Harga minyak bulan Januari 2019 Petrol RON95 RON97 Diesel

02:54 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Januari 2019 jam 11:47 AM

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini kembali menetapkan mekanisme harga minyak runcit secara mingguan bermula Januari 2019 susulan dengan penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini.

Seperti yang diketahui umum, mekanisme penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan dibuat bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di peringkat pasaran dunia.

Melalui penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan, ianya berdasarkan harga minyak mentah global. Sekiranya meningkat, harga minyak runcit di pam akan turut meningkat. Sebaliknya jika harga minyak mentah global menurun, harga minyak runcit di pam turut sama menurun.

Perincian harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel bagi setiap minggu terkini akan dikemaskini pada jam 6 petang mengikut harga yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sila rujuk pada maklumat di bawah.

HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM | RM – PER LITER
Mekanisme Harga Runcit Secara Mingguan 2019
Minggu ini 
19 Jan – 25 Jan 
RON95 Minggu Lepas
 12 Jan – 18 Jan
RM1.98 Minyak Naik Harga0.06¢ RM1.92
Minggu ini 
19 Jan – 25 Jan 
RON97 Minggu Lepas
 12 Jan – 18 Jan
RM2.28 Minyak Naik Harga0.06¢ RM2.22
Minggu ini 
19 Jan – 25 Jan 
DIESEL Minggu Lepas
 12 Jan – 18 Jan
RM2.17 Minyak Naik Harga0.12¢ RM2.05