Program PJJ Persendirian: Garis Panduan Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/Sambilan Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Program PJJ Persendirian: Garis Panduan Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/Sambilan Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS)

Share

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) adalah antara alternatif terbaik untuk guru-guru yang terlepas peluang (tidak memohon/terlebih umur) untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) baru-baru ini. Apa yang penting ialah apabila dah keluar/tamat pengajian nanti keluaran PJJ dan PPG sama-sama akan naik ke Gred DG41 tanpa ada perbezaannya jika lulus dalam Temu Duga Pelantikan Tetap Ke DG41. Kosnya pun lebih kurang sama sahaja.

Awal tahun 2011 ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah maklumkan bahawa Garis Panduan Bagi Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) Secara Pendidikan Jarak Jauh/Sambilan (Persendirian) telah dikemaskini mengikut keperluan semasa mulai Januari 2011.

Mana-mana PPPBS yang ingin mengikuti program tersebut secara persendirian hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan perlu mengisi Borang PJJ A (Pindaan 2009) dan Borang PJJ B (pindaan 2009) yang akan disahkan oleh Ketua Jabatan dan disokong oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing sebelum mengikuti pengajian di IPTA/IPTS.

Di bawah ini adalah serba sedikit keterangan Garis Panduan tersebut:

Keterangan Program

Program Pensiswazahan Secara PJJ/sambilan Bukan Tajaan/ Persendirian di Peringkat Ijazah Pertama bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS).

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda perlu mendapat Surat Kebenaran / Surat Kelulusan Belajar daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh Dan Sambilan bertarikh 27 Julai 2000 memutuskan bahawa mulai 1 Ogos 2000, kuasa untuk meluluskan Kebenaran Belajar secara PJJ diurus oleh BPG. Sehubungan dengan itu, garis panduan belajar secara PJJ adalah perlu sebagai panduan khususnya kepada PPPBS untuk mengikuti program pensiswazahan secara persendirian.

Tempoh Pengajian

Bagi Program PJJ bukan tajaan/ persendirian Tempoh masa yang diambil oleh peserta berkenaan untuk mengumpul jumlah kredit yang diperlukan bagi tujuan pengijazahan adalah lima hingga lapan tahun.

Senarai Bidang

1. Jika opsyen asal semasa diploma/sijil termasuk mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah, calon hendaklah mengekalkan opsyen asal dalam kursus sarjana muda yang diikuti.
2. Jika Opsyen asal semasa diploma/sijil bukan mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah, pilih salah satu daripada opsyen di atas, mana yang paling sesuai dengan opsyen asal dan pengalaman mengajar.

Had Umur Pemohon

Tidak melebihi 50 tahun pada tahun memohon.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Garis Panduan dan Borang PJJ tersebut sila Muat Turun/Download melalui pautan di bawah ini.

1. Garis Panduan (format PDF)

2. Borang PJJ (fail .zip)

Jadi tiada alasan sebenarnya untuk seseorang itu tidak dapat melanjutkan pelajaran jika terlepas PPG.

1 comment to Program PJJ Persendirian: Garis Panduan Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/Sambilan Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS)

  • TOH GEK MOI

    Bagaimana permohonan ini boleh dibuat?
    Dari mana saya boleh dapatkan borang permohonan yang berkaitan?
    tk byk.-byk atas segala bantuan..

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: