Permohonan Sekolah Kawalan 2020 tingkatan 1 SMKA SABK KAA RKN KRK

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:33 AM

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang cemerlang. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen penting dalam merealisasikan matlamat sekolah.

Sekolah Kawalan Menengah adalah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan Kelas Rancangan Khas (KRK).

Bermula tahun 2018, tiada lagi permohonan ke Sekolah Kawalan Menengah secara dalam talian (online).

Berikutan daripada itu, Ibu bapa atau Penjaga perlu membuat permohonan untuk anda jagaan mereka (murid tahun 6) melalui borang manual di sekolah rendah anak / jagaan masing-masing.

Borang manual permohonan Sekolah Kawalan Menengah Tingkatan 1 tahun 2019 tersebut akan diedarkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid darjah 6 yang layak.

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KAWALAN 2019 TINGKATAN 1
Berdasarkan pengetahuan penulis, Borang permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tingkatan 1 tahun 2019 akan diedarkan oleh pihak sekolah bermula pada pertengahan bulan September, awal Oktober atau selepas keputusan UPSR 2018 diumumkan secara rasmi.
Borang permohonan akan diedarkan melalui sekolah masing-masing dan pengisian maklumat dalam borang permohonan Sekolah Kawalan 2019 boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga.
Sebagai maklumat tambahan, tarikh borang permohonan dikeluarkan / diedarkan adalah turut bergantung kepada pengurusan sekolah anak masing-masing. Penting! Sila dapatkan maklumat lanjut daripada pihak sekolah.
SEKOLAH KAWALAN SELURUH NEGERI
 Perlis  Kedah  Pulau Pinang
 Perak  Kuala Lumpur  Putrajaya
 Selangor  Negeri Sembilan  Melaka
 Johor  Pahang  Terengganu
 Kelantan  Sarawak  Sabah
 Labuan