Jadual pembayaran pencen tahun 2019-2020 pesara kerajaan

14:59 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:42 AM

Setiap kali hampir menjelang hujung bulan, pasti ramai anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara akan memikirkan jumlah wang perbelanjaan yang masih berbaki seperti yang dirancang pada bulan sebelumnya.

Justeru, jadual pembayaran pencen bulanan bagi anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara kerajaan yang dikeluarkan menerusi surat pekeliling Jabatan Perkhidmatan Persaraan dapat membantu anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih efisen selain membuat simpanan kewangan untuk masa depan serta di waktu kecemasan.

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak dan keadaan ini tidak mengira sama ada individu itu berpendapatan besar ataupun kecil.

Malah, merancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan, kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku iaitu yang memerlukan pengaliran wang keluar atau wang masuk.

Melalui perancangan yang betul, ia boleh membuatkan kita berada di situasi sebenar, malah keadaan ini juga dapat membuatkan kita tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan berdasarkan surat pekeliling Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Pencen Bulanan Tahun 2019 sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Persaraan.

JADUAL TARIKH PEMBAYARAN PENCEN BULANAN PESARA KERAJAAN TAHUN 2019
NotaTahun Baru Cina 5 & 6 Februari 2019
Tarikh JANUARITarikh FEBRUARITarikh MAC
22.1.201921.02.201921.03.2019
SelasaKhamisKhamis
NotaHari Gawai 1 & 2 Jun 2019 
NotaHari Raya Aidilfitri 5 & 6 Jun 2019 
NotaHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2019
Tarikh APRILTarikh MEITarikh JUN
22.4.201921.5.201924.06.2019
IsninSelasaIsnin
NotaHari Raya Aidiladha 11 Ogos 2019
Tarikh JULAITarikh OGOSTarikh SEPTEMBER
22.07.201919.08.201923.09.2019
IsninIsninIsnin
NotaHari Deepavali 27 Oktober 2019
Tarikh OKTOBERBulananNOVEMBERBulananDISEMBER
14.10.201921.11.201916.12.2019
IsninKhamisIsnin
NotaHari Krismas 25 Disember 2019 
Click Link PDF FormatTarikh Pembayaran Pencen Bulanan Bagi Tahun 2019 – Portal Pencen JPA
webinfo berkaitan MAKLUMAT BERKAITAN
Click Link Kalendar Malaysia Tahun 2019 – Tarikh Cuti Umum Dan Jadual Hari Kelepasan Setiap Negeri
Click Link Kalendar Hijrah Bulan Islam Tahun 2019-1140H Malaysia Dan Tarikh Penting Dalam Islam
Click Link Jadual Persekolahan Dan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2019