Pening-pening KSSR: Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Untuk Tahun 1 2011 | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Pening-pening KSSR: Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Untuk Tahun 1 2011

Share

Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dah dua minggu bermula (minggu 1- 3 ada Program Transisi) nampaknya dah mula memeningkan guru-guru. Bukannya masalah bagaimana nak mengajar tetapi bagaimana nak laksanakan Pentaksiran. Borang dan Format pentaksiran yang dijanjikan oleh (JU) jurulatih utama sampai sekarang belum ada.

Setakat ini (yang pasti) hanya dalam Buku Panduan/Modul Pengajaran Muzik (KSSR) sahaja ada menyediakan Borang Pentaksiran mengikut Unit Pembelajaran. Manakala Panduan/Modul Pengajaran yang lain seperti Bahasa Melayu tiada menyediakan contoh Borang/Format Pentaksiran Murid.

JU juga sebenarnyapun tak tahu apa yang perlu mereka beritahu pada guru-guru sebab merekapun dapat taklimat yang singkat dan kabur-kabur. Borang/format pentaksiran (jika tiada) kalau tak silap sayapun guru KSSR kena reka sendiri kut. Ada pula guru besar yang telah menghadiri taklimat KSSR dan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)  tak tahu beza KSSR dan PBS. Apa tidaknya dalam KSSR ada pentaksirannya sendiri dan PBS pula pentaksiran jenis lain.

Selain itu ada guru besar yang mengarahkan guru-guru KSSR (Tahun 1) untuk menyediakan Headcount sama macam Tahun 2 – Tahun 6 (awal bulan Januari) . Tak tahulah. Ada guru kata tak payah tapi guru besar bagitau JPN dan PPD suruh buat. Ada pula PK (Penolong Kanan 1) yang menyatakan bahawa Headcount KSSR hanya perlu dibuat pada bulan Jun tapi guru besar berkeras bahawa ia perlu dibuat sama macam Tahun 2 – Tahun 6.

Yang jadi mangsanya ialah guru-guru  Tahun 1. Dahlah pening dengan borang/format pentaksiran, dipeningkan pula dengan Headcount yang pendapatnya berbeza.

Apapun kepada semua guru Tahun 1, anda perlulah bersabar kerana anda adalah Perintis Utama KSSR. Biasanya pada tahun pertama memanglah banyak masalah sebab pihak atasan tak nampak lagi masalah yang akan timbul.

Walaupun dulu dah ada perintis KSSR yang dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih sebelum ini tetapi ada laporan bahawa ia tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.

Mungkin tahun depan okaylah kut. Harap-harap begitulah hendaknya.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: