Kadar dividen bonus Tabung Haji 2018-2019 peratus agihan pendapatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 16 Februari 2019 jam 08:41 AM

Dividen Tabung Haji

Tabung Haji bukan sahaja me­nguruskan simpanan pendeposit dan urusan haji sahaja, malah melangkah lebih jauh dengan pelaburan di beberapa sektor ekonomi seperti perladangan, hartanah, kewangan Islam dan lain-lain perkhidmatan yang berlandaskan syariah.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1963, Tabung Haji berjaya menguruskan simpanan pendeposit dan urusan jemaah haji setiap tahun.

Kecemerlangan ini menjadikan Tabung Haji sebagai sebuah institusi Islam yang disegani sekali gus menjadi salah satu organisasi ikon bagi masyarakat Islam di negara ini.

Kita perlu merancang pemergian kita ke tanah suci lebih awal dengan menyimpan sedikit demi sedikit atau membuat caruman bulanan melalui potongan gaji bagi mereka yang bekerja dan berpendapatan tetap.

Bagi mereka yang mempunyai baki simpanan minima RM1,300 la­yak untuk mendaftar haji dan kerajaan menyedari ramai go­­­lo­ngan berpendapatan rendah mengha­dapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan minima sebanyak itu.

Justeru, bagi membolehkan me­reka mendaftar sebagai bakal haji, kerajaan membenarkan pencarum KSWP membuat pendaftaran de­ngan mengemukakan penya­ta KWSP dan berurusan terus di kaunter.

KADAR BONUS (HIBAH) TABUNG HAJI (TH) TAHUN 2019

Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan pendapatan bonus (hibah) berkadaran peratus kepada pendeposit serta tambahan hibah haji kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan Februari 2019.

TARIKH PENGUMUMAN HIBAH (BONUS) TABUNG HAJI TAHUN 2018
Tarikh
Minggu Pertama Mac 2019
Tarikh yang tepat (rasmi) akan dikemaskini selepas pengumuman dari Lembaga Tabung Haji (TH).
KADAR PERATUS HIBAH (BONUS) TABUNG HAJI TAHUN 2018
TahunHibah TahunanHibah Haji
2018%?%?
Bonus haji (Hibah Haji) adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa
REKOD KADAR PERATUS HIBAH (BONUS) TABUNG HAJI TAHUN 2017 – 1994
TahunHibah TahunanHibah Haji
20174.5%1.75%
20164.25%1.5%
20155%3%
20146.25%2%
20136%2%
20126.5%1.5%
20116%1.5%
20105.5%1.5%
20095%1.5%
20085%1.5%
20075%2%
20064.75%2%
20054.5%2%
20044.3%2%
20034%2%
20023.5%2%
20013.25%2%
20005.5%2%
19998%2%
19988%2%
19979.5%2%
19969.5%2%
19959.5%2%
19949.5%2%
Hibah tahunan atau Bonus Tahunan adalah bonus (hibah) yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa yang diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.
Hibah haji atau Hibah Haji adalah bonus (hibah) khas yang diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi meningkatkan tabungan mereka. Majoriti pendeposit mendapat bonus haji ini.