Peperiksaan PTK: Cara Mendapatkan Keputusan Anda
Originally posted 2009-08-25 05:59:54. Republished by Blog Post Promoter
Semenjak dua tiga hari ni, banyak sangat query atau carian berkaitan dengan Keputusan Peperiksaan PTK di blog ini. Walau bagaimanapun saya meminta maaf kerana blog ini tidak ada akses untuk memberikan atau mengeluarkan mana-mana keputusan peperiksaan awam dan begitu jugalah dengan keputusan Peperiksaan PTK.
Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan para pelawat blog ini, di sini saya sertakan cara untuk mendapatkan keputusan Peperiksaan PTK anda dengan CEPAT, TEPAT dan RAHSIA (hanya anda yang tahu). Caranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan SMS Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Langkah-langkah menggunakan sms.
1. Pergi ke menu mesej di handphone anda. Pilih ‘create new message‘ (mesej baru).
2. Taip “PTK jarak No IC baru”
Contoh: PTK 701212025353
3. Hantar ke: 39003 (caj yang dikenakan ialah RM0.30)
4. Selesai dan tunggu mesej sampai.
Itu sahaja.
Jika anda akan mengambil Peperiksaan PTK dalam masa terdekat ini, anda boleh membuat latihan secara online melalui LINK INI.
Semoga berjaya dan sukses selalu.
Artikel Berkaitan:
























