Eg-Tukar: Pertukaran Guru Untuk Januari Tahun 2011 | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Eg-Tukar: Pertukaran Guru Untuk Januari Tahun 2011

Share

Originally posted 2010-08-17 12:43:02. Republished by Blog Post Promoter

Makluman untuk semua guru yang ingin bertukar pada sesi persekolahan 2011. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru pada Januari 2011 pula dijangka akan dikeluarkan mulai 15 November 2010.

KPM juga memaklumkan bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2011.

Anda juga diminta untuk menyemak dan kemaskini maklumat anda (Maklumat Emis) melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Sekiranya para guru menghadapi apa-apa masalah bolehlah menghubungi nombor di laman web bantuan ini.

Laman web aplikasi eg-tukar (setakat 17 Ogos 2010)

74 comments to Eg-Tukar: Pertukaran Guru Untuk Januari Tahun 2011

  • Ikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.

  • alia

    salam, saya mengajar di sekolah menengah…boleh ke kalau nak mohon tukar ke sekolah rendah?terima kasih~

  • majie

    tapi saya masih bersabar, namun kesabaran manusia ada batasannya. saya bulatkan hati dengan penuh tekad sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada anak2 dan isteri saya, saya x teragak2 membawa perkara ini ke muka pengadilan walau ke pengetahuan pucuk pimpinan sekalipun. seperti pepatah di dalam tentera ” sebiji bom tidak akan meletup jika tuasnya tidak dibuka, tetapi jika ia terbuka ia mampu mencederakan pihak musuh”…..

  • majie

    Bagaimana pula nasib isteri saya yang telah menjangkau 6 tahun di sarawak, bagaimana nasib anak sulung saya yang baru berusia 2 tahun yang berada di kelang dan bagaimana pula nasib anak saya yang berumur 3 bulan yang berada di kedah, saya sendiri berada di kuantan. adakah perlu saya menunggu 6,7,8,9,10 tahun lagi untuk isteri bertukar ke semenanjung, setelah permohonannya setiap tahun gagal. disebabkan ini terlihat saya pada anak sulung saya berada di dalam kemurungan mungkin memikirkan kemana ibu-dan bapanya hinggakan terpaksa tinggal bersama orang lain. fikir2kan lah.. jangan kerana masalah dunia anda memutuskan silaturahim orang lain yang akan di adili di akhirat.

  • cikgu selangor

    utk kesekian kalinya, husband apply x dpt..dr bujang smpi la kawen smpi la nk dpt anak..huhu..sy x bleh nk ikut ke sana(miri, sarawak) sbb sy sek men, husband sek ren..lg pon, dia pedalaman, dr pekan kne naek 4WD 2 jam, bot 2 jam..kalo jd pape, mmg x smpt(klinik, emergency etc)..mak mertua plak dah berumur sgt..stress sgt2..dlu bleh la sabar gi..ni pon sepjg mengandung husband xde..cemana ek nk buat rayuan??

  • salam saya cikgu ruby dari sekolah vokasional kuala klawang negeri 9,saya ingin berpindah mengikut suami ke lumut perak kerana suami seorang tentera laut diraja malaysia.memandangkan sekolah vokalsional ingin menjadi kolej,saya ingin berpindah kerana tiada bidang saya di vokasional.sy hanya guru pjk sahaja.harap ada yang membantu email ruby_sejati@yahoo.com.my atau fbook ruby Bee

  • suzie shariff

    salam… saya berminat untuk bertukar ke kuala lumpur kerana suami bekerja di sana, masalah saya ialah dh 3-4 hari saya cuba online tp tak boleh nk msuk2 pun. saya risau sbb tarikh untuk online hampir tamat ni…

  • trini

    salam 1 Malaysia
    Saya ada 1 pertanyaan dan berharap kalian dapat menolong saya. saya telah mengisi e-gtukar pada 6/9/2011,dan telah memohon untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mengajar. Tetapi pada hari ini saya ingin menukar tempat mengajar ke Perak. saya dapati guru besar belum menbuat pengesahan lagi, jadi saya pun mengemaskini maklumat pemohonan saya, menukar dari Kuala Lumpur ke Perak. adakah pemohonan saya ke Perak sah? atau masih kekal pemohonan saya ke Kuala Lumpur? Saya amat berharap kalian dapat memberi maklumat kepada saya… saya dahului dengan ucapan Terima Kasih…

  • Hanim Muhammad

    Saya Pn Hanim bercadang nk berpindah ke Kuantan dr Terengganu..Sy Gred DG 44 Hakiki Ketua bidang Sains & Maths…Sy cuba melayari e-tukar ttp dapati hanya utk DG 44 KUP..Mcm mn nk isi borang tukar ya..boleh ke sy menjadi guru penolong semula? Harap dpt maklum balas

  • mr j

    amat seksa jiwa saya apabila saya berada di perak tetapi isteri di johor..permintaan sering kali ditolak.. saya berasa tertekan kerana hidup bersendirian. segala perkara tidak dapat berjalan dengan lancar. makan dan minum tidak terurus. hanya luahan perasaan kepada rakan-rakan yang mampu dilakukan. tp berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.rakan-rakan yang kahwin sebelum kami sudah menimang cahaya mata. kami masih lagi tiada rezeki.. umur semakin bertambah. kos yang ditanggung untuk pergi ke johor memakan jumlah yang byk..paling kurang pun rm400 lebih (tol dan minyak kereta)untuk pergi dan balik..disebabkan saya kekurangan wang, saya pernah menaiki motorsikal (lagenda) dari Perak hingga Johor..alangkah seksanya hidup ini..tiada siapa yang peduli..saya memohon sesiapa yang melihat komen saya ini agar dpt membantu..semoga Allah s.w.t juga akan membantu anda semua..Terima Kasih.

    No telefon: 013-5298457
    Memohon Isteri di Kulaijaya (Johor) ditukar ke Ipoh (Perak).

  • PN Chin perlu rujuk kepada majikan puan untuk maklumat berkaitan kerana ia melibatkan majikan puan. TQ.

  • Sila hubungi Bahagian Pendidikan Khas KPM/ Bahagian Pendidikan Islam jika pelantikan cikgu dibuat oleh KPM. Jika oleh JPN sila hubungi JPN berkenaan. TQ

  • noraini pauzi

    saya berminat nak pindah ke kelantan.mana-mana daerah pun tak kisah..tapi kalau boleh ke gua musang.saya mengajar math/ict di nilai,negeri sembilan..klu ada sesiapa nak tukar suka sama suka tolong hubungi saya

  • PN CHIN

    Salam 1 malaysia,

    kini mengajar di matrikulasi selangor (lebih setahun). dulu di matrik labuan (lbh 4 tahun).
    saya ingin bertukar ke sekolah menengah tahun depan jan 2012. sebab ikut suami yang duduk di kepong baru. anak baru umur 3 bulan. terpaksa berjauhan. nak kata dekat tak sangat. perjalanan 2 jam.
    saya berjawatan hakiki dg 44, kalau boleh ajar tingkatan 6.
    adakah cara memohon seperti guru-guru lain? isi borang secara manual?
    perlukah saya merujuk kepada PP(zon sentul) WPKL?

  • roslina ab. rahman

    assalaamualaikum…saya adalah guru tambahan pendidikan islam (GTPI)sekolah rendah. saya mengajar kelas pra sekolah, kelas pendidikan khas dan kelas aliran biasa. saya ingin memohon untuk mengajar kelas pendidikan khas sepenuh masa. bagaimanakah caranya?

  • Cuba berhubung dengan pihak berkenaan bagaimana nak memohon pertukaran jika tidak boleh ONLINE dan permohonan guna BORANG MANUAL yang dah di isi pula ditolak. Adakah anda menggunakan Borang Manual EG tukar atau Borang Manual lama? Untuk permohonan secara manual hanya Borang Manual EG Tukar sahaja yang diterima. TQ.

  • Biasanya pada bulan September. Tq

  • sweet tea

    atas sebab2 tertentu, saya ingin bpindah ke skolah baru pada januari 2012. bila agaknya pmohonan secara online akan dibuka utk sesi tersebut? terima kasih

  • nuril

    salam. saya guru pendidikan Islam ingin berpindah ke seremban. permohonan saya ditolak sebab menggunakan borang manual..masalahnya berpuluh kali sayacuba untuk online tapi tak boleh juga.

  • Cuba lagi untuk pertukaran Jun 2011. Biasanya KPM akan cuba pertimbangkan guru yang dah berkali-kali minta tukar tapi tak dapat dengan syarat dan cukup perkhidmatan di sekolah sekarang (3 – 4 Tahun) kecuali kes-kes khas.

  • amy

    saya guru pendidikan Islam…brkhdmat d kota tinggi 3 thun…nk bpindah ke kedah coz suami duk d cna…huhu..tahun lps try tp katanya x de kksngan tp taw2 je kwn sy dr srembn dpt pindah ke Kedah lk..hu…klau ade yg nk pndah ke Johor tlg lar cal saya 017-7071490.tkar suka sama suka…

  • sya

    Saya mengalami tekanan jiwa dan kemurungan dalaman yang teruk sejak bertugas di sarawak. Boleh mengajar seperti biasa. Baru-baru ni saya pergi ke hospital menjalani ujian ECG sebab ada masalah sakit dada nasib baik ujian tu tunjukkan saya ada masalah gastrik. Nak mintak tukar pun rasa lesu, jawapannya mesti tak dapat.

  • halimahton bakar

    Salam…saya mengajar di Sk Sg Tengi sejak tahun 1997.Saya ingin memohon pindah mengikut suami ke Sg Besar di daerah Sabak Bernam.Perjalanan saya berulang alik antara sg tengi dengan sg besar mengambil masa 1 jam. Jikalau diikutkan keselamatan saya semasa berulang alik memang tidak selamat… ini kerana laluan saya adalah hutan dan banyak babi hutan yang melintas di kawasan tersebut.Sudah banyak kali saya hampir terlanggar babi hutan di dalam perjalanan saya itu.Keadaan jalan yang sunyi juga membuatkan saya risau….tolong pertimbangkan permohonan saya ini….

  • hilmi tahrir

    salam..saya guru di sm vokasional beaufort sabah..bertugas sejak 26/10/2009 dan sy ingin bertukar ke semenanjung..ingin tukar suka sama suka atau mohon pindah terus sbb ibu bapa saya sudah uzur..umur bapa 72 ibu 63..ibu mengalami masalah tekanan darah rendah..adik beradik lain tinggal berjauhan dgn ibubpa..ibubpa tinggal di pagoh,muar..adik beradik kebanyakan di kuala lumpur,langkawi..sy perlu pindah dgn segera kerana sy lelaki bujang,tanggungjawab terhadap ibu bapa sgt tinggi..sy sgt stress apabila ibu telefon sambil menangis bila saya pulang lagi..

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: