Menu Atas

Program melihat anak bulan Syawal 2018 1439H tarikh dan tempat mencerap

13:01 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 Mei 2018 jam 02:48 PM

Melihat anak bulan merupakan salah satu aktiviti pencerapan astronomi yang berpanjangan. Rekod sejarah kajian kenampakan anak bulan, menunjukkan bagaimana ahli-ahli falak Islam sejak zaman dahulu telah menetapkan kriteria atau syarat kenampakan anak bulan berdasarkan kajian yang mereka jalankan dari semasa ke semasa.

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan menerima makluman awal tarikh 1 Syawal pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2018 / 1439 – 1440H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan bahawa 1 Syawal 1439 Hijrah adalah bersamaan 15 Jun 2018 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh hari raya puasa (Aidilfitri) tahun 2018 di Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal pada petang Khamis 14 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadan 1439H.

Apabila pengisytiharan tarikh hari raya puasa bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Dari segi pelaksanaannya pula, kaedah rukyah dan hisab dengan syarat Imkanur-Rukyah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI) PROGRAM MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2018M 1439H

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa tarikh program mencerap anak bulan Syawal bagi penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini (2018) adalah pada petang Khamis, 14 Jun 2018 Masihi bersamaan 29 Ramadhan 1439 Hijrah.

Selain itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa (Aidilfitri) adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh hari raya puasa melalui radio dan televisyen.

Icon lamanwebinfo
Tengok Anak Bulan Syawal Hari Raya Puasa
TARIKH MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN 2018-1439H
TarikhWaktu
14 Jun 2018Petang
LOKASI / TEMPAT MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN INI 2018-1439H SELURUH NEGERI
NegeriLokasi-Lokasi
Negeri Perlis PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
Bendera Negeri Kedah KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Bendera Negeri Pulau Pinang Pulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Bendera Negeri Perak PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Bendera WP Kuala Lumpur Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
Bendera Negeri Selangor SelangorBukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Bendera WP Putrajaya PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Bendera Negeri Sembilan Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
Bendera Negeri Melaka MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Bendera Negeri Johor JohorPontian Kecil
Bendera Negeri Pahang PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
Bendera Negeri Terengganu TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Bendera Negeri Kelantan KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
Bendera Negeri Sarawak SarawakTanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
Bendera Negeri Sabah SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Bendera WP Labuan LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan