Kadar dividen KWSP EPF 2018-2019 peratus agihan pendapatan

Semakan dividend KWSP Konvensional dan Shariah

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 11:13 PM

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Ahli-ahli (pencarum) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terdiri daripada Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam.

Caruman bulanan pencarum akan dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan.

Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

DIVIDEN SIMPANAN KONVENSIONAL
KWSP memastikan simpanan pencarum selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah).
KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman pencarum melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.
DIVIDEN SIMPANAN SHARIAH
Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP yang diperkenalkan pada 8 Ogos 2016 bagi membolehkan ahli KWSP (pencarum) memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah.
Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum.KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun.
Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah di mana Lembaga KWSP dilantik dan diamanahkan untuk bertindak bagi pihak ahli untuk menguruskan dan melaburkan simpanan ahli mengikut Syariah.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) berkadaran peratus untuk dua skim simpanan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Jumlah kadar pengagihan pendapatan (Dividen) Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu ke-3 Februari 2019.

PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP 2018
Tarikh
Minggu ke-3 Februari 2019
Info1Tarikh yang tepat (rasmi) akan dikemaskini selepas pengumuman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
KADAR PERATUS DIVIDEN SIMPANAN KWSP TAHUN 2018
TahunKonvensionalShariah
2018%?%?
KADAR PERATUS DIVIDEN SIMPANAN KWSP TAHUN 2017
TahunKonvensionalShariah
20176.9%6.4%
MAKLUMAT KADAR PERATUS DIVIDEN KWSP BAGI TAHUN 2016 – 1952
TahunDividend
20165.70%
20156.40%
20146.75%
20136.35%
20126.15%
20116.00%
20105.80%
20095.65%
20084.50%
20075.80%
20065.15%
20055.00%
20044.75%
20034.50%
20024.25%
20015.00%
20006.00%
19996.84%
19986.70%
19976.70%
19967.70%
19957.50%
1994 – 19888.00%
1987 – 19838.50%
1982 – 19808.00%
19797.25%
1978 – 19767.00%
1975 – 19746.60%
1973 – 19725.85%
19715.80%
1970 – 19685.75%
1967 – 19655.50%
19645.25%
19635.00%
1962 – 19604.00%
1959 – 19522.50%