Bisnes Internet: Adakah Anda Memerlukan Sebuah Website? | Lamanwebinfo.com

Cari Di Sini

Kategori

Bookmark This

Add to Technorati Favorites

Archives

Bisnes Internet: Adakah Anda Memerlukan Sebuah Website?

Share

Originally posted 2009-08-15 14:02:07. Republished by Blog Post Promoter

Adakah anda memerlukan sebuah website untuk memulakan bisnes di internet? Ya. Secara serius ingin saya katakan bahawa anda memang memerlukan sebuah website anda sendiri jika anda bercadang untuk menjalankan bisnes secara online.

Mungkin anda pernah mendengar atau membaca cerita tentang kejayaan orang lain menjana duit di internet dengan mempromosikan produk orang lain tanpa website. Jika anda mungkin ingin mencubanya, lupakan saja terutamanya jika anda perlu membeli produk atau perkhidmatan mereka. Apa yang mereka janjikan kepada anda tidak mungkin akan tercapai, lebih-lebih lagi jika anda baru berjinak-jinak dengan peluang menjana duit di internet.

Perkara sebenar yang perlu anda lakukan ialah memiliki sebuah website atau blog untuk mula menjana duit secara online. Anda mungkin boleh bermula dengan website atau blog percuma* tetapi ingin saya nyatakan bahawa bisnes anda akan berkembang dengan lebih cepat jika anda menggunakan website dengan nama domain dan hosting sendiri. Pada masa kini ada banyak syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan untuk domain nama dan webhosting*. Harganya berpatutan dan anda tidak perlu risau untuk menggunakan kad kredit kerana anda boleh bank in duit kepada syarikat tempatan  ini.

Tanpa website sendiri, anda tentu akan berhadapan dengan masalah berikut secara online:

1. Membina list/ senarai pelanggan anda.

2. Menjual produk affiliate. (pelanggan akan anggap sebagai produk anda sendiri)

3. Menjual produk/perkhidmatan anda sendiri.

4. Menghantar produk anda sendiri. (terutamanya produk digital)

5. Menjadikan anda sebagai seorang pakar.

6. Membina kepercayaan pelanggan.

Dengan adanya sebuah website sendiri, anda boleh menjana duit dari pelbagai sumber selain daripada menjual produk anda sendiri. Antaranya ialah menjual ruang iklan, mengiklan produk orang lain, memasang iklan syarikat gergasi seperti Google, Yahoo, Amazon, Clickbank, Ebay dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

  1. Adsense Merupakan Program Hebat Bagi Anda Menjana Duit Internet
  2. Menjana Duit Internet Dengan Program affiliate
  3. Bagaimana menjana duit mudah di internet?
  4. Peraduan dan Produk Tipu Di Internet
  5. Kelebihan Menjana Duit Internet

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Security Code:

Improve the web with Nofollow Reciprocity.