkan kenaikan gaji sahaja tetapi banyak isu dalam pendidikan yang masih lagi diberikan perhatian.

  • enborhan

    Salam admin..

    just nak tau macam mana prosedure nak buat rayuan pertukaran antara negeri.. perlu terus ke putrajaya atau perlu melau JPN dulu… mudahan result pertukaran bulan nov ne diterima.. aminn…

  • ngu

    rasa org kpm kejam sebab x biar kita yg nak indah tapi x hirau..rasa x mereka ada urus permohonan kita dgn baik-baik?

  • JEM

    yang memohion pindah tu memang nak pindah, tak kira apa alasan, tak da lah yang nak main2, kalau dah cukup syarat sokong ja lah, kalau yang baik tu, di sekolah baru pun dia baik juga, pun berkhidmat untuk negara malaysia .

  • man

    kesian tengok masalah cikgu-cikgu yg nak tukar tidak dpt…plg kesian tidak di sokong pentadbir…GB n Pengetua dlm keadaan selesa jd kenapa dia masih mementingkan kepentingan diri dan sekolah dia. sdgkan guru yg nak bertukar ni sarat menanggung pelbagai masalah dan kerumitan hidup.kadang-kadang bila tengok pengetua n GB org tempatan hidup bahagia dan blh beriadah hujung minggu bersama keluarga guru-guru yang memohon bertukar berkali-kali tidak lulus ni ada juga rasa cemburu di hati.kenapa mereka menidakkan hak aku?aku juga ada keluarga dan anak-anak…kita hidup sbg manusia ni hidup biar la sama-sama menolong.kalau kita kejam dengan orang,satu hari esok bila anak kita dah bekerja mungkin perkara yang sama akan terjadi dekat anak kita.Bukankah kerja guru itu ‘patah tumbuh hilang berganti’.bukan semua pun cikgu nak minta keluar.-sekadar pandangan peribadi-

  • Imah Jqaf

    Assalamualaikum… sape2 dari kelantan/Tanah Merah/Pasir Puteh/Bachok (Jqaf) yang nak tukar ke Grik…suka sama suka hubungi saya

  • cikgu zan

    Sesiapa yang nak tukak suka sama suka…dari Selangor ke Johor, opsyen BM…sila e-mail

  • Nuar

    Itulah lumrahnya kerja guru….beri ilmu & kejayaan kepada orang lain tetapi diri sendiri hidup tidak semegahnya dan semulia mana dikemudian hari…..tapi sebabnya kebaikan IKHLAS itu ada pada diri guru…semua itu dipendamkan sahaja demi ikrar yg telah dipegang…..janji mesti dikota utk melahirkan insan yang cemerlang dan gemilang……so bantulah guru2 yang perlu dibantu demi kehidupan terjamin dan kebahagiaan dapat dikecapi..

  • mr j

    amat seksa jiwa saya apabila saya berada di perak tetapi isteri di johor..permintaan sering kali ditolak.. saya berasa tertekan kerana hidup bersendirian. segala perkara tidak dapat berjalan dengan lancar. makan dan minum tidak terurus. hanya luahan perasaan kepada rakan-rakan yang mampu dilakukan. tp berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.rakan-rakan yang kahwin sebelum kami sudah menimang cahaya mata. kami masih lagi tiada rezeki.. umur semakin bertambah. kos yang ditanggung untuk pergi ke johor memakan jumlah yang byk..paling kurang pun rm400 lebih (tol dan minyak kereta)untuk pergi dan balik..disebabkan saya kekurangan wang, saya pernah menaiki motorsikal (lagenda) dari Perak hingga Johor..alangkah seksanya hidup ini..tiada siapa yang peduli..saya memohon sesiapa yang melihat komen saya ini agar dpt membantu..semoga Allah s.w.t juga akan membantu anda semua..Terima Kasih.

    No telefon: 013-5298457
    Memohon Isteri di Kulaijaya (Johor) ditukar ke Ipoh (Perak).

  • ROHANI BTE MOHD NOR

    Salam satu Malaysia..
    Tukar Suka Sama Suka….bole juga cuba-cuba setelah mohon di JPm gagal diluluskan…kalo ada guru-guru yang mengajar bahasa inggeris di kawasan Melaka Tengah tapi tinggal di Jasin bole lah kita tukar sebab saya mengajar di Jasin area dan tinggal di Melaka Tengah….awal tahun 2011 ditukarkan alasan JPM kekurangan guru bahasa inggeris di Jasin area…..??????bole call Rohani Mohd Nor 016-6044898

  • saya memohon beberapa pertukaran kerana masalah isteri yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan urusan anak-anak tetapi tidak di layan dan alasan pegawai ini amat diperlukan.Sudah berkhidmat 11 tahun ditempat yang sama dan pengurussn tidak ada perikemanusiaan. apa komen rakan 2 cikgu.

  • Tahniah cikgu. Memang cikgu cukup beruntung. Ramai juga cikgu yang guna cara cikgu tapi tak dapat. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Jadi kepada semua cikgu yang ingin bertukar tapi belum dapat terus berusaha/memohon (buat rayuan) biar sampai semua pegawai kenal dan tahu anda memang betul-betul nak bertukar.

  • Kalau guru besar tak sokong memang susah. Kalau guru besar yang ada budi bicara dia akan tulis “Disokong jika ada pengganti”.

  • hidayah

    salam admin..untuk pertukaran jun, boleh ke untuk kemukan rayuan ke putrajaya..sekiranya guru besar tidak menyokong permohonan pertukaran, adakah permohonan tidak akan diproses?

  • mamasedih

    Masih berusaha hubungi BPG untuk pertukaran IPG (pjj jun 2011) , tapi berpuluh kali tiap2 hari telefon tidak berangkat ( 6 line diberikan)…..nak mohon tukar IPG terus coz dapat pindah @ perlu daftar dahulu di IPG di sini sebelum dibenarkan mohon tukar ker IPG lain mengikut tempat yg terdekat dgn sekolah baharu. Jauh tu..Penang-Melaka.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: