E Penyata Gaji dan Laporan (Penyata Gaji Online): Mulai Bulan Oktober 2010 | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

E Penyata Gaji dan Laporan (Penyata Gaji Online): Mulai Bulan Oktober 2010

Share

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai ePenyata gaji dan laporan gaji tahunan (Penyata Gaji Online) tak sangka pula mulai bulan Oktober 2010, pihak Jabatan Akauntan Negara telah menghentikan penggunaan Penyata Gaji bulanan dan Penyata Gaji Tahunan  bercetak. Maknanya mulai gaji yang diterima pada 25 Oktober lalu tiada lagi slip gaji.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengakses dan mencetak ePenyata gaji bulanan anda dengan cara mendaftar dahulu seperti yang telah saya terangkan dalam artikel sebelum ini. Perlu diingat untuk mendaftar anda perlu memasukkan no. gaji.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet pula, pihak majikan atau pentadbir akan melantik seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk memuat turun ePenyata gaji untuk semua kakitangan di jabatan tersebut.

Bagi anda yang ingin mengakses sendiri ePenyata gaji anda, dapatkan maklumat daripada pegawai yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak majikan anda. Jika di sekolah dua orang pegawai akan dilantik untuk mengakses maklumat berkaitan dengan ePenyata gaji.

Jika anda tidak mendapatkan maklumat untuk mengakses ePenyata gaji seperti PASSWORD maka kemungkinan besar anda tidak boleh masuk ke dalam aplikasi tersebut. Semua pendaftaran baru juga akan ditolak/reject  oleh sistem.

Baca Maklumat Berikut berkaitan dengan E-Penyata Gaji.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: