Pengambilan Guru: Nisbah Guru Lelaki Dan Wanita Diseimbangkan
Originally posted 2010-04-17 02:25:36. Republished by Blog Post Promoter
Semalam, 16 April 2010 Timbalan Menteri Pelajaran telah memaklumkan bahawa mulai tahun ini (2010) nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan.
Menurutnya pengambilan pelatih guru tahun ini ialah 50 peratus calon lelaki dan 50 peratus lagi wanita.
Selain itu beliau juga memberi jaminan bahawa mulai tahun ini juga pengambilan guru antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak juga akan dibuat secara adil di mana 40 peratus pelatih adalah dari Semenanjung dan 30 peratus lagi masing-masing dari Sabah dan Sarawak.
Langkah untuk menyeimbangkan pengambilan guru lelaki dan wanita ini mungkin satu kebaikan untuk golongan lelaki tetapi janganlah nanti bila dah tiada pilihan mereka (lelaki) yang tidak ada kelulusan yang setarafpun diambil untuk memasuki Institut Pendidikan Guru yang telah dinaik taraf menjadi universiti. Kita tidak mahu nanti guru-guru lelaki yang menjadi guru tanpa kelayakan yang sepatutnya ini akan menjadi ‘duri dalam daging’ bidang pendidikan negara.
Berkenaan dengan disiplin pula, saya kurang setuju sangat bahawa jika guru lelaki ramai masalah disiplin boleh dikurangkan. Punca utama yang membawa kepada masalah disiplin yang teruk di sekolah-sekolah pada masa kini bukanlah kerana kurangnya guru lelaki tetapi para guru telah kehilangan ‘kuasa’ yang selama ini mereka gunakan untuk melahirkan ‘Pemimpin-pemimpin’ dan manusia-manusia yang berguna yang kini sudah mencapai usia emas. Saya sendiri dididik oleh guru-guru yang garang, pernah kena rotan, kena cubit dan sebagainya. Tetapi sekali-kali tidak akan berani melaporkannya kepada ibu bapa. Jika tidak, lagi teruk dikerjakan.
Sekarang ni, kalau jentik atau sentuhpun guru akan menerima ugutan saman atau terus kena saman. Ibu bapa terlalu percaya kepada cakap anak-anak mereka dan akhirnya bila anak-anak mereka menjadi sampah najis dadah atau penyangak, guru juga yang disalahkan dan ditohmah tidak pandai mendidik anak-anak murid.
Itulah kebanyakan ibu bapa masa kini yang bijak pandai tapi tidak cerdik (bodoh sombong).
Pihak Kementerian Pelajaran pula tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa mengikut sahaja desakan para ibu bapa yang bijak pandai ini. Apa nak buat sebab terlalu banyak NGO-NGO yang bijak pandai tapi bodoh sombong di negara kita. Kerana jika pihak kerajaan cuba mengubah apa-apa bentuk hukuman yang memberi kuasa lebih kepada para guru, pihak NGO akan keluarkan idea-idea Hak asasi manusialah, hak kanak-kanaklah dan sebagainya. Akhirnya anak-anak ibu bapa yang bodoh sombong ini juga yang rugi. Kalau yang kaya raya tu takpalah masuk jelpun akan dijamin oleh ibu bapa mereka.
Tiada Artikel Berkaitan.
























