Harga tiket final Piala Malaysia 2018 Terengganu FC vs Perak

Tarikh penjualan tiket final Piala Malaysia 2018 Terengganu FC lwn Perak

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 November 2018 jam 11:52 PM

Persatuan Bola Sepak Terengganu FC dan Persatuan Bola Sepak Perak masing-masing telah mendapat peruntukan tiket dari jumlah keseluruhan 72,000 keping tiket dengan jumlah sama rata untuk penyokong mereka bagi perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia 2018 yang di jadual berlangsung pada hari Sabtu, 27 Oktober 2018 bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.

Harga tiket final Piala Malaysia 2018 adalah berharga RM50 sekeping untuk dewasa manakala RM5 sekeping untuk kanak-kanak (kanak-kanak bawah 12 tahun).

Harga rasmi tiket final Piala Malaysia 2018 nanti akan diumumkan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP).

Penjualan tiket untuk penyokong kedua-dua pasukan akan mula dijual di stadium negeri masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan dengan pembelian dihadkan kepada empat tiket seorang.

Sementara itu, peruntukkan sejumlah 10,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak turut akan dijual secara dalam talian (online) melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my.

Terengganu FC mara ke final Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan JDT dengan agregat 3-2 manakala Perak pula menang agregat 7-2 ke atas Sabah pada aksi separuh akhir.

Berikut adalah ringkasan maklumat berhubung dengan jumlah peruntukan dan tarikh penjualan tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia 2018 yang membabitkan pasukan Terengganu FC menentang Perak.

Pasukan9:00PMPasukan
TerengganuTerengganu FCPerak TBGPerak
StadiumStadium Shah Alam
DewasaHarga TiketKanak-Kanak
RM50RM5
JUMLAH KESELURUHAN TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2018 – 72,000 KEPING
JUMLAH PERUNTUKAN TIKET SETIAP PASUKAN – PEMBELIAN DI STADIUM
Terengganu FCTERENGGANU FC

Dewasa
30,000
Kanak-Kanak
750
Perak TBGPERAK

Dewasa
30,000
Kanak-Kanak
750
LOKASI PEMBELIAN TIKET SECARA TERUS
Terengganu FCPenyokong Terengganu FCKaunter tiket – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Perak TBGPenyokong PerakKaunter tiket – Stadium Perak, Ipoh
Info1Penjualan tiket dilakukan serentak pada tarikh 25 Oktober 2018.
JUMLAH PERUNTUKAN TIKET JUALAN ONLINE 
10,000 [Dewasa]
500 [Kanak-Kanak]

Tiket Online
www.tickethotline.com.my
Info1Pembelian tiket secara online boleh di buat melalui laman web yang dinyatakan pada tarikh 25 Oktober 2018.
Info1Penebusan – Penebusan tiket online boleh dibuat pada 26 dan 27 Oktober 2018 di Stadium Shah Alam.
Laman Web Info Icon
Ticket Final Piala Malaysia 2018