Harga belajar ambil lesen memandu kereta atau motor bayaran terkini

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 18 Februari 2019 jam 03:53 PM

Harga Yuran Kelas Belajar Memandu

Generasi muda merupakan golongan yang boleh dikatakan paling banyak terlibat dengan pemanduan tanpa lesen yang menggunakan kenderaan kenalan atau keluarga mereka biarpun sedar tindakan mereka itu menyalahi undang-undang jalan raya.

Bila nampak saja operasi sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak berkuasa, sudah tentu mereka kecut perut untuk melalui kawasan tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Disebabkan itu mereka akan takut dan panik sehinggakan ada yang membuat cubaan untuk lari dan merempuh sekatan berkenaan tanpa memikirkan bahaya-bahaya bakal mendatang akibat tindakan tersebut.

Banyak kejadian berlaku melibatkan pengguna jalan raya lain termasuk pihak berkuasa yang tercedera akibat cubaan berani dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai lesen.

Justeru, lesen memandu merupakan perkara utama bagi kita untuk mengendalikan kenderaan yang sudah tentu mewajibkan pemiliknya menghadiri pelbagai kelas kemahiran teori dan juga praktikal.

Belajar memandu bukan sekadar belajar cara mengendalikan kenderaan tetapi bahagian teori merupakan elemen terpenting apabila melibatkan pertimbangan bakal pemandu.

Lesen kereta dan motor ini umpama satu aset penting terutama kepada individu yang baru memulakan pekerjaan serta pelajar sekolah. Tetapi bagaimana mahu mendapatkannya jika harga mahal? Inilah isu yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) sebenarnya telah menetapkan Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) untuk pengguna jalan raya mendapatkan lesen memandu yang sah.

Meskipun Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan telah ditetapkan namun masih terdapat perbezaan harga lebih tinggi membabitkan pengusaha sekolah atau institut memandu di seluruh negeri.

HARGA BAYARAN YURAN KELAS BELAJAR AMBIL LESEN MEMANDU KERETA ATAU MOTOSIKAL

Melalui maklumat yang diterima, kadar harga mendapatkan lesen kereta atau motosikal lebih tinggi berbanding dengan harga siling ditetapkan disebabkan beberapa caj tambahan terdapat dalam pakej perkhidmatan lain yang disediakan oleh institut atau sekolah memandu terbabit.

Sebagai contoh, seperti kos operasi, sewa kenderaan, minyak, pekerja sokongan dan sebagainya bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran yang terbaik serta caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi.

Bagi mengelakkan kekeliruan, sebarang caj tambahan perlulah diperincikan oleh pihak institusi berkenaan.

KELAYAKAN HAD UMUR BELAJAR DAPATKAN LESEN MEMANDU
 PerkaraUmur
Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc16 tahun dan ke atas
Lesen motosikal melebihi 500 cc16 tahun dan ke atas
Lesen kereta transmisi manual17 tahun dan ke atas
Lesen kereta transmisi automatik17 tahun dan ke atas
KADAR HARGA SILING TERKINI (JPJ) PEMBELAJARAN DAN LATIHAN PEMANDUAN
 PerkaraHarga
 Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc (B2)RM350
 Lesen motosikal melebihi 500 cc (B)RM900
 Lesen kereta transmisi manual (D)RM1,150
 Lesen kereta transmisi automatik (DA)RM1,250
Sekiranya anda mendapati Institusi Memandu mengenakan harga yang sangat tinggi berbanding harga siling ditetapkan, anda dinasihatkan membuat tinjauan di Institusi Memandu lain yang mungkin lebih murah.
STRUKTUR KADAR YURAN PEMBELAJARAN DAN LATIHAN PEMANDUAN
Harga siling yang ditetapkan merupakan satu tanda harga kepada Institut Memandu di seluruh negeri di Malaysia
PerlisKedahPulau Pinang
PerakKuala LumpurPutrajaya
SelangorNegeri SembilanMelaka
JohorPahangTerengganu
KelantanSarawakSabah
Labuan