Bacaan doa akhir tahun 1440 hijrah dan awal tahun 1441 Maal Hijrah

Doa akhir tahun 2018 dan awal tahun 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 12:52 AM

Ketibaan satu Muharam pada setiap tahun hijrah akan disambut oleh umat Islam dengan penuh ceria di seluruh dunia. Namun, acara sambutan berbeza-beza mengikut tradisi tempatan. Pun begitu, tujuan pengisiannya tetap sama yakni mengimbau kembali hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Peristiwa itu menjadi detik permulaan kejayaan umat Islam dan kiraan kalendar Islam.

Di Malaysia, sambutan tahun baru Hijrah lebih dikenali Maal Hijrah. Program sambutan diatur rapi di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, kampung dan keluarga. Maal Hijrah menjadi sebahagian daripada tradisi sambutan berbentuk keagamaan.

Menyambut Maal Hijrah adalah tanda kekaguman seluruh umat Islam terhadap kejayaan yang dicapai hasil hijrah Rasulullah. Dengan sambutan itu diharap umat Islam dapat membina satu semangat untuk mengikut jejak kejayaan itu dalam urusan hidup kini.

Sambutan Maal Hijrah amat bermakna. Semua peringkat menyertai sambutan. Di Malaysia, sambutan peringkat kebangsaan turut disertai pemimpin tertinggi negara, tokoh agama dan pegawai kanan kerajaan, selain puluhan ribu rakyat berkumpul dengan satu niat yang sama, yakni menanam sikap untuk bersama-sama menyertai hijrah yang mengajak umat berubah ke arah lebih baik dalam semua keadaan.

Selain sambutan Maal Hijrah yang diisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan, satu lagi amalan yang dilakukan di kalangan masyarakat Islam ialah membaca doa akhir dan awal tahun.

Doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijah. Manakala doa awal tahun pula dibaca selepas solat Maghrib iaitu setelah muncul anak bulan Muharam.

Umat Islam perlu menghayati Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Islam mengehendaki kita berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Sambutan Maal Hijrah juga peluang untuk kita muhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri.

Jika kita telah mencapai satu tahap yang baik, jangan nikmat itu membuatkan kita lupa diri. Sebaliknya jika masih di tahap tidak membanggakan, usaha lebih gigih perlu dilakukan.

Semoga tahun Hijrah yang datang hari ini membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding sebelum ini.

DOA AKHIR TAHUN 1439 HIJRAH
Penerangan
Doa akhir tahun 1439H hendaklah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1439 Hijrah bersamaan 10 September 2018 Masihi (Isnin)
Doa Akhir Tahun Hijrah Sahih
DOA AWAL TAHUN 1440 HIJRAH
Penerangan
Doa awal tahun (1 Muharam 1440H) hendaklah dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1439 Hijrah bersamaan 10 September 2018 Masihi (malam 1 Muharram 1440H). Sebagai info, mengikut kalendar Islam pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.
Doa Awal Tahun Hijrah Sahih