Pembantu Am Pejabat: Semakan Keputusan Temuduga Jawatan Pembantu Am Pejabat (N1) KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Semakan Keputusan Temuduga Jawatan Pembantu Am Pejabat (N1) KPM dibuka bermula 25 Mei 2011 (Rabu) melalui laman web di sini.
Semua calon yang telah menghadiri temuduga boleh membuat semakan status permohonan masing-masing di Laman Web Semakan KPM.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No. Kad Pengenalan untuk membuat semakan. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah.

























