Jadual pembayaran pencen tahun 2018-2019 pesara kerajaan

Tarikh terkini dapat duit bulanan pencen pesara kerajaan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 November 2018 jam 09:22 PM

Setiap kali hampir menjelang hujung bulan, pasti ramai anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara pening kepala memikirkan jumlah wang perbelanjaan yang masih berbaki seperti yang dirancang pada bulan sebelumnya.

Justeru, jadual pembayaran pencen bulanan bagi anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara kerajaan yang dikeluarkan menerusi surat pekeliling Jabatan Perkhidmatan Persaraan dapat membantu anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih efisen selain membuat simpanan kewangan untuk masa depan serta di waktu kecemasan.

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak dan keadaan ini tidak mengira sama ada individu itu berpendapatan besar ataupun kecil.

Malah, merancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan, kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku iaitu yang memerlukan pengaliran wang keluar atau wang masuk.

Melalui perancangan yang betul, ia boleh membuatkan kita berada di situasi sebenar, malah keadaan ini juga dapat membuatkan kita tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan berdasarkan surat pekeliling Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Pencen Bulanan Tahun 2018 sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Persaraan.

JADUAL PEMBAYARAN PENCEN BULANAN PESARA KERAJAAN TAHUN 2018
Tahun Baru Cina 16 & 17 Februari
JANUARIFEBRUARIMAC
18.1.201806.02.201821.03.2018
Hari Gawai 1 & 2 Jun
Hari Raya Aidilfitri 15 & 16 Jun
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei
APRILMEIJUN
19.4.201821.5.201804.06.2018
Hari Raya Aidiladha 22 Ogos
JULAIOGOSSEPTEMBER
19.07.201813.08.201820.09.2018
Hari Deepavali 6 November
OKTOBERNOVEMBERDISEMBER
18.10.201821.11.201817.12.2018
Hari Krismas 25 Disember