Menu Atas

Malaysia Piala AFF Suzuki 2018 keputusan kedudukan carta dan jadual

01:11 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 September 2018 jam 02:14 AM

Kejohanan bola sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki tahun 2018 edisi ke-12 menyaksikan skuad Harimau Malaya telah di undi berada dalam kumpulan A.

Pengundian tersebut memperlihatkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe melepasi halangan awal Piala AFF 2018 apabila berjaya mengelak daripada diundi berada dalam kumpulan maut.

Pada majlis undian yang berlangsung di Jakarta pada 2 Mei 2018, pasukan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama juara 2008 Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Sementara juara bertahan Thailand dan naib juara dua tahun lalu Indonesia akan berentap dalam Kumpulan B bersama Filipina, Singapura dan pemenang pusingan kelayakan antara Brunei dan Timor Leste.

Saingan Piala AFF Suzuki 2018 kali ini berbeza selepas penganjur menggunakan format dua aksi di tempat sendiri dan dua di tempat lawan bagi saingan awal.

Berdasarkan format baharu bermula tahun 2018, saingan Piala AFF Suzuki diperluaskan kepada 10 pasukan ASEAN berbanding lapan sebelum ini, dengan negara masing-masing berada di ranking ke-10 dan 11 (Brunei dan Timor Leste) akan beraksi dalam perlawanan play-off bagi menempah satu slot ke undian utama.

Setiap kumpulan terdiri daripada lima pasukan, dengan kesemuanya beraksi dua perlawanan di tempat sendiri serta dua aksi di gelanggang lawan, dan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.

Sebagai rekod, Malaysia hanya muncul juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 di mana ketika itu skuad Harimau Malaysia di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

PIALA AFF SUZUKI 2018 KEPUTUSAN KEDUDUKAN CARTA DAN JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA

Melalui lamanwebinfo, penyokong skuad Harimau Malaysia boleh semua maklumat keputusan berdasarkan keputusan rasmi (Official Results) perlawanan serta kedudukan carta dan jadual terkini AFF Suzuki Cup 2018 yang akan dikemaskini pada tarikh / hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

Sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 1 hingga 6 Disember. Menanti pasukan negara jika layak adalah juara atau naib juara dari Kumpulan B. Aksi Final pula dijadualkan pada 11 dan 15 Disember.

SENARAI PASUKAN AFF SUZUKI CUP 2018
Kumpulan AKumpulan B
VietnamThailand
MalaysiaIndonesia
MyanmarPhilippines
CambodiaSingapore
LaosQR Winner
JADUAL DAN KEPUTUSAN KEDUDUKAN CARTA KUMPULAN A PIALA AFF SUZUKI 2018
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
08 NovTBCCambodiaMalaysia
08 NovTBCLaosVietnam
12 NovTBCMalaysiaLaos
12 NovTBCMyanmarCambodia
16 NovTBCLaosMyanmar
16 NovTBCVietnamMalaysia
20 NovTBCMyanmarVietnam
20 NovTBCCambodiaLaos
24 NovTBCVietnamCambodia
24 NovTBCMalaysiaMyanmar
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Vietnam000000+00
Malaysia000000+00
Myanmar000000+00
Cambodia000000+00
Laos000000+00
JADUAL DAN KEPUTUSAN KEDUDUKAN CARTA KUMPULAN B PIALA AFF SUZUKI 2018
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
09 NovTBCSingapuraIndonesia
09 NovTBCQRThailand
13 NovTBCIndonesiaQR
13 NovTBCFilipinaSingapura
17 NovTBCQRFilipina
17 NovTBCThailandIndonesia
21 NovTBCFilipinaThailand
21 NovTBCSingapuraQR
25 NovTBCThailandSingapura
25 NovTBCIndonesiaFilipina
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Thailand000000+00
Indonesia000000+00
Philippines000000+00
Singapore000000+00
QR000000+00
JADUAL DAN KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA AFF SUZUKI 2018
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
Separuh Akhir 1
01 DecTBCA1B2
02 DecTBCB1A2
Separuh Akhir 2
05 DecTBCB2A1
06 DecTBCA2B1
JADUAL DAN KEPUTUSAN FINAL PIALA AFF SUZUKI 2018
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
Final 1
11 DecTBCSF1SF2
Final 2
15 DecTBCSF2SF1
KEPUTUSAN AGGREGATE PERINGKAT KALAH MATI (KNOCKOUT) PIALA AFF SUZUKI 2018
Separuh AkhirFinal
A2
B1
B2
A1