Cuti Belajar Bergaji Penuh:Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2011 | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Cuti Belajar Bergaji Penuh:Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2011

Share

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memaklumkan  ia akan menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk  mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.

Permohonan Online dibuka sehingga 18 Februari 2011 manakala Borang Permohonan Mestilah sampai ke KPM pada 4 Mac 2011.

Menurut kenyataan KPM, pegawai  yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai akan diminta mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM.

Tempoh Cuti Belajar yang dambil oleh pegawai ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Segala perbelanjaan semasa mengikuti pengajian termasuk Yuran Pengajian adalah dibawah tanggungan sendiri PEGAWAI.

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

SYARAT UMUM

(seperti dalam laman web KPM)

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berkhidmat secara tetap;

iii) Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa (DG41/DG3);

iv) Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratus bagi tempoh genap 3 tahun kelendar berturut-turut (2007, 2008 dan 2009);

v) Diperakukan oleh Ketua Jabatan;

vi) Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Kedoktoran pada 1 Januari 2011;

vii) Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;

viii) Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;

ix) Telah mengisytiharkan harta; dan

x) Calon bukan merupakan peminjam tegar pinjaman/peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.

xi) Bagi permohonan peringkat Kedoktoran, program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu CBBP TB (AM) dan CBBP (IPG). Bagi Program CBBP TB (IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia sahaja yang layak memohon.

PERHATIAN: Isi Borang Online dan dapatkan  maklumat lanjut di sini.

2 comments to Cuti Belajar Bergaji Penuh:Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2011

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: