E-Rayuan: Peluang Terakhir Untuk Memasuki Sekolah Berasrama Penuh | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

E-Rayuan: Peluang Terakhir Untuk Memasuki Sekolah Berasrama Penuh

Share

Originally posted 2009-12-26 05:11:09. Republished by Blog Post Promoter

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2010 mula dibuka pada 23 Disember 2009. Menurut  Pengarah pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Mohd Dom  seramai 6,6000 pelajar telah berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berasrama Penuh Integrasi  (SBP/SBPI).

Rasanya semua calon telahpun membuat semakan di Portal Aplikasi Online Kementerian Pelajaran. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Jika ingin mendapatkan tempat di SBP/SBPI sila buat rayuan secara online.

Calon-calon SBP/SBPI yang tidak berjaya pada Ambilan Pertama perlu ingat bahawa tidak semua calon yang berjay mendapa tempat di SBP/SBPI itu akan kekal belajar di SBP/SBPI. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan ramai di antara mereka tidak akan meneruskan pelajaran di SBP/SBPI. Antaranya:

1.  Tidak tahan berpisah terlalu lama dengan ibu bapa (masih mahu duduk bawah ketiak emak/bapak)

2. Tiada kawan yang dikenali sebelum ini.

3. Suasana yang jauh berbeza deibandingkan dengan suasana di sekolah rendah.

4. Belum matang mengakibatkan mereka tidak boleh berdikari (semua perlu dibuat sendiri kecuali masak-memasak)

5. Tidak berminat. Ibu/bapa yang paksa mereka masuk ke SBP/SBI.

6. Tidak boleh ikuti pelajaran (catch up) sebab keputusan UPSR tipu. (bukan pandai manapun tapi dapat “soalan bocor” kertas 2 dan “jawapan bocor” – kertas 1/objektif)

7. Masuk guna kabel tapi akhirnya tidak boleh “catch up” pelajaran.

Jadi kepada semua calon yang tidak berjaya dan BUKAN memiliki salah satu sebab yang disenaraikan di atas bolehlah klik butang E-rayuan ke SBP dan jangan lupa kemaskini maklumat anda. ALAMAT dan NOMBOR TELEFON ibu/bapa.

Calon/Ibu/Bapa/Guru perlu maklum bahawa E-rayuan ini hanya dibuka selama 20 hari sahaja dan selepas itu ia akan ditutup iaitu pada 12 Januari 2010. Jadi jangan lupa untuk terus mengklik butang E-rayuan dan kemaskini data berkaitan dan klik butang “Klik Untuk Hantar Rayuan”. Ruangan CATATAN hanya pilihan sahaja jika tidak tahu nak isi apa biarkan kosong.

Untuk makluman, Ambilan Kedua untuk ke SBP/SBPI ini selalunya memakan masa. Jadi calon-calon yang tidak berjaya perlulah pergi ke mana-mana sekolah biasa atau Aliran Khas Biasa/Aliran Khas Agama sementara menunggu rayuan anda. Jika tidak berjaya juga, teruskan belajar bersungguh-sungguh. Jika ada rezeki dan mendapat keputusan cemerlang dalam PMR nanti, bolehlah memohon untuk masuk ke SBP/SBPI di Tingkatan 4.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: