Keputusan Tinjauan: Perlaksanaan KSSR, LINUS dan PBS Untuk Tahun 1 Bermula 2011 Membebankan Murid dan Guru Tahun 1 | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Keputusan Tinjauan: Perlaksanaan KSSR, LINUS dan PBS Untuk Tahun 1 Bermula 2011 Membebankan Murid dan Guru Tahun 1

Share

Pada 15 Disember 2010 satu tinjauan telah dilakukan oleh lamanwebinfo.com bertajuk Perlaksanaan KSSR, LINUS dan PBS untuk Tahun 1 Bermula 2011 Membebankan Murid dan Guru Tahun 1.

Oleh kerana tinjauan ini diadakan selama 14 hari sahaja, maka jumlah pengunjung yang dapat membuat undian pun tidak ramai. Mengikut rekod blog ini hanya 43 orang sahaja yang berjaya untuk membuat undian.

Daripada 43 orang itu, 33 orang (77%) bersetuju bahawa perlaksanaan serentak ketiga-tiga program (KSSR,LINUS dan PBS) itu membebankan guru dan juga murid Tahun 1. Manakala 8 orang (18%) pula tidak bersetuju dengan tajuk tinjauan. 2 orang (5%) lagi memilih tidak pasti. Jadi kesimpulannya, walaupun hanya 43 orang yang berjaya membuat undian dalam tempoh singkat itu, majoriti bersetuju bahawa perlaksanaan program-program tersebut secara serentak membebankan guru dan murid. Mungkin lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan bebanan ini.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu apa itu KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah), LINUS (Literasi dan Numerasi) dan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) untuk Tahun 1. Untuk pengetahuan guru-guru lain, LINUS telah dilaksanakan pada tahun ini manakala KSSR dan PBS pula akan dilaksanakan pada 2011 (tahun 1 sahaja) tahun 2 tiada KSSR dan PBS (mereka ada KBSR dan PLBS), Tahun 3-6 pula ada KBSR, PBS dan PLBS.

Daripada taklimat yang saya ikuti saya dapati KSSR dan PBS ditambah dengan LINUS memang agak membebankan otak guru dan murid Tahun 1.

6 comments to Keputusan Tinjauan: Perlaksanaan KSSR, LINUS dan PBS Untuk Tahun 1 Bermula 2011 Membebankan Murid dan Guru Tahun 1

  • CAHAYA

    guru trbeban dgn sistem fail yg bnyk nak disediakan…fail2 yg bnyk pun membebankan di mana nak simpan semua tu….masalah penyimpanan fail terutama bagi sekolah yg kecik dan ruang bangunan yg terhad…

  • cik gu

    mmg pn..ju sendiri pn x fhm apalg kita,guru2 ni..dah jd mcm kerani..fokus utama dah hilang mcm tu je sbb nak mlaksanakan kerja yg kita sendiri x tau apa nak dbuat..format borang x dberi..mcm mana kselarasan nak wujud..bila murid bpndah sekolah,pntaksiran antara sekolah lama & sekolah baru x sama apabila x selaras..sudahnya,murid jugak yg jd mangsa..ptaksiran yg dbuat blainan..semua ni myshkn semua pihak..klu bg kerja yg mbebankan setimpal dengan gaji,xpe jgk..bkn nak bkira,tp,kerja kita dah melebihi dr yg spttnya..

  • Cikgu Nor Izzah tak perlu risau sangat pasal benda-benda baru terutamanya KSSR sebab boleh dikatakan semua guru Tahun 1 masih kabur-kabur berkaitan dengan KSSR. Malahan JU KSSR pun pening-pening. Setakat ni pelawat dari JPN (Nazir JPN) membuat pemantauan untuk memberi bantuan dan penjelasan kepada guru-guru yang terlibat. Berkaitan dengan fail-fail KSSR pun ada perbezaan antara negeri-negeri. Tak tahulah. Saya tahu benda ni sebab isteri sayapun terlibat dengan ketiga-tiganya iaitu KSSR, PBS dan LINUS (biasalah guru Tahun 1). TQ.

  • Nor izzah

    semuanya kabur…susah nak buat kerja..tak buat salah ..nak buat tak pasti…yg ye nazir turun sekolah nak pantau…

  • kebingungan

    sangat setuju..KSSR msh kabur-kabur. yg pasti kena buat mcm2 fail, seolah2 tugas guru mengajar di kelas dah bertukar jd kerani…anak murid terabai smata2 nk siapkn plbgi jenis dokumentasi yg msh belum kabur dan trpksa pandai2 sndiri. paling menyedihkan pntaksiran yg dilaksanakan menggunakan label \\\\\\\’BAND\\\\\\\’ trsangat membimbangkan atas sbb2: 1) Tdk dpt mgukur pncpaian sbnr mrd 2) Takrifan penggunaan Band tdk ada garis panduan seragam dn msh membingungkn 3) ibu bpa sgt asing dgn pgunaan istilah Band wlupun wrga kota(apatah lg yg buta huruf)bayangkanlah…parents yg kt luar2 bandar 4) guru smakin pening nk label apa mrd sbb setiap kmahiran perlu ada \\\\\\\’Band\\\\\\\’. Brp kali nk label mrd? 5) pendek kata adlh lbh baik kmbali pd yg asal kn mudah dn tk mmbebankn semua pihak!!!!!!

  • alisadina

    setuju.guru tidak mendapat maklumat secukupnya apabila disuruh membuat pentaksiran bagi setiap murid.guru juga disuruh menyediakan bentuk fail bagi mengisi segala data penilaian yang macammana bentuk atau format pun tidaklah dapat dipastikan.kursus yang diberikan pun dalam jangka yang singkat dan sangat kabur juga bila JU yang memberikan maklumat seperti tidak pasti bagaimana SEBENAR-BENAR bentuk penilaian yang betul dan tepat.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: