Kenaikan Pangkat PPPS: Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Kenaikan Pangkat PPPS: Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Share

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam surat bertarikh 27 Januari 2011 memaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia KPM akan menguruskan perakuan calon cicir bagi urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) mulai 01 Februari 2011 hingga 28 April 2011.

Jadi kepada sesiapa yang terlibat sila tanya kepada Pembantu Tadbir (PT) atau Ketua Jabatan supaya anda tidak terlepas peluang.

PPPS Yang Terlibat Ialah:

  1. Gred DG41 ke Gred DG44(KUP) tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011.
  2. Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP) bagi bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Ex-PPPLD) tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011
  3. Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP) tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011; dan
  4. Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP) Ex-PPPLD tahun 2009, 2010 dan 2011.

****Dapatkan/Baca Maklumat berkenaan DI SINI (bentuk PDF)

Syarat-syarat dan kriteria kenaikan pangkat boleh dirujuk didalam Iklan KPM berikut:

1. LAMPIRAN A1 (urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP));

2. LAMPIRAN A2 (urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Ex-PPPLD Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP));

3. LAMPIRAN A3 (urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP)); dan

4. LAMPIRAN A4 (urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Ex-PPPLD Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP)).

***NOTA: Dapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut di sini. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web KPM (klik Menu Pemberitahuan dan cari yang berkaitan dengan perkara ini)

54 comments to Kenaikan Pangkat PPPS: Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

  • Biasanya macam tu. Tapi untuk memohon perlu tunggu iklan daripada KPM. Setiap tahun KPM akan keluarkan iklan untuk kenaikan pangkat ke semua Gred secara time-based (KUP). Sekian.

  • som

    salam…saya masih blur tentang prosedur memohon kenaikan pangkat…saya sudah bertanya pd rakan2 tempat saya mengajar tetapi jawapan mereka kurang jelas…adakah perlu mengisi borang untuk memohon kenaikan pangkat dg44?

  • Cikgu Sue, kalau diikutkan memang tak perlu isi dah tetapi jika diarahkan sebaliknya maa cikgu kena ikut. Tq.

  • Cikgu Normanja, untuk soalan 1 saya kurang pasti. Untuk soalan 2, perlu genap 8 tahun perkhidmatan di Dg44 (kecuali jika anda ex-ppld). Borang boleh di dapati di laman web KPM ketika diiklankan. Jika tiada kena tanya PT sekolah. Tq.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: