Kadar bonus dividen ASB 2018 jumlah agihan pendapatan

Semakan kenaikan bonus dividend ASB 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 11:18 PM

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia. Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi Bumiputera Malaysia selain bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing untuk pelabur-pelabur.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah direkakan sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap di mana harga seunit untuk dana itu ditetapkan pada RM1.00 serta tiada caj jualan dan yuran penebusan unit dikenakan.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah pelaburan terbaik untuk kaum bumiputera yang ingin mencari sebuah alternatif simpanan dan pelaburan jangka panjang dengan risiko paling rendah. Pelbagai teknik boleh diaplikasi bagi mendapat pulangan terbaik melalui pelaburan Amanah Saham Bumiputera.

Setiap tahun, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) dan bonus berkadaran sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Kadar jumlah pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir Disember 2018 ini.

TARIKH PENGUMUMAN BONUS DAN DIVIDEN ASB TAHUN 2018
Tarikh
Akhir Disember 2018
Info1Tarikh yang tepat (rasmi) akan dikemaskini selepas pengumuman dari Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
KADAR DIVIDEN DAN BONUS ASB (SEN | SEUNIT) TAHUN 2018
TahunDividenBonusJumlah
2018???
MAKLUMAT KADAR DIVIDEN DAN BONUS ASB (SEN | SEUNIT) TAHUN 2017 – 1990
TahunDividenBonus
20177.000.25
+1.00 (Bonus Khas Ulangtahun)
20166.750.50
20157.250.50
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.701.00
20107.501.25
20097.301.20
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00
19998.501.50
+2.0 (2sen bonus istimewa)
19988.002.50
199710.251.25
199610.253.00
+2.0 (2sen bonus istimewa)
199510.03.00
19949.504.50
19939.004.50
19927.505.00
19918.504.00
19908.006.00