Guru Cemerlang: Syarat, Cara dan Kaedah Permohonan Guru Cemerlang DG44 (KUP) | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Guru Cemerlang DG44: Syarat, Cara dan Kaedah Permohonan Guru Cemerlang DG44 (KUP)

Share

Berikut adalah antara syarat, kaedah dan cara permohonan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (GC PPPS) Gred DG44(KUP).

Syarat-syarat Umum

1. Telah disahkan dalam jawatan.
2. Telah diluluskan Pengisytiharan Harta
3. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
4. Bersih daripada Tindakan Tatatertib.
5. Memperolehi Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang Cemerlang bagi tiga (3) tahun kebelakang.
6. Telah lulus Peperiksaan atau Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam gred sekarang.

Syarat-syarat Khusus

1. Pengalaman mengajar tidak kurang dari 7 tahun di Gred DG41.
2. Mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang dipohon merupakan mata pelajaran atau bidang pengkhususan utama yang diajar oleh pemohon.
3. Mengajar mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang dipohon selama 3 tahun terakhir berturut-turut.

Tempoh Permohonan dan Pencalonan Guru Cemerlang

Permohonan dan pencalonan Guru Cemerlang boleh dibuat sepanjang tahun.

Kaedah Permohonan dan Pencalonan Guru Cemerlang

1. Permohonan sendiri.
2. Dicalonkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Cara Memohon

1. Semua permohonan/pencalonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Guru Cemerlang yang disediakan oleh Jemaah Nazir sekolah sahaja. Borang Permohonan boleh didapati di:

1.1. Jemaah Nazir Sekolah
1.2. Jabatan Pelajaran Negeri
1.3. Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan
1.4. Institusi masing-masing

2. Semua borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan betul hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Ketua Jabatan masing-masing.

3. Ketua Jabatan bertanggungjawab membuat semakan bagi setiap permohonan berdasarkan senarai semak yang disediakan dalam Borang Permohonan.

4. Semua borang permohonan yang telah disemak, diberi ulasan oleh Ketua Jabatan sama ada disokong atau tidak akan dimasukkan ke dalam sampul surat, dilakri dan dihantar kepada pihak yang berkenaan.

16 comments to Guru Cemerlang DG44: Syarat, Cara dan Kaedah Permohonan Guru Cemerlang DG44 (KUP)

  • Bergantung kepada syarat dalam iklan yang yang dikeluarkan oleh KPM. Tahun ini belum ada iklan untuk Guru Cemerlang. Tapi kena rajin-rajin melayari portal KPM untuk mendapatkan maklumat terkini dgn lebih cepat. TQ.

  • doey

    jika pengalaman mengajar kurang dr 7 tahun tak layak ker

  • Cikgu Vijaya, jika dilihat pada syarat Permohonan ke GC Dg48 untuk 2012 (kup) syarat yg dinyatakan ialah telah dinaikan pangkat ke dg44 dan mengajar m/p kepakaran selqma 3 tahun berturut2. Tapi kalau K. Jabatan tak sokong tak boleh juga. Borang ada di web KPM dan tarikh tutup 25 Mei 2012.

  • Vijaya

    Salam. Saya guru DG 44 dan tarikh lantikan saya ialah pada 01.08.2009. Adakah saya memenuhi syarat untuk memohon GC ? (: Terima kasih.

  • GC ni sama je macam KUP/timed-based cuma lepas jadi GC laluan kerjayanya lagi cepat iaitu 3 tahun sahaja berbanding dengan KUP/timed-based 8 tahun. Sesiapapun boleh memohon tetapi perlu mendapat kelulusan ketua jabatan dan mendapat markah LNPT yang cemerlang. Pihak nazir akan membuat pemantauan sekurang-kurangnya sehari suntuk untuk melihat cikgu mengajar. Selain itu cikgu juga perlu membuat kajian tindakan sebelum memohon untuk mencerahkan peluang disenarai pendek oleh pihak nazir. tq.

  • SBPA dah batal, GC dah kembali.

  • Farazila

    saya mendapat DG 41 sejak september 2009. saya mula berkhidmat dari tahun 1994…layak tak utk saya memohon GC ini…??

  • Siti Musiah Matnor

    salam, boleh tak tn admin upload borang permohonan GC utk 2012 (terbaru) sy dah tengok website lain yang ada cuma borang2 lama..tq

  • Rasanya GC dah tak ada dalam SBPA. Minta maaf jika kurang tepat. TQ.

  • suzanna

    Saya thn ke8-dg41 kpli

    blh kah saya apply gc?

    Apa yg perlu disediakan, jija tugas sya HANYA hias sek?

    Benarkah gc tiada elaun
    sya dpt info dr gc ustaz, yg tiada elaun

    saya juga pernah isi borang, tp gb sek baru ke3, sya ckp, sya membuang kertas.

    Saya x lyk sbb org baru?

    Bimbing sya.

    Sbb sya pernah tnye ustzah gc. Dia ckp ikut syka sapa dia nak, cept terus proses nye

    benar kah

  • Benarkah jawatan GC hendak dihapuskan.

  • Walaikummussalam. Setahu saya hanya ganjaran RM1000 dan sijil sahaja.

  • sahak

    assalamualaikum,sya nk penjelasan la.apakah jenis2 elaun yang layak dan boleh dituntut sekiranya saya memperolehi APC?

  • Jika cikgu dah berada di DG44 (KUP) selama Tidak Kurang Dari 3 Tahun maka cikgu layak unuk memohon DG48. Terdapat 2 cara untuk memohon GC, pertama ialah melalui Iklan atau Surat Edaran KPM dan satu lagi Permohonan Sendiri atau Dicalonkan oleh Ketua Jabatan. Borang Permohonan boleh didapati di JPN, PPD, Jemaah Nazir Negeri, Sekolah atau boleh juga dimuat turun dari laman web KPM. Maklumat ini betul jika tiada apa-apa perubahan terkini daripada KPM. TQ.

  • Salmah

    tolong berikan saya panduan memohon Guru Cemerlang Dg48

  • Salmah

    Salam. Saya nak tanya tentang permohonan GC bagi guru2 yg berada di DG44. Bagaimana caranya saya hendak memohon

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: