Kenaikan Pangkat PPPS: Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Kenaikan Pangkat PPPS: Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Share

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam surat bertarikh 27 Januari 2011 memaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia KPM akan menguruskan perakuan calon cicir bagi urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) mulai 01 Februari 2011 hingga 28 April 2011.

Jadi kepada sesiapa yang terlibat sila tanya kepada Pembantu Tadbir (PT) atau Ketua Jabatan supaya anda tidak terlepas peluang.

PPPS Yang Terlibat Ialah:

  1. Gred DG41 ke Gred DG44(KUP) tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011.
  2. Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP) bagi bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Ex-PPPLD) tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011
  3. Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP) tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011; dan
  4. Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP) Ex-PPPLD tahun 2009, 2010 dan 2011.

****Dapatkan/Baca Maklumat berkenaan DI SINI (bentuk PDF)

Syarat-syarat dan kriteria kenaikan pangkat boleh dirujuk didalam Iklan KPM berikut:

1. LAMPIRAN A1 (urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP));

2. LAMPIRAN A2 (urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Ex-PPPLD Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP));

3. LAMPIRAN A3 (urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP)); dan

4. LAMPIRAN A4 (urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Ex-PPPLD Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP)).

***NOTA: Dapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut di sini. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web KPM (klik Menu Pemberitahuan dan cari yang berkaitan dengan perkara ini)

54 comments to Kenaikan Pangkat PPPS: Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

  • Cikgu Mel, perlu tanya ketua jabatan cikgu. Atau JPN sekiranya maklumat tersebut dihantar terus ke JPN setelah diproses oleh sekolah. Dlm kes sekolah saya, borang yg telah diproses sya sendiri yg hantar ke JPN dan kedua2 pemohon iaitu saya dan kawan saya dah dilantik pada Januari 2012. Tq.

  • Mel

    Hi!
    Saya rasa saya golongan yang tercicir. Lantikan 07.01.2004,dg41. Pd oct 2011, sdh isi borang kumpul data kpm. Nama saya tdk senarai dlm sistem naik pangkat baru baru ni.

    Apa yg perlu saya buat? Tanya bpsm, disuruh tanya ketua jabatan

  • Salam,
    Saya dilantik Dg44, Guru Akademik Tingkatan 6? soalan saya:
    1.Apa beza jawatan guru akademik berbanding dengan guru yang dinyatakan matapelajarannya seperti guru akademik Sejarah?
    2.Berapa tahun berada di DG 44 untuk layak memohon ke DG48?
    3.Borang mana satu perlu diisi jika layak?

  • sue

    salam.sy sudah isi borg kenaikan pangkat pd thn lepas,dan lantikan dg41 sy adlh pd bulan 10 2004,dan yg sy dimaklumkn kenaikan pangkat dg44 adalah pada tarikh lantikan,mksdnya pd bln 10 2012 baru dinaikkan pangkat. Perlukah diisi semula borang kenaikan pangkat?

  • Walaikummussalam Cikgu Zaitun, berkenaan dengan Penolong Kanan ni saya kurang pasti. Apapun cikgu cuba tengok dalam Teks Ucapan Hari Guru 2012 dan juga artikel saya berkaitan dengan Penetapan Kenaikan Pangkat oleh JPA. Kedua-dua bahan itu cikgu boleh download dalam bentuk fail PDF. Tq.

  • Cikgu Hashim, dalam keadaan ni cikgu dah termasuk dalam kategori cicir. Sila dapatkan penjelasan daripada JPN (unit/Seksyen Naik Pangkat). Sebab kalau mengikut sistem lama, pelantikan untuk calon cicir akan dikebelakangkan (back-dated). Jika cikgu ada isi borang pada tahun lepas, tarikh pelantikan cikgu ialah pada 14 Januari 2012. Lagi satu cikgu, untuk pelantikan 2013, calon akan dinilai oleh panel penilai selain drpd LNPT. Tq.

  • Cikgu Zahirah,bulan 8 ni cikgu baru genap 8 tahun. Sila rujuk artikel saya yang berikut. Di situ cikgu boleh baca atau download terus maklumat berkenaan Penetapan Kenaikan Pangkat daripada JPA. Tq.

  • zahirah

    Assalamualikum…saya dilantik ke dg41 1.8.2007 dan exppld. Jika dikira genap 8 thn (5+3). jika mengikut pengumuman TPM saya dah boleh naik ke dg44, tetapi hampa dan sedihnya bila semak nama statusnya nama tidak ada dlm senarai…boleh bagi apa2 maklumat x mengenai masalah saya ni…tq

  • hashim

    slm tuan,sy lntikan 8.1 2004 dg41, thn lps x isi borg…so, klu sy mohon thn ini, adakah trkh lantikan sy nnti sama dgn kwn2 batch sy yg dh confirm dpt 44 thn ini…cnfuse sbb dgr cite ada yg kata trkh lntikan@senioriti akn hilang setahun….betul ke? mnta penjelasan5

  • zaitun ali basa

    Assalamaualaikum, saya telah dilantik ke gred GD44 pd 16 mei 2008 sebagai Penolong Kanan Petang,tetapi saya tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat ke gred DG48 baru-baru ini.Walhal ada yang lebih junior telah dapat.Saya difahamkan oleh beberapa orang rakan Penolong Kanan Petang(Penyelia Petang)tidak terlibat dalam kenaikan pangkat ke gred DG48 hanya Guru-guru Penolong Kanan Pentabiran,HEM dan Kokum sahaja yang dinaikan ke gred tersebut.Apakah ini benar?Mohon penjelasan.Terima kasih.

  • Sibuklah tu. Benda masih fresh biasalah. Server agak sibuk sikit.

  • Waalaikummussalam Noor Shida. Jika dilihat drp tarikh lantikan cikgu, syarat (3+5) untuk genap 8 tahun belum cukup. Perkhidmatan cikgu hanya genap 8 tahun pada 1.4.2013. Sila berhubung dgn PT cikgu kut2 cikgu layak berdasarkanTANGGA GAJI pada tahun 2011. Tq.

  • Cikgu Azlina, kalau mengikut peraturan baru kenaikan pangkat, cikgu memang layak untuk lantikan tahun 2012 tetapi perlu genap 8 tahun (3+5). Memandangkan cikgu dilantik ke Dg44 pada Bulan Julai, maka cikgu hanya boleh dilantik pada Bulan Julai nanti sekiranya memenuhi syarat2 lain yg berkaitan dgn kenaikan pangkat. Untuk maklumat lanjut sila baca Surat JPA ini. Tq.

  • Cikgu Ayu, tahun lepas(2011) tak memohon ke? Saya kurang pasti akan tarikhnya tapi yg pasti tahun ni akan ada permohonan baru. Kalau dah memohon pada 2011, tak perlu memohon dah. Kawan sya fresh graduate lantikan 04.01.2004 dah dilantik berkuatkuasa 14.01.2012. Saya ex-ppld lantikan Dg41 01.03.2006 dpt alntikan 07.01.2012 (3+6). Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.Tq

  • ayu ziera

    as salam. saya lantikan dg41 thn 2004 tetapi belum memohon kenaikan pangkat ke dg44. adakah saya tergolong dalam calon cicir? bilakah permohonan kenaikan pangkat akan dibuka semula?

  • Saya dilantik DG44 pada 1/1/2004…memangku DG48 mula 1 mac 2011…sehingga kini belum terima surat ke hakiki DG48…jawatan sekarang adalah GA T6..soalan sy berapa lama sebenarnya untuk ke hakiki DG48…

  • Azlina Dollah

    Saya EX-PPPLD dilantik ke DG41 pada 1 Julai 1997. Dilantik ke DG44 pada 1 Julai 2007. Belum menggunakan pengalaman PPPLD. Lulus PTK 1 gred IV:IV dan PTK 2 gred IV:IV.

    Saya telah mengisi borang maklumat kenaikan pangkat DG41 ke DG48 tahun lepas walaupun PT sekolah mengatakan saya tidak layak.

    Harap tuan ada maklumat lanjut berkaitan hal ini.

    Terima kasih.

  • noor sida

    Assalamualaikum, saya EX-PPPLD mula berkhidmat C2 1.1.1987 ,(DG 41)pd 1.4.1998 (DG44)pd 1.4.2008.Adakah saya telah layak utk kenaikan pangkat ke DG 48 pada tahun ini 2012 kerana saya belum gunapakai( syarat 3 in 1) Harap mendapat penjelasan. Terima kasih.

  • NUUR

    apasal tak boleh buka website semakan ni???

  • Sila semak status cikgu di sini.

  • Kalau ikut format baru, cikgu boleh layak ke DG48 selepas genap 8 tahun di dg 44 iaitu pada 2014. Maknanya tahun depan (2013 dah boleh memohon. TQ

  • Dah keluar dah hari ni. Tapi server KPM sibuk sikit. Kalau belum check boleh check kat sini.

  • Takde sebab Tarikh Lantikan ialah 1 Januari 2012 (10 Tahun), 7 Januari 2012(9 tahun) dan 14 Januari 2012(8 tahun). Tq.

  • Layak dah tu. Tapi kena tengok Markah LNPT. Kut2 kurang daripada target untuk purata 3 tahun berturut-turut iaitu sekurang-kurangnya 78%. Saya baru dapat hari ni. Check dlm website KPM. Junior setahun pun dapat hari ni juga. Lantikan beza 7 hari je.Kalau nak tahu boleh semak kat sini.

  • Tercicir kut. Kalau dah isi borang boleh check online.

  • Sekarang 8 tahun je untuk timed-based.

  • altaruddin zainun

    Saya PPPLD gred DGA32. Telah menamatkan pengajian peringkat sarjana muda secara PJJ pada Ogos 2010. Telah memohon kepada SPP pada bulan yang sama. Pada Bulan feb 2011 saya telah ditemuduga oleh SPP dan telah diperakukan untuk dilantik ke gred DG 41. Soalnya sampai hari ini ( 4 Mei 2012) saya masih belum menerima apa-apa surat pelantikan untuk gred DG 41. Apa masalahnya, sedangkan rakan rakan yang menyambung pelajaran secara sepenuh masa telahpun dilantik tidak lama selepas ditemuduga SPP. Yang peliknya mengapa pihak yang berkaitan mengambil masa yang panjang untuk melantik saya ke gred DG 41. Kalau begini caranya apa perlu digalakkan guru untuk menyambung pelajaran kalau hasilnya macam hampas.

  • CIKGU FIDAH

    salam ..nak tanya macam mana kenaikan ke DG44 untuk guru yang mengajar tingkatan enam yang masih DG41. Adakah melibatkan tempoh masa yang panjang..

  • hilmas

    saya sudah dua puluh tahun mgjr dan mpnyai ijazah pend. dan sudah lyk. untuk naik ke dg44 tetapi belum lg. betapa lamakah harus saya tunggu? pengalaman jd pk1 dalaman 7 tahun sejak 1991hingga 1997, selepas itu menanggung kerja pkhem selama tiga tahun dan pernah memohon dg32,alasan tiada kekosongan.tidak patut. harap diberi perhatian. tq.

  • noorzaiton

    Ade tunggakan tak klu da 10 thn ttpi pm kite kata 8 thn da boley naik pngkt?

  • fauziah harun

    saya mula berkhidmat pada 1.12.1990. kemudian dilantik ke dg41 pada 3.4.2005. permohonan ke dg44 di buat pada oktober 2011. bila keputusan kenaikan pangkat secara timebased akan diumumkan?

  • Sharifah Aiza

    Tarikh lantikan 41 saya pada 1 Sept 2002. Kalau ikut pengumuman PM 8- 10 thn layak minta 44. So, dlm kes saya, bila sy layak 44? adakah bulan Sept 2012? Kalau macam tu bermakna junior sy 8 atau 9 thn yg lantikan January akan dpt 44 terlebih dahulu dari saya… Keliru ni…? Sy ada rujuk pt sek sy tapi mereka pun tak pasti..boleh jelaskan admin…tq

  • cikgu has

    saya guru fresh graduate lantikan DG 3 (1993). kemudian dilantik ke gred DG 44 pada 1 Janurai 2006. iaitu setelah 13 tahun berkhidmat dalam gred DG 3 (41). Saya ingin bertanya bilakah saya layak untuk memohon ke gred Dg 48? Tangga gaji saya sekarang P1 T10 di Gred DG 44. Terdapat guru Ex-PPLD yang lebih junior lantikan Dg 44 (2007 & 2008) telah pun mendapat lantikan DG 48 walaupun tangga gaji mereka lebih rendah. Apakah ada diskriminasi terhadap guru Fresh Graduate berbading guru Ex-PPLD. Adakah Sarjana Muda tahun 1992,1993 tidak diiktiraf berbading guru EX-PPLD yang hanya berbekalkan pengalaman? kalau ikut pengumuman baharu (8+8) alamat 21 tahunlah baru dapat DG 48… Terima kasih..

  • kulah b. jaid

    PENANGGUHAN SURAT TAWARAN GURU PJJ DARI PPLD KE DG41 AMAT MENGECEWAKAN 15000 ORANG GURU.SABAR SAJALAH KALAU ADA REZKI DARI ALLAH SYUKUR KALAUPUN TIDAK DILANTIK APA BOLEH BUAT KUASA DI TANGAN KERAJAAN.BUATLAH APA YANG MEREKA SUKA TETAPI TAHUN 2012 BILANGAN GURU PJJ AKAN MENAMATKAN PENGAJIAN AKAN BERTAMBAH DARI 15000 ORANG MENCAPAI 20000 ORANG DAN INILAH BAKAL PENYAMPAI MAKLUMAT KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TIDAK MEMILIH BN DALAM PRU 13 NANTI.JAWATAN GURU DIPOLITIKKAN SEHINGGA MENJEJASKAN KUALITI GURU TIDAK ADIL ZALIM .20000 GURU PJJ YANG KECEWA BERADA DI SELURUH PELUSUK DAN AKAN BERKEMPEN KEPADA IBUBAPA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN.

  • NOR FAIZAH BT ISMAIL

    Tuan, status permohonan DG41 ke Dg44.
    Nama penuh : Nor Faizah bt Ismail
    No k/p : 750616115328
    Tempat bertugas : SMK Kelibang, Langkawi
    Tarikh lantik : 16 Januari 2002
    Permohonan telah dihantar pada bulan Ogos 2011.
    Diharap mendapat respon daripada pihak tuan

  • Antara perkara yang paling penting dalam apa-apa kenaikan dalam perkhidmatan kita ialah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan dan Sokongan bos (ketua Jabatan). Jika salah satu daripada perkara ini tidak memenuhi syarat maka peluang untuk kenaikan pangkat atau gred memang susah/ zero. Tq.

  • Sila rujuk pd KPPK/NUTP untuk mendapatkan bantuan.

  • apakah harus dilakukan untuk memastikan kewajaran kenaikan pangkat dg44 dari dg41 walaupun telah melebihi 10 tahun perkhidmatan

  • Lantikan dg41 saya 1.8.1999 hingga kini saya tidak mendpt ke dg44 setelah 16 tahun perkhidmatan wlpn tlh dpt ptk 1-III apakah yang perlu saya lakukan jika ada syarat2 tersembunyi yg masih tidak terpenuhi.Harap beri cadangan agar saya tidak terus dalam dilema persoalan.

  • AAA

    MANA ACI , NAJIB SEBUT 16 THN BERKHIDMAT, RUGI LA DULU DAH TUNGGU 10 THN NAK DAPAT 44, SKRG KENA TUNGGU LAGI 10 THN NAK DAPAT 48, AKHIRNYA KITA DAPAT SAMA DNGN ORG BARU, RUGI LAAAAAAAAAAAAAAAAA

  • Cikgu kena dapatkan maklumat daripada PT jabatan cikgu. Mereka lebih faham perkara ini. Jika merekapun tak faham, maka kena pergi ke PPD atau JPN (unit perjawatan dan perkhidmatan) untuk bertanya tentang masalah ini. TQ

  • Kalau ikut pengumuman tu 16 tahun perkhidmatan bermaksud 8 tahun di DG41 dan 8 tahun di DG44 baru layak memohon DG48. Maksudnya jika dah berada di DG44 mestilah berkhidmat selama 8 tahun baru layak DG48. TQ.

  • saya nak tanya, bagaimana nak semak kenaikan pangkat secara time base dg 41 ke dg44 untuk tahun 2011. GRED 41 SAYA BERMULA 1.9.2004 DAN SAYA Ex-PPPLD.

  • sakinah bt abu bakar

    saya dilantik ke A29(C2) pada 1.1.81, A19 (DG41) pada 1.12.89, DG44 pada 1.1.2005, hingga sekarang saya tak dapat apa-apa berita tentang DG48. Kawan2 yang lebih junior, cont: lantikan
    DG 41 pada 1992,93, 95 semua dah dapat pada tahun ini. Gaji saya pada 1 Okt2002 pula adalah P2T16. Saya keliru , kawan-kawan saya pada 2002 jauh lebih kurang. Saya nak tahu kedudukan saya ni, masih tercicir ke?

  • Sorry lambat balas. Mungkin cikgu dah dpt surat siaran itu. untuk jpn kedah sahaja semua permohonan dg44 dan dg48 perlu ikut format yg jpn hantar. Borang tersebut perlu sampai kpd jpn kedah pada 13 Okt 2011 sblm 3.30 ptg. Tq.

  • amran

    saya nak tanya samaada surat siaran kenaikan pangkat secara time base dg 41 ke dg44 untuk tahun 2012 dah ada atau belum.kalau ada tolong siarkan atau hantar ke email saya.terima kasih

  • mohd shafie embong

    saya ni dilantik dg44 1/1/2005 lantikan pertama 1/8/91 dan mengajar tg6 dah 10 tahun..tak tau la bila dapat dg48…ke memang sengaja diketepikan

  • nor bakar

    Saya kurang faham tentang kenaikan pangkat. Adakah saya layak mohon ke dg48 jika tarikh saya naik pangkat secara time based ke dg 44 adalah pada 1 sept 2004?

  • Jika cikgu ahli KPPK (NUTP) cuba hubungi mereka dengan cara bertulis. Jika cikgu bukan ahli KPPK sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia (guru) di Kementerian Pelajaran Malaysia. TQ

  • En. Noor Hamissham Baharom

    Saya telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 berkuatkuasa 1/1/2005,tapi nama saya tiada disenaraikan utk urusan kenaikan pangkat ke Gred DG48, walhal tiga orang rakan saya yang lebih ‘junior’ dari saya dari segi tarikh berkuatkuasanya lantikan ke Gred DG44, tersenai nama mereka. Apa nak buat?

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: