Menu Atas

Program melihat anak bulan Syawal 2018 1439H tarikh dan tempat mencerap

13:01 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 September 2018 jam 01:08 AM

Melihat anak bulan merupakan salah satu aktiviti pencerapan astronomi yang berpanjangan. Rekod sejarah kajian kenampakan anak bulan, menunjukkan bagaimana ahli-ahli falak Islam sejak zaman dahulu telah menetapkan kriteria atau syarat kenampakan anak bulan berdasarkan kajian yang mereka jalankan dari semasa ke semasa.

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan menerima makluman awal tarikh 1 Syawal pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2018 / 1439 – 1440H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan bahawa 1 Syawal 1439 Hijrah adalah bersamaan 15 Jun 2018 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh hari raya puasa (Aidilfitri) tahun 2018 di Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal pada petang Khamis 14 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadan 1439H.

Apabila pengisytiharan tarikh hari raya puasa bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Dari segi pelaksanaannya pula, kaedah rukyah dan hisab dengan syarat Imkanur-Rukyah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI) PROGRAM MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2018M 1439H

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa tarikh program mencerap anak bulan Syawal bagi penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini (2018) adalah pada petang Khamis, 14 Jun 2018 Masihi bersamaan 29 Ramadhan 1439 Hijrah.

Selain itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa (Aidilfitri) adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh hari raya puasa melalui radio dan televisyen.

TARIKH MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN 2018-1439H
TarikhWaktu
14 Jun 2018Petang
LOKASI / TEMPAT MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN INI 2018-1439H SELURUH NEGERI
NegeriLokasi-Lokasi
PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
SelangorBukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
JohorPontian Kecil
PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
SarawakTanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan