Menu Atas

Harga tiket final Piala FA 2018 Pahang vs Selangor 7 Julai 2018

04:07 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 September 2018 jam 12:11 AM

Persatuan Bola Sepak Pahang dan Persatuan Bola Sepak Selangor masing-masing akan mendapat peruntukan tiket dari jumlah keseluruhan 80,000 keping tiket dengan jumlah sama rata untuk penyokong mereka bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada hari Sabtu 7 Julai 2018

Harga tiket final Piala FA Malaysia 2018 adalah berharga RM50 sekeping untuk dewasa manakala RM5 sekeping untuk kanak-kanak (kanak-kanak bawah 12 tahun).

Harga rasmi tiket final Piala FA 2018 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti telah diumumkan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) dalam sidang media pada hari Isnin, 2 Julai 2018

Penjualan tiket untuk penyokong kedua-dua pasukan akan mula dijual di stadium negeri masing-masing dengan pembelian dihadkan kepada empat tiket seorang.

Sementara itu, peruntukkan sejumlah 18,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak turut akan dijual secara dalam talian (online) melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my (tiket Vip) dan https://shopee.com.my (tiket biasa) bermula pada hari Rabu 4 Julai 2018.

Pahang mara ke final Piala FA Malaysia 2018 selepas menewaskan PKNP FC dengan agregat 3-2 manakala Selangor pula menang agregat 5-1 ke atas PKNS FC pada aksi separuh akhir.

TARIKH PENJUALAN DAN HARGA TIKET FINAL PIALA FA 2018 PAHANG VS SELANGOR

Berikut adalah ringkasan maklumat berhubung dengan jumlah peruntukan dan tarikh penjualan tiket perlawanan akhir Shopee Piala FA Malaysia 2018 yang membabitkan pasukan Selangor menentang Pahang.

Pasukan9:00PMPasukan
SelangorPahang
Stadium Nasional Bukit Jalil – Final Piala FA 2018
DewasaHarga TiketKanak-Kanak
RM50RM5
JUMLAH KESELURUHAN TIKET FINAL PIALA FA 2018 – 80,000 KEPING
JUMLAH PERUNTUKAN TIKET SETIAP PASUKAN – PEMBELIAN DI STADIUM
SELANGOR

Dewasa
30,000
Kanak-Kanak
750
PAHANG

Dewasa
30,000
Kanak-Kanak
750
LOKASI PEMBELIAN TIKET SECARA TERUS
 Penyokong SelangorKaunter tiket – Stadium Shah Alam
 Penyokong PahangKaunter tiket – Stadium Darul Makmur
Penjualan tiket dilakukan serentak pada tarikh 4 Julai (Rabu) di Stadium Negeri masing-masing bermula jam 9 pagi.
JUMLAH PERUNTUKAN TIKET JUALAN ONLINE 
18,000 (Dewasa)
500 (Kanak-Kanak)

Tiket Vip
www.tickethotline.com.my
Tiket Biasa
https://shopee.com.my
Pembelian tiket secara online boleh di buat melalui laman web yang dinyatakan 4 Julai (Rabu) bermula jam 9 pagi.
Penebusan – Kaunter tiket pintu A, Stadium Nasional Bukit Jalil bermula tarikh 5 Julai 2018  sehingga hari perlawanan jam 10 pagi hingga 6 petang.