PPG 2012: Sokongan dan Pengesahan Pengetua/Guru Besar Dalam Talian
Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah mengemukakan permohonan untuk melanjutkan pelajaran melalui Program Pensiswazahan Guru 2012(PPG).
Untuk itu jangan lupa maklumkan kepada Ketua Jabatan (pengetua/guru besar) anda bahawa tarikh Sokongan dan Pengesahan Ketua Jabatan dalam talian ialah pada 01 Disember 2011 hingga 06 Disember 2011 jika tiada perubahan daripada BPG. Bukannya apa, hujung tahun ni biasanya Ketua Jabatan agak sibuk menyiapkan tugasan 2011 serta menyiapkan perancangan 2012.
Sekiranya Ketua Jabatan tidak/terlupa membuat pengesahan terhadap permohonan cikgu-cikgu, masalah yang timbul nanti ialah permohonan tidak dapat diproses.
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan PPG bolehlah hubungi pegawai tajaan BPG di talian berikut: 038841091/1269/1270/1273.
Email juga boleh digunakan:
1. Cik Aida binti Mohd Arip (aida5186@yahoo.com)
2. Encik Hasmidi bin Jusoh (hasmidi_jusoh@yahoo.com.my)
3. Puan Aney Marinda binti Mohamad Amin (aneyamin@yahoo.com)
Tiada Artikel Berkaitan.
























