Urusan Kenaikan Pangkat: Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) KPM | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Urusan Kenaikan Pangkat: Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) KPM

Share

Originally posted 2010-04-21 13:32:59. Republished by Blog Post Promoter

Surat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertarikh 13 April 2010, memaklumkan bahawa KPM  sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat pegawai-pegawai yang masih memangku jawatan-jawatan seperti berikut:

1. Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17 ke Gred W22  –

Tarikh Memangku: 01 Jun 2008 hingga 31 Julai 2009

2. Penyelia Asrama Gred N17 ke Gred N22-

Tarikh Mula Memangku: 01 Jun 2008 hingga 31 Julai 2009

3. Pembantu Makmal Gred C17 ke Gred C22-

Tarikh Mula Memangku: 01 November 2008 hingga 31 Julai 2009

4. Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 ke Gred N14-

Tarikh Mula Memangku: 01 Ogos 2008 hingga 31 Julai 2009

5. Pembantu Am Pejabat Gred N1 ke Gred N4-

Tarikh Mula Memangku: 01 Julai 2009 hingga 31 Oktober 2009

6. Pemandu Kenderaan Gred R3 Ke Gred R6-

Tarikh Mula Memangku: 01 Julai 2009 hingga 31 Oktober 2009

Kepada yang layak diucapkan semoga berjaya dalam permohonan anda.

Untuk mendapatkan keteranganan lanjut dan muat turun semua Panduan dan Borang yang berkaitan sila Dapatkan Di Sini atau lawati laman web rasmi KPM di sebelah kanan blog ini.

10 comments to Urusan Kenaikan Pangkat: Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) KPM

  • Salam. Kalau ikut Pekeliling seperti yang saudara sebutkan itu sememangnya SAP tidak layak. Berkenaan dengan SPM atau setaraf pula tuan perlu dapatkan kepastian daripada pihak yang berkaitan. Paling tepat ialah menelefon sendiri pegawai JPA (Bahagian Saraan). TQ.

  • PTR N11

    salam admin.. saya ada soalan.. saya kurang faham dengan pekeliling perkhidmatan bil 6 tahun 2009 mengenai penjumudanskim perkhidmatan N11 ke N17..

    Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N11, N14 Dan
    Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, F14

    4. Berikutan penjumudan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N11, N14
    dan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, F14, pegawai yang terlibat akan ditawarkan
    opsyen pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
    Gred N17, N22, N26 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

    (a) pegawai yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian
    Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat
    sijil tersebut akan ditukar lantik ke Gred N17;

    yang menjadi tanda tanya ialah pada ayat ini (pegawai yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)

    apa yang dimaksudkan dengan ” kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya itu ” adakah yang dimaksudkan itu SAP atau sebaliknya.. masalah yang saya hadapi sekarang ialah saya tidak layak untuk naik ke N17 walaupun saya sudah menjalani peperiksaan SPMU bahasa melayu dan telah mendapat B..

    encik admin tolong jawab masalah saya ini.. saya sudah jadi buntu sekarang..

    terima kasih.

  • Albert

    Ehhh!!! jauh juga perbezaan gred n 17 kita dgn polis … betulkah info ini en. asri?

  • En Asri

    perbandingan N17 dengan Konstabel Polis
    N17 – masuk 880+ sama macam konstabel
    selepas 3 tahun Konstabel naik L/Kpl secara wajin – gaji RM1303++ ( maksimun L/.Kpl RM2551 )
    N17 – baru nak cecah RM1000
    selepas 7 tahun ( 10 tahun service ) L/Kpl jadi Kpl – gaji pokok RM 2400++

    N17 kerja 15 tahun baru RM1500++

  • Albert

    Hii,

    Sy dlm gred n17 … terima kasih kerana sudi membantu, sy amat menghargainya …

    terima kasih …

  • OK. Saya akan cuba hantar email kepada saudara. Saya tidak pasti saudara berada di gred mana tapi apa-apa yang berkaitan dengan N17 dan N22 akan saya emailkan. Tq

  • Albert

    Hi,

    Saya Albert dari sekolah pendalaman Sarawak. kini sudah cukup 15 thn tempoh perkhidmatan sy dan kini sy ingin memohon kenaikkan pangkat iaitu gred N22. Sy ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dpt menghantar email kpd sy sekiranya tawaran kenaikkan pangkat ini ada ditawarkan dlm tahun 2011 ini. sudah 15 tahun sy bertugas di kawasan pendalaman, selayaknya kini sy bertugas di kawasan bandar pula. sy akan menuggu jawapan dari pihak tuan.

    sekian, terima kasih.

  • Al-Azhar

    SPM dah setaraf dengan SRP/PMR. Ramai di kalangan N11 yang jumud ke N17 tidak lulus SPM atau B.Melayu tidak kredit. N17 hakiki umpama anak tiri kepada ibu yang jahat.

  • AIMAN

    KENAPA N17 YANG TELAH LULUS KPSL N27 SUSAH UNTUK NAIK PANGKAT?.DAN KENAPA SYARAT 15 TAHUN JADI UKURAN BARU BOLEH NAIK KE N22,SDGKAN N11 YANG BARU DIJUMUDKAN BARU2 INI ADA YANG TIDAK SAMPAI 5 TAHUN SUDAH DISERAP KE N17.APA KELEBIHAN DAN KEKUATAN YANG ADA PADA N11,SDGKAN SELAMA INI N17 YAGN SEPARUH MATI BUAT KERJA TANPA MENGIRA MASA BUAT AKAUN,PERKHIDMATAN,PERJAWATAN DAN LAIN2 TUGAS YANG PENTING,KENAPA N17 DIANAK TIRIA7.JANGAN HAIRAN JIKA N17 BUAT KERJA SAMBIL LEWA KERANA KERJA BERAT DIPIKUL SELAMA INI TIDAK MENDAPAT PENGHARGAAN SEDANGKAN KERJA REMAH YANG DIBERI KELBHAN.TIDAK ADA SPM TERUS NAIK N17,SEDANGKAN MEMOHON N17 DULU PERLU LULUS SPM DAN MENGIKUT PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM DAN UJIAN MENAIP.

  • zaliha binti haji rambli

    semakan kenaikan pangkat n17 ke gred n22 jawatan hakiki

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: