Menu Atas

Bila tarikh bayaran duit Bantuan Sara Hidup BSH 2018 dapat

16:40 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 September 2018 jam 12:47 AM

Kerajaan baharu Malaysia (Pakatan Harapan) meneruskan pemberian skim bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, namun ia bukan lagi dikenali dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Umum sedia maklum, BR1M merupakan sebuah skim bantuan kewangan yang diilhamkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk individu yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah, atau keluarga dengan perolehan bulanan RM3,000 dan kurang.

Skim bantuan kewangan Bantuan Sara Hidup kepada golongan berpendapatan rendah dikekalkan jumlahnya sepertimana BR1M sebelum ini.

JADUAL RASMI TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2018

Golongan yang layak mendapat Bantuan Sara Hidup adalah mereka yang berjaya dalam pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.

Manfaat nilai bantuan kewangan Bantuan Sara Hidup 2018 pimpinan kerajaan Pakatan Harapan adalah mengikut kategori yang ditetapkan seperti dalam jadual pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 di bawah.

 KATEGORI 1 | INDIVIDU LELAKI ATAU PEREMPUAN
Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
TarikhRM450Bayaran
26 Feb 2018One-Off
 KATEGORI 2 | ISI RUMAH
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
RM900
Peringkat Bayaran
Fasa 1RM30026 Feb 2018
Fasa 2RM3006 Jun 2018
Fasa 3RM30015 Ogos 2018
 KATEGORI 3 | ISI RUMAH
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
RM1,200
Peringkat Bayaran
Fasa 1RM40026 Feb 2018
Fasa 2RM4006 Jun 2018
Fasa 3RM40015 Ogos 2018
Tarikh yang betul berhubung dengan agihan duit Bantuan Sara Hidup 2018 kepada penerima hanya akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seterusnya akan dihebahkan oleh media arus perdana.
Tarikh yang tepat pengkreditan duit Bantuan Sara Hidup kepada penerima turut akan dinyatakan dalam ruangan jadual di atas bersertakan maklumat / berita rasmi yang berkaitan.
Agihan bayaran Bantuan Sara Hidup 2018 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan. Sekiranya berlaku perubahan, tarikh yang berkenaan akan dikemaskini dengan kadar segera.
Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun bank, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.