Jadual peperiksaan PT3 2019 Pentaksiran Tingkatan 3

Jadual terkini dan tarikh rasmi PT3 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 25 November 2018 jam 07:37 AM

Calon-calon PT3 2018 boleh membuat persediaan awal (belajar awal) untuk menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2018 dengan mendapatkan jadual kerja dan jadual waktu peperiksaan PT3 2018 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadual waktu tersebut adalah merangkumi kepada Calon Biasa, calon CBK A dan Calon CBK B. Jadual berkenaan dapat membantu calon-calon yang terbabit bagi membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan PT3 tahun 2018 pada tarikh sepertimana ditetapkan.

Persediaan awal atau belajar awal bertujuan menyediakan nota ringkas, peta minda, peta konsep, kad imbasan dan seumpamanya sebagai persediaan mengulang kaji apabila tibanya PT3 nanti.

Kesilapan ramai pelajar ialah menyediakan nota-nota ketika menjelang peperiksaan sedangkan nota-nota ini sepatutnya daripada awal lagi sudah disediakan.

Apabila peperiksaan semakin hampir, masa begitu berharga dan bermakna. Ketika itu fokus utama belajar ialah memastikan semua fakta penting telah dihafal, teknik dan format menjawab soalan diketahui, serta apa yang telah dibaca dapat dikeluarkan semula dengan pantas dan menepati kehendak soalan. Ini bukan masa menyediakan nota.

Belajar awal memberikan pelajar ruang dan masa yang banyak bagi melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan kokurikulum. Disebabkan pelajar belajar secara konsisten maka fikiran mereka tidak terganggu dan mereka juga tidak dihantui dengan rasa bersalah apabila aktif dengan pelbagai aktiviti di sekolah.

Oleh itu, manfaatkan masa di awal tahun sebegini bagi menyediakan nota-nota peperiksaan.

Yang pasti, sama ada berjaya atau tidak dalam PT3, pelajar-pelajar masih mempunyai ruang dan masa untuk memperbaiki pencapaian khususnya untuk peperiksaan awam di peringkat yang akan datang.

Harus diingatkan, PT3 bukanlah penamat untuk segala-galanya. Tidak semestinya pelajar-pelajar yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu tidak akan berjaya dalam peperiksaan awam akan datang. Gagal mendapat gred terbaik bukanlah sesuatu yang paling teruk dalam kehidupan. Jadikan kegagalan ini sebagai penguat semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Pelajar-pelajar tingkatan 3 boleh mendapatkan jadual waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2018 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia atau merujuk kepada ruangan butiran maklumat yang disediakan oleh lamanwebinfo seperti di bawah.

TARIKH PEPERIKSAAN PT3 TAHUN 2018
PeperiksaanJenisTarikh
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)Bertulis8-11 Oktober 2018
LisanBertutur (BI, BM, LAM (KBD))
1-30 April 2018
Mendengar
BM | 13 Ogos 2018
BI | 14 Ogos 2018
LAM (KBD) | 15 Ogos 2018
Tilawah & Hafazan (KBT)
18-28 September 2018
Instrumen PelbagaiGeografi | 8-27 Julai 2018
Sejarah | 2-25 Mei 2018
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PT3 TAHUN 2018
Calon-calon boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan dan jadual kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berformat PDF dengan melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik pada judul pautan di bawah.
Jadual Waktu Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
Jadual Kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia