Harga minyak terkini November 2018 Petrol RON95 RON97 Diesel Pakatan Harapan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 11 November 2018 jam 06:06 PM

Harga jualan runcit produk petroleum bagi RON95 dan Diesel di Malaysia kini tidak akan naik dan tidak akan turun kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) menanggung subsidi supaya ia kekal.

Selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara, harga petrol RON95 dan Diesel telah dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter (RON95) dan RM2.18 seliter (Diesel).

Pakatan Harapan melalui manifesto PRU14 berjanji akan menstabilkan harga minyak serta memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar dan ianya kini telah terlaksana.

Bagaimanapun, berbeza dengan Petrol jenis RON97 dimana penetapan harga jualan runcit adalah berdasarkan mekanisme apungan terurus mengikut harga pasaran semasa minyak dunia yang akan diselaras pada hari Rabu setiap minggu.

Kerajaan telah memutuskan harga petrol RON97 menerusi apungan terurus, berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kadar tukaran mata wang.

Susulan daripada perkara ini, pengguna bahan api RON95 dan Diesel tidak perlu risau tentang harga kedua-dua bahan api jenis tersebut kerana harga RON95 dan Diesel tidak akan naik dan tidak akan turun berikutan kerana kerajaan Pakatan Harapan menanggung subsidi supaya ia terus kekal.

Cuma pengguna RON97 sahaja perlu ambil maklum kerana harga RON97 akan diselaras pada hari Rabu setiap minggu mengikut harga pasaran minyak dunia.

Perincian harga Petrol RON97 bagi minggu terkini akan dikemaskini setiap hari Rabu pada jam 6 petang mengikut harga yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sila rujuk pada maklumat di bawah.

HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM | RM – PER LITER
Harga RON97 (apungan terurus)
Bulan ini
1 – 30 Nov
RON97Bulan Lepas
1 – 30 Okt
RM2.69Minyak Naik Harga0.02¢RM2.79
Harga RON95 (bersubsidi)
RON95
RM2.20
Harga Diesel (bersubsidi)
DIESEL
RM2.18