Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Share

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini walaupun Hari Guru akan disambut lebih dalm tempoh 2 bulan lagi, temanya dahpun diketahui iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.

Tapi dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.

24 comments to Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

  • selamat hari guru …semoga engkau benar2 mencerdaskan anak bangsa

  • hASANAH

    jANGAN KERANA NILA SETITIK SELURUH SISTEM PERGURUAN DI SALAHKAN.. ANDA TAHU MENULIS..ASALNYA DARI MANA? BELAJAR SENDIRI?? JANGAN KERANA MARAHKAN INDIVIDU LAIN..KITA SENDIRI MENJADI SEPERTINYA,..TIADA PERTIMBANGAN..MENYUMPAH SERANAH…POKOKNYA TETAP DOSA..JADI ANDA SETARAF MELAKUKAN DOSA.. SAYA SEORANG GURU.. SUKAR MENJADI GURU… SETIAP HARI BERDEPAN DENGAN KARENAH PELAJAR YANG SEMAKIN TERUK DISIPLIN.. BILA DI TEGUR… MEREKA TIDAK TAKUT ..MALAH IBU BAPA MEREKA JUGA MENGAKUI MATI AKAL DENGAN ANAK2 DAN MENYERAHKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA ANAK-ANAK KEPADA GURU..MANA PERGINYA NILAI ANAK2.. MALUNYA UNTUK MENGAKUI PELAJAR BANDAR TERLALU LEMAH AGAMA… SETAKAT E..BIASA…TAPI ANDAI KATA MEMBACA DOA PUN TIDAK PANDAI MACAMANA?? APA YANG IBU BAPA JALANKAN??SEKADAR MEMBERI MAKAN MINUM?? WAHAI ANAK-ANAKU..BUKAN HADIAH KU HARAPKAN..BUKAN PENGHARGAAN.. TAPI AKU INGINKAN KAMU MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK…DARI SEGI AKHLAK DAN PENGETAHUAN..AKU MAHU KAMU MEJADI INSAN TERPUJI…

  • Cikoom

    Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik .Tidak kira di mana anda berada, prasekolah, SR,SMK, IPG ,IPTA atau IPTS.
    Jadilah guru yang sebenar-benar guru.

  • Nasihah Sakinah

    It’s Teacher’s Day today. And most forget about our very first teacher. The one who taught us how to walk. How to talk. How to eat. Who teaches us about religion. About life. And about how hard life can be. The most caring and the most loving teacher. Our parents. Happy Teacher’s Day, Mom. Love u……………..ini lah ucapan daripada anak bongsu ku pada hari ini………

  • Private Kaunselor

    Dear Puan Nasihah Sakinah,

    i was so sympathised with you. having to work and taking care of ur family and at the same being tortured by the \"cyber lover of ur husband\". however, i was a bit upset for what u had written and felt that it was my responsibility to say something about it especially when the characters involved are educators or teachers. in my opinion, u are making generalization on all teachers. even though i am not a teacher myself, i felt that it is really unfair to make generalization based on ur experience and problem only. in a way u\’re not respecting those people who are sacrificing themselves to educate ur children or previously urself until u become what u are now. rather than putting the blame on the \’teacher\’ for intruding into ur husband\’s life, it is wise if u could reflect on ur role as a wife too. what have u being doing all this while that make ur husband to freely able to\’respond\’ to the \’teacher\’ via facebook or sms? do remember, there is no such thing as \"clapping using one hand\" .now, why don\’t you blame ur husband for what is happening too? a good satisfied and responsible man will not even glance at any other woman except his own wife right? so Puan nasihah sakinah, i somehow feel that u maybe had had a traumatic moment with ur teachers before. for me, no matter how i hated and kept a grudge for my teachers before, i was train to have respect for them and never to say bad things about them. instead i prayed that they would realize all their wrong and unfair treatment (if any!) because we \’re not born as angels. looking at it at a positive side, it would actually be an eye opener for u on what kind of person ur husband really is. besides both \"lovebirds\" who misused the internet, i think u r actually violating the cyber as well by exposing the teacher\’s phone number and said bad things about her in public, don\’t u think so? i have seen many other people with noble position in public that are also capable of having such kind of r.ship. for the \’teacher\’ that is disturbing Pn Sakinah\’s peace of life, i wish that u would repent and and seek help for ur problem. ur behaviour and actions are bringing shame to other teachers and educators(no matter what ur reason is!).in fact both parties should seek help and be wiser in handling problems rather than attacking each others via the internet!
    to all teachers and educators: happy teacher\’s day!

  • adnan

    Ucapan Terima kasih Cikgu ku hulurkan kepada bekas guru-guruku yang telah byk berjasa kepadaku, hingga kini aku menjadi manusia yang mengenal erti kehidupan. Sikap garangmu yang disebabkan kenakalanku hanya lakonan bagi membentuk peribadi anak murid mu. kini ku kenal siapa dirimu sebenarnya bulanlah seorang yang sebenarnya garang malah seorang yang penyayang. Terimakasih Cikgu khasnya guru-guruku dan amnya guru-guru di Malysia.

  • aku yg bijak

    nak tujukan nasihat kat “nasihah sakinah”, saya bkn cikgu, tp sy rasa x adil generalise mcm tu. manusia ni kalo nak biang, x kira lah kerja ustazah ke, lebai ke, ahli politik atau posmen sekali pun.. kalao x pakai akal, nafsu lebih..maka mereka akan kecundang ngan membiang. dlm profession sy sebagai pengurus di sebuah glc, ramai eksekutif wanita, mahupun sekretari yg dh kawen membiang ngan suami org, begitu juga bdk2 kerani..jd fikirkan lah mrk ni didik anak mcm mana.. kalo ibubapanya kencing bersepah..anak2 mrk kencing merempit. guru2 ada tanggungjawab dlm msayarakat dn memang betul ada yg x mcm apa yg kita expect,tp bkn sbb dia cikgu dia biang, dia biang sbb dia krja apa pon dia biang .selaamt hari guru.

  • BIDAH HARUN

    Salam hari guru,

    Individu guru itu seharusnya muhasabah diri kenapa karyawan guru itu dipandang sepi. Apakah dia ikhlas bekerja untuk beribadat atau sekadar untuk kerjaya sahaja?. Ayuh kita julang kembali nama seorang “Guru” demi merealisasikan agenda negara sebagai trasformasi negara khasnya dalam dunia pendidikan.
    Selamat hari guru 2011.

    Papar Sabah.

  • Saudara Zacqs, ibu bapa sekarang bukan mcm dulu. Sekarang ni kebanyakan ibu bapa akan menyalahkan guru-guru jika anak mereka gagal dalam sesuatu peperiksaan tetapi jika anak mereka berjaya mereka akan kata ANAK SAYA PERGI KELAS TUISYEN. Jadi kita sebagai guru tidak perlulah mengharapkan ucapan terima kasih atau penghargaan daripada ibu bapa jika anak mereka berjaya. Kerana jika para guru mengharapkan sedemikian, para guru akan kecewa. Tetapi bersedialah menghadapi segala tohmahan mereka jika anak-anak mereka tidak berjaya. Kalau adapun ibu bapa yang menghargai para guru, boleh dibilang dengan jari kecuali ibu bapa kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak dan orang Asli di pedalaman Semenanjung Malaysia seperti di Perak dan Pahang yang perasaan hormat kpd guru masih tebal.

  • zacqs

    GBSM aka bapak kepada 3 anak jantan..komen yg matang ..

    satu nasihat untuk guru zaman sekarang..wajar cikgu berkorban wang,masa dan tenaga uutk membentuk anak bangsa…sampai kadang keluarga sendiri kurang terbela perhatiannya..dan wajar juga cikgu xpernah mempersoalkan tentang ganjaran pengorbanannya….tetapi amatlah tidak wajar cikgu ‘mengorbankan” diri kerana hendak menjadikan ‘anak orang’ sebagai manusia..sedang ibu bapa mereka sendiri lupa akan tanggungjawabnya..
    silap langkah cikgu merana..

    kita buatlah tanggungjawab kita sebagai guru selagi terdaya..selebihnya serahkan kepada allah..apakah lengkap tanggungjawab terlaksana…(guru dan ibu bapa)

  • zacqs

    sdri nasihah macam meluahkan apa yg dialami dalam keluarganya …penuh dengan komen mengikut nafsu..xelok begitu..
    jangan kerana 2 tiga orang kamu menuduh semua guru begitu..dan saya rasa mustahil anak pn nasihah tak akan dihantar untuk diajar oleh manusia yg bernama guru..jd bila nak berkata2 jangan xpikir dulu..jangan ikut nafsu saja..nanti memakan diri…

  • Ismail bin Mawi

    Tugas sebagai guru merupakan tugas yang paling mulia di sisi masyarakat malahan masyarakat meletakkannya pada hieraki yang tinggi dan sehingga tak ada lagi di dunia gelaran sebagai cikgu tidak akan hilang.
    Justeru, tindakan mahupun perlakuan cikgu harus selari dan kekadang dalam usaha untuk mencapai matlamat yang dihajati guru tersilap langkah sehingga ini yang mengundang kontroversi. Walau bagaimanapun seorang guru yang bijak harus menganggap ini sebagai dugaan dan segera belajar daripada kesilapan. Belajar daripada kesilapan lebih banyak mematangkan kita dan menjadikan kita lebih proaktif dan sentiasa berfikir dalam melaksanakan tugas berat kita. Tahniah dan syabas guru-guruku dan para guru sekalian. Selamat Hari Guru.

  • rosa

    Kegagalan dalam kejayaan individu sering guru dipersalahkan. Kejayaan bagi seseorng individu amat jarang ibubapa memperakui sumbangan dan pengorbanan guru, walaupun mereka tahu bahawa peratusan kejayaan anak mereka banyak didasari melalui pengajran guru sama ada di sekolah mahupun pusat tusyen. Usahlah diungkit keciciran yg dilakukan oleh mungkin setitik dua nila insan yang bergelar guru. kerana secara hakikinya, kita semua adalah guru. selagi kita mendidik, menegur, mengajar, membimbing walau sekecil zarah pun, kita adalah guru.

    Saya ingin bertanya insan yang bernama nasihah sakinah, pernahkah anda hidup dialam perguruan sebagai seorang guru? JIka tidak pernah, jangan menunding jari kepada orang lain. Berdoalah semoga kita tidak berpelakuan seperti guru yang puan katakan.

    Bagi saya, guru teragung dalam hidup saya ialah kedua ibubapa yang membesarkan saya dan kesemua adik beradik dengan penuh tanggungjwab dan menjadi insan yang berjasa. Guru pula adalah insan mulia yang sanggup mendidik saya sehingga kami berjaya. Ibubapa dan guru tetap bertakhta di hati dan jiwa saya walau bagaimanapun keadaan mereka kerana tanpa mereka siapalah kita. JUsteru saya doakan semoga semua ibubapa dan guru yang berada di muka bumi ini sentiasa dalam keredhaan dan keberkatan ilahi. Teruskan pengorbanan anda semua sehingga ke akhir hayat. Selamat hari guru untuk semua. Jasamu dikenang…..

  • faiq

    selamt hri guru kepada smua guru

  • zaia zakaria

    Wahai nasihah sakinah
    jangan lah melepaskan kemarahan anda pada cikgu perempuan tersebut di ruang ini. Sangat sangatlah tidak manis. Mana kesabaran anda? Manusia sebegitu ada di mana-mana, tidak kiralah seorang guru atau penjawat awam/ swasta yang lain, selagi ianya bernama manusia dan syaitan sentiasa berada di sekeliling. Jangan lah pula nasihah sakinah mendapat dosa, atas dosa orang lain dengan menuduh dan marah marah begitu. Bersabar

  • Ya betul tu saudara. Tapi masalah dengan ibu bapa sekarang ni (termasuklah juga waris kalangan guru), depa lebih banyak dengaq cakap anak-anak daripada cakap guru. Anak semuanya betui. Bila akhirnya anak jadi “Anakku Sazali” depa pun mula tuduh guru tak buat kerja. Tapi saya senang ja. Buat setakat yang boleh. Nak marah, nak jentik, nak denda semuanya guru kena (waris saman woii). Daripada tak pasai-pasai kena turun naik mahkamah lebih baik biaq pi kalau anak murid dah ketegaq (degil) sangat. Kalau mak bapak depa dah pandai sangat, tak payahlah hantaq anak yang ketegaq tu mai sekolah. Ajaq sendiri lagi baguih tak gaduh pikiaq cikgu nak buat apa kat anak dia. Biaq cikgu mengajaq budak-budak yang mau belajaq sudah. He!He!He!. Nasib baik aku mengajaq budak kampung taklah kurang ajaq sangat. Sorang dua ja yang buas.

  • Biasalah cikgu. Guru ni dari dulu ibarat lilin membakar diri. Dan satu lagi ialah Akibat Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga. Cuma nasihat saya bersabar dengan segala tohmahan. Teruskan mendidik anak bangsa. INGAT! Sekarang zaman canggih, handphone semua ada kamera, jadi cikgu ambillah gambar dan buat catatan (buku ringkasan/diari) mana-mana anak murid yang suka melawan atau tidak mahu belajar supaya bila dipertikaikan oleh waris cikgu ada bukti.

  • dagu ulun pagun imbaya taka

    wahai nasihah sakinah.ruangan ini digunakan untuk memartabatkan keguruan dan bukannya diisi dengan perasaan kebencian terhadap individu. memang perempuan itu guru tetapi tidak semua guru perempuan seperti itu.yang ujud mungkin segelintir.terima kasih kerana mengingatkan sikap yang negatif ini untuk semua orang.tapi,tak kanlah hanya kerana seorang guru ini ,puan tidak dapat ucapkan salam keguruan kepada guru-guru yang ada di malaysia.tanpa seorang guru,puan juga takkan menjadi hebat seperti sekarang.ayuh.lupakan kisah guru yang telah menconteng arang kepada guru-guru 1 mlaysia.marilah kita menghayati tema hari guru tahun ini Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.terima kasih guru ku.

  • GBSM aka bapak kepada 3 anak jantan

    Akhir zaman nih banyak benda yang pelik akan dan sedang berlaku. Itu janji Allah swt pada kita. Dan yang pastinya kita memang dok kat akhir zaman. kalau refer kat hadis2 sahih kebanyakan tanda2 yang akan berlaku sebelum kiamat semuanya akibat keruntuhan akhlak manusia. Dengan kata lain mostly many human are not human anymore. That\’s the FACTS. Nabi saw remind us 1400 dulu lagi dah. Bukan kena kat malaysia shj…malah satu dunia!! bukan kena kat guru jer..malah kat semua sektor!!!So apa yang boleh disimpulkan kat sini…….i like these words..\"Jadi cikgu ni sekarang terpaksa pegang begini, ‘boleh didik, aku didik, kalau boleh ajar je, aku ajar le, kalau tak boleh dah, aku pandang(doa) je le’….\" USAHA dah buat HABIH DAH…kalau budak tu cam tu jugak tu dah luar bidang kuasa kita sebab KUASA MUTLAK tak benarkan ianya berlaku. Senang cakap ALLAH tak mau bagi HIdayah kat dia pada masa tu…tapi mungkin esok ..lusa…budak tu akan berubah…hopefully…itulah yang selalu cikgu doakan pada anak muridnya.
    jangan heran la kalau ada guru yang perangai tak macam guru..tapi benda tu hanya segelintir sahaja. Takkan sorang dua buat taik ratus ribu guru dapat jugak taik tuh. Tak elok lah cam tu. Banyak orang yang komplen guru tapi komplain cara tak smart. dia main seberono jer. tak kaji hujung pangkal…tapi bila ada satu dua kes berlaku dia punya hingaq cam semua guru bersalah. awat jadi lagu tu. tak baik buat cam tu.
    Yang penting nya kita cuba cari solution bukannya tunding sana tunding sini. ni asyik komplen tapi solution tak bagi. Cuba tanya diri kita…kat mana silap kita sebagai individu….jangan kita tanya sapa punya silap nih. Perlu diingat sekali kita tunjuk salah kat orang 4 jari kita tunjuk salah tu kat diri sendiri. cuba buat tengok guna tangan tuh. betul tak?
    Cuba tanya diri kita…
    kalau depan kita ada couple dok dot dot dot…..kita buat tak tau atau TEGUR?
    Nampak orang kena pukul…kita blah ka, tolong ka atau REPOT POLIS?
    nampak eksiden..kita tengok jer ke atau TOLONG?
    dan….korang tanya la soalan2 lain dan jawab sendiri.

    Kalau banyak TAK…rasanya hangpa dah dapat jawapan nya kot

    Kena ingat kalau anak tok sheikh atau cucu cicit wali sekalipun kalau dah tersasar dan takde teguran dan panduan akan hanyut gak woi!!!

    Jom kita tengok masa murid habiskan kat mana???
    sekolah 7.40 – 1.40 – lebih kurang 6 jam
    selain sekolah 1.40 ptg – 7.40 pg – 18 jam

    Jom kita tengok sorang guru habiskan masa ngan muridnya
    katakanlah…guru math – ngajar kelas A- Isnin (1jam), rabu(1jam), khamis(1jam), jumaat(1jam)
    maksudnya guru ni hanya jumpa kelas A 4 jam seminggu. 4 jam dari 168 jam (seminggu)atau 2.38% sahaja dalam seminggu.

    Jadi apa maknanya ni?Apa maknanya ni???
    Maknanya kalau budak tu tak jadi orang takkan lah letak salah 100% kat guru. 10 orang makan kek sampai habis tapi tuduh Sakinah jer yang makan semua kek tu. mana aci macam tu. Banyak orang tak tau kuasa cikgu ni dalam pagar sekolah jer. kalau nampak budak tu hisap rokok kat luar pagar dan memegang pagar sekolah..dan cikgu tu pi hukum dia..tak pasai-pasai guru tu kena balik. Itu satu contoh lah. banyak lagi contoh lain.Bukan nak bela cikgu 100% tapi kalau nak hentam tu..kajilah dulu. Dulu waktu aku skolah kena pulas perut, kena rotan tu biasa kena sebab nakal. tapi zaman ni..cuba buat tengok…mesti guru kena balik dek mak pak murid yang tak reti makna hukuman.Dah tu lagu mana nak buat?

    aku suka ayat nih. pinjam dari fasha \"Tak mudah nak ‘membela’ budak ni kerana kekadang yang patut dibela, dididik, dikursus, dirotan memang mak ayahnya dulu, sebab anak belajar dari mak bapak….. muhasabah lah diri…..\"

    Bapak aku askar cengil punya. kalau salah memang makan penampaq cuma ja. kena tali pinggang askar dia tu biasa la. sakit..aku dan tuhan je yang tahu. tapi sebab benda tu la aku jadi takut nak buat benda jahat. pesanan yang aku ingat sampai sekarang…
    1. hang nak pi mana2 pi lah..tapi tidoq kat rumah
    2. jangan hisap rokok
    3. jangan malukan mak pak hang
    4. Kita orang susah…abah boleh bagi hang belajaq jer. hang rasa nak senang hang belajaq
    aku sedaq diri pun sebab ingat pesanan ni…pesanan guru tu cuma additional sahaja.

    benda salah yang aku buat…race motor.aku buat sebab bapak aku tak bagi amaran bab race motor (mat motor bukannya mat rempit..ada beza dua tu).

    Apa maknanya nih??? dari segi psikologi kat sini..apa maknanya???
    Maknanya teguran dari mak bapak tu AMAT penting. Kalau depa tak buat …guru jer buat..tak jadi apa…budak siap kata…gila ka pa cikgu ni. pak aku tak tegur dia plak lebih2. kang kena penampaq free ja.
    MORALnya semuanya bermula dari RUMAH. Anak di lahirkan tu umpama kain putih. Mak bapak yang corakkannya. Bukannya sekolah atau orang lain. Guru dan orang lain tu hanya PENAMBAH PERASA supaya lebih UMPPPHH. Tu ja…tak lebih, tak kurang.

    Aku walaupun GBSM dan sentiasa praktikkan diplomasi ngan murid2 aku tapi kalau ngan anak buat salah aku akan masukkan cara hukuman jugak. senang cakap..hang buat salah hang dapat hukuman. Bukannya nak hukum sangat tapi nak AJAQ supaya besar sok TAK KURANG AJAQ.

    Ingat kata-kata ustaz samsuri dalam satu ceramah beliau (bunyi lebih kurang camni)….akhir zaman nih semuanya tak selamat…anak-anak tak selamat..isteri tak selamat…suami tak selamat…semua tak selamat…….(sambungannya hangpa pi dengaq sendiri lah)

    Just my 2 cents
    GBSM aka bapak kepada 3 anak jantan

  • minota

    Mengapalah selalu menyalahkan guru walaupun hanya terdapat kes2 terpencil.Guru juga manusia biasa .Cuma sebagai guru perlulah memegang amanah supaya tidak dipertikaikan..Isteri saya seorang guru. Memanglah tugas guru jika dilihat dari mata kasar sangat mudah iaitu setengah hari.Tapi bagi yang menjadi guru tahu betapa besarnya tanggungjawab yang dipikul.Anak merempitpun nak salahkan cikgu, anak samsengpun cikgu yang salah, anak buang anakpun cikgu yang bersalah.Ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga dan mendidik melangkau batas masa seorang guru.Tapi taklah semua macamtu. Namun terima kasih kerana mengamanahkan anak kepada guru sepenuhnya walupun guru hanya dapat bertemu pelajar hanya sekejap sahaja.Ada beberapa kejadian anak demam panas tetapi ibu bapa tetap menghantar anak ke sekolah sebab kat rumah tiada siapa yang nak jaga.Kesian anak2.Tapi itu hanya segelintir ibu bapa yang mementingkan kerjaya.Guru2 pun mempunyai anak juga.Rasa tanggungjawab terhadap pelajar kadang-kadang guru jugalah yang dipersalahkan jika berlaku sesuatu terhadap anak mereka.Kadang2 isteri saya pulang lewat petang kerana membawa pelajar dalam pertandingan mss.Ada kalanya terpaksa menginap dan terpaksa meninggalkan bayi yang masih kecil semata2 membawa pasukannya.Itu belum hari sabtu dan ahad dengan aktiviti kokurikulum dan sebaginya. Sebagai suami kadang2 rasa marah tetapi memikirkan tanggungjawab sebagai seorang guru.Jika ada guru yang bermasalahpun janganlah tseolah-olah menyalahkan atau memburukkan semua guru.Kita harus memikirkan siapa kita tanpa guru.Janagnlah kita anti guru. Sebagai guru juga sama2lah menjaga martabat guru.Sampai sekarang bila hari guru teringat cikgu azizah dan c.azimah yang mengajar saya semasa sekolah rendah.Sempena hari guru , saya mengucapkan selamat hari guru.

  • fasha

    Salam,
    Saya guru lahir tahun Merdeka,mengajar mulai 1980. Tentulah cerita yang dinukilkan benar ya. Maklumlah cikgu ke pensyarah ke emak ke bapak orang memang ‘orang’. Jadi sifatnya ‘orang’lah, bukan malaikat dan bukan pulak ‘binatang’. Tentulah ada yang ‘tak berapa orang’ perangainya. Yang maksum sudah berlalu….. bagaimanapun tentang guru jadi sebab anak kita ‘tak berapa jadi orang lebih kepada binatang’ ni fikirlah elok-elok. Mungkin sebab makanan kut. Budak dengan cikgu berapa jam je, dengan mak bapak kan lebih lama. Cikgu tak dapat jaga halal haram makan minum anak orang. Kalau anak orang tak mau ikut sembahyang berjemaah di sekolah contohnya, boleh ke cikgu rotan, sedangkan di rumah tak pernah pun mak ayah ajak berjemaah? Rotan-rotan ni sensitif, nanti masuk suratkhabar tau. Cikgu tak nak ‘glamer’! Budak dengan mak ayah lebih intim dari dengan cikgu, kalau anak menjadi jahat kerana cikgu mak ayah buat apa dengan anak-anak? Tau tak seksa jiwa perasaan cikgu mengadap ‘anak orang yang tak berapa nak jadi orang’ yang terlepas kandang rumah masuk kawasan sekolah? Tau tak seksanya nak jadikan ‘anak orang tak berapa orang’ ni supaya jadi orang biasa je, jangan ‘luar biasa’ tabiat yang dibawak dari rumahnya menjangkit ‘anak orang lain yang nak jadi orang’? Tak pecaya cikgu, jaga le sendiri…… patutnya memang gitu kan. Jaga le anak masing-masing dulu sebelum serah ke cikgu. Kalau anak dah jaga tapi ke sekolah ‘belajar jadi kurang ajar’, renung dan kajilah di mana kurangnya bekalan ‘ajar’ dari rumah. Kalau orang lain lebih berpengaruh dari mak bapak, malang le sangat…. Jadi cikgu ni sekarang terpaksa pegang begini, ‘boleh didik, aku didik, kalau boleh ajar je, aku ajar le, kalau tak boleh dah, aku pandang je le’…. Tak mudah nak ‘membela’ budak ni kerana kekadang yang patut dibela, dididik, dikursus, dirotan memang mak ayahnya dulu, sebab anak belajar dari mak bapak….. muhasabah lah diri…..

  • Nasihah Sakinah

    Sekiranya para guru benar2 bertanggung jawab menjalankan tugas sebagai pendidik yang diamanahkan untuk mendidik anak bangsa tidak lah ramai remaja yang merempit, yang membuang bayi dan berlaku sumbang dikhalayak ramai.

    Tetapi guru guru sekarang, sama naik melayari Facebook walaupun di waktu pejabat dan ada yang menghantar email kepada idola alam maya semasa di makmal. Masing masing ada laptop boleh digunakan bila bila masa.

    Kita mempertikaikan moral anak murid yang semakin merosot…..hasil daripada guru yang sanggup merogol, membunuh, menipu dan yang tidak kurang sibuk melayari internet mencari kawan kawan online walaupun sudah bersuami.

    Ini nombor handphone 0199852281 seorang guru perempuan****** yang laparkan perhatian seorang lelaki diinternet walaupun mengetahui lelaki itu telah beristeri dan mempunyai anak. Walaupun guru perempuan****** itu tahu isteri lelaki itu mencemburui perhubungan ini si ****** tetap meneruskan hubungan secara sulit…..kenapalah lapar sangat perhatian daipada suami orang lain!

    Guru wanita ini seolah2 telah obses dengan perhubungan sulit ini sehingga memperli si isteri yang telah hidup didalam kesenangan tidak dapat menerima sedikit kepahitan. Ditambahnya lagi, cemburu macam mana pun sekiranya Tuhan nak ambil, terjadi juga…kun fa ya kun.

    Didalam Facebook guru perempuan****** selalu mengungkap SURAH2 ALQURAN mengingati orang lain, tetapi perangai sendiri tak ubah seperti IBLIS PEROSAK RUMAH TANGGA ORANG LAIN.

    Guru perempuan****** juga mengatakan suaminya, Cikgu J tak patut mencemburui hubungannya dengan jantan2 diinternet kerana dia telah menjaga sisuami yang pernah terlantar dihospital UKM selama dua bulan. Adakah ini PERIBADI WAJAR SEORANG YANG DIPANGGIL PENDIDIK.

    Tak cukup dengan SURAH2 ALQURAN, pergi umrah dua tiga kali. Tapi perangai miang menggatal dengan suami orang tetap tidak pernah terpadam. Memang tidak ada kemaafan buat guru perempuan******, semoga dia dilaknati ALLAH ketika berada di BUMI MEKAH kerana melukakan hati seorang perempuan lain dan menggoncang keharmonian hubungan suami isteri tersebut.

    Kita pernah terdengar kisah Putera Charles dan Camilla Parker yang ghairah ber sexting ketika masing masing masih lagi didalam ikatan perkahwinan. Adakah guru perempuan****** ini berniat untuk menjadi Camilla Parker yang menggatal melalui sms dengan mendedahkan nombor handphonenya. Saperti Camilla Parker yang mempunyai wajah bak seekor kuda tua, begitulah guru perempuan****** ini…..menggoda suami orang melalui sms. Surat khabar pernah menyiarkan Putera Charles sms si kuda tua itu….anda memakai seluar dalam warna apa………guru perempuan****** mengharapkan dengan mendedahkan nombor handphonenya agar dia menerima ucapan happy birthday atau mungkin terbawa2 dengan ayat2 cinta………umur sudah 40+, seorang GURU, tapi…..perangai apa ni?

    Tolonglah wahai guru, dimana letaknya harga diri sebagai seorang yang terpelajar, graduan UTM, dan berpendapatan tinggi tangga gaji 52, tetapi tidak menjaga tatasusila sebagai seorang pendidik dan isteri yang solehah dan ibu mithali. Disebaliknya menjadikan anda tak ubah saperti betina yang laparkan jantan walaupun dialam maya. Apa agaknya status suami guru perempuan****** ini…..DAYUS…….

    So, guru2 jangan rasa tersangat bangga mengatakan telah berkorban melaksanakan tanggungjawab kerana ada segelintir yang perangai lebih teruk daripada wanita GRO atau bibik Indon yang mengelenyar menggoda suami orang lain. Suami sendiri tak cukup ke?

    Sebelum ini saya sendiri pernah dikejutkan seorang GURU wanita umur 47 tahun di cekup berkhalwat dengan pelajar kolej berumur 24 tahun di rumahnya di Jitra, Kedah ketika suami outstation…..inikah yang dipanggil IBU GURU………IBU IBLIS namanya.

    Yang paling terkilan berita tunang Beng Hock, seorang GURU, yang mengandung sebelum perkahwinan didaftarkan………macam mana nak ajar anak murid kalau sendiri dah buat benda tak betul. Pastinya anak murid akan ikut contoh yang ditunjukkan oleh guru.

    Tentang guru2 wanita yang suka menggoda suami orang tidak terhad kepada guru sekolah sahaja. Di UTM juga ada seorang pensyarah wanita yang cuba menggoda pelajar yang sudah diketahui ada isteri dan anak2. Kalau dah lapar jantan sangat carilah yang single, duda atau bapa tunggal.

    Kemudahan internet janganlah digunakan untuk perkara2 mungkar terutama sehingga mengakibatkan keruntuhan rumah tangga orang lain. Tidak rasa berdosa kah merosakkan keharmonian rumah tangga orang lain bila menggoda suami orang? Hati perempuan lain tidak seperti hati anda yang sama hodohnya dengan rupa paras.

    Pada Hari Guru 2011, FIKIR2KANLAH DAN BERTAUBATLAH.

  • Sangat setuju dengan saudara tapi hanya Allah dan keluarga yang tahu guru bekerja sampai macam tu. Bagi mereka yang tidak terlibat atau tidak tahu langsung dengan bidang perguruan, mereka kata GURU KERJA SETENGAH HARI SAHAJA. Tapi biarkanlah sebab kita akan mendapat balasan yang setimpal dengan kerja kita Akhirat nanti.

  • rahman bin sahim

    Guru sememangnya telah menerima pelbagai cabaran dalam bidang pendidikan. Setiap sepuluh tahun guru akur menerima segala perubahan yang direncanakan demi memperbaiki sistem pendidikan yang belum pasti baik dan sempurna. Apabila transformasi berlaku, kerja guru akan bertambah dan berubah daripada mudah kepada yang lebih kompleks. Kerja guru bukan sahaja mengajar bahkan mendidik, mengasuh dan sekali gus menjaga keselamatan pelajar-pelajarnya. Ada lagi kerja-kerja guru yang tidak diperjelaskan seperti mengurus rancangan makanan tambahan; membuat rekod itu dan ini. Kerja pagi dibuat pada tengahari,tak siap tertunda ke jauh malam. Malah bangun pukul 4 pagi untuk membuat persediaan supaya esok dapat melaksanakan tugas dengan baik. Sehingga ada yang lupa tentang kesihatan sendiri kerana mempunyai tanggungjawab sampingan yang penting dan perlu diuruskan setiap hari. Oleh yang demikian, guru hendaklah bijak mengurus tanggungjawab yang sudah ada dan tanggunjawab yang telah diamanahkan.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code: