Menu Atas

Harga terkini buat baru dan renew passport Malaysia antarabangsa

21:55 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 23 Jun 2018 jam 10:39 PM

Pasport Malaysia merupakan pasport yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi rakyat Malaysia. Ianya merupakan suatu dokumen perjalanan yang sah untuk warganegara Malaysia bagi maksud tujuan keluar negara.

Rekaan pasport Malaysia versi terkini berkonsepkan lima rukun negara, tradisi dan flora dan fauna, masing-masing mempamerkan kedamaian dan kesejahteraan negara.

Selain rekaan yang lebih cantik, pasport versi baharu turut mempunyai penambahbaikan pada ciri keselamatan.

Muka surat biodata polikarbonat kini disertakan bersama cip di dalamnya berbanding sebelum ini cip di bahagian belakang pasport.

Setiap halaman pada pasport juga mempunyai ciri keselamatan tambahan. Pengesahan dari segi ketulenan pasport tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya didedahkan melalui cahaya ultra-violet (UV) serta kedudukan baharu cip itu menyukarkan pemalsuan maklumat dan bacaan data yang lebih mudah.

Ciri keselamatan tambahan pasport versi baharu adalah sekali ganda berbanding sebelum ini selain ciri keselamatan turut dilengkapi pada kulit hadapan dan belakang pasport.

Pasport versi baharu ini hanya dikeluarkan untuk permohonan baharu dan pasport sedia ada yang sah laku masih boleh digunakan.

KADAR BAYARAN TERKINI BUAT DAN PEMBAHARUAN (RENEW) PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh sah laku lima tahun adalah RM200.

Kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji dan pelajar mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah) ialah RM100. Sementara permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah percuma.

Icon lamanwebinfo
Passport Baru Malaysia
MAKLUMAT KADAR BAYARAN PEMOHONAN DAN PEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA
Tempoh Sah Laku 5 Tahun
BayaranKategori
RM200Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)
RM100Warga emas (60 tahun ke atas)
RM100Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)
RM100Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)
RM100Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)
PercumaOrang Kelainan Upaya (OKU)
Permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa boleh dibuat di semua pejabat Imigresen. Selain itu, permohonan pembaharuan Pasport Malaysia boleh  dibuat  secara dalam talian (online) dan perkhidmatan pasport juga bertaraf dunia iaitu pasport disiapkan dalam tempoh satu jam selepas bayaran, mendahului negara-negara maju di dunia.
Info Berkaitan PAUTAN MAKLUMAT PENTING
Click LinkPanduan Lengkap Dan Maklumat Rasmi Permohonan Baharu Passport Malaysia Antarabangsa
Click LinkMaklumat Rasmi Permohonan Pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa Dan Semakan Status Permohonan Secara Online