Elaun BISP: Diteruskan atau dimansuhkan?| Elaun BISP | PPSMI | Matematik dan Sains | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Elaun BISP: Diteruskan atau dimansuhkan?

Share

Originally posted 2009-10-31 13:11:02. Republished by Blog Post Promoter

Ketika kerajaan mengumumkan perlaksanaan PPSMI pada tahun 2003, elaun Bahasa Inggeris untuk Subjek Pendidikan atau ringkasnya BISP telah diperkenalkan untuk memujuk guru-guru Matematik dan Sains untuk mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris.

Kini, kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012. Jadi adakah bayaran elaun BISP akan diteruskan pada atau selepas 2012? Atau elaun tersebut akan digantikan dengan elaun lain yang akan dibayar kepada guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ekoran perlaksanaan MBMMBI pada 2011?

Daripada maklumat yang saya terima daripada kawan-kawan guru, ada pegawai sama ada dari PPD atau JPN menyatakan bahawa belum ada kepastian lagi. Tapi kemungkinan besar menurut mereka, elaun BISP kepada guru-guru Sains dan Matematik akan dimansuhkan kerana elaun tersebut dibayar kepada mereka kerana mereka mengajar subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris. Jadi apabila PPSMI dimansuhkan maka pengajaran Sains dan Matematik bukan lagi dalam Bahasa Inggeris tetapi dalam Bahasa Melayu untuk Sekolah Kebangsaan, Mandarin untuk SJK(C) dan Tamil untuk SJK (T). Untuk guru-guru Bahasa Inggeris pula menurut mereka, ia mungkin akan diteruskan tetapi dengan sedikit tambahan tugas kepada guru-guru Bahasa Inggeris.

Mengenai elaun untuk guru-guru Bahasa Melayu pula masih belum pasti. Tetapi ramai guru-guru Bahasa Melayu berpendapat bahawa Bahasa Melayu kini adalah subjek kritikal kerana kebanyakan guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah menjadi guru Sains dan Matematik selepas menghadiri kursus ETEM’s selama 2 minggu. Bayangkanlah guru Bahasa Melayu yang menghadiri kursus Bahasa Inggeris tiba-tiba menjadi pakar Sains atau Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Pelik tapi benar. Jadi mungkin salah satu sebab kenapa kerajaan memansuhkan PPSMI ialah kerana adanya guru-guru seperti ini.

3 comments to Elaun BISP: Diteruskan atau dimansuhkan?

  • Aishah

    Sebaik-baiknya..xperlulah elaun tersebut di tarik balik, tapi diganti kepada guru yang mengajar melaksanakan dasar KSSR/MBMMBI/PBS….cikgu-cikgu sekarang banyak membuat tugas-tugas data pengkeranian tanpa ada elaun khas.

  • Ditamatkan untuk guru Subjek Math dan Sains Tahun 1 sahaja untuk tahun 2011 sebab dah tak diajar dalam BI. Untuk cikgu BI Tahun 1 saya kurang pasti. Tapi jika guru tersebut mengajar Math dan Sains kelas lain (Tahun 2 hingga 6) BISP masih dibayar. Sila rujuk balik Garis Panduan Pembayaran BISP yang digunapakai pada tahun 2003. TQ.

  • farid

    betul tak elaun bisp sudah ditamatkan tahun ini? ada guru mengatakan elaun tersebut hendaklah diganti kerana ppsmi sudah tiada

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: