Menu Atas

Tarikh terkini jadual pembayaran gaji tahun 2018-2019 penjawat awam kerajaan

09:00 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 24 September 2018 jam 11:58 AM

Setiap kali hampir menjelang hujung bulan, pasti ramai penjawat awam kerajaan pening kepala memikirkan jumlah wang perbelanjaan yang masih berbaki seperti yang dirancang pada bulan sebelumnya.

Justeru, jadual pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan yang dikeluarkan menerusi surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (ANM) dapat membantu penjawat awam merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah mahu peribadi dengan lebih efisen selain membuat simpanan kewangan untuk masa depan serta di waktu kecemasan.

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak dan keadaan ini tidak mengira sama ada individu itu berpendapatan besar ataupun kecil.

Malah, merancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan, kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku iaitu yang memerlukan pengaliran wang keluar atau wang masuk.

Melalui perancangan yang betul, ia boleh membuatkan kita berada di situasi sebenar, malah keadaan ini juga dapat membuatkan kita tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

Bagaimanapun ada segelintir penjawat awam yang tersilap langkah dengan membuat perbelanjaan melebihi kemampuan diri. Harus diingatkan bahawa keadaan itu sebenarnya menjerat diri sendiri dan boleh memberikan tekanan kepada diri.

Berikut adalah jadual pembayaran gaji bulanan penjawat berdasarkan surat pekeliling Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018 sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Tarikh terkini jadual pembayaran gaji tahun 2018 2019 penjawat awam kerajaan
Tarikh terkini jadual pembayaran gaji tahun 2018 2019 penjawat awam kerajaan
JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2018
Tahun Baru Cina 16 & 17 Februari
JANUARIFEBRUARIMAC
25.1.201808.02.201823.03.2018
Hari Gawai 1 & 2 Jun
Hari Raya Aidilfitri 15 & 16 Jun
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei
APRILMEIJUN
25.4.201824.5.201807.06.2018
Hari Raya Aidiladha 22 Ogos
JULAIOGOSSEPTEMBER
18.07.201814.08.201825.09.2018
Hari Deepavali 6 November
OKTOBERNOVEMBERDISEMBER
25.10.201822.11.201818.12.2018
Hari Krismas 25 Disember