Jadual waktu peperiksaan SPM 2019 Sijil Pelajaran Malaysia

Jadual terkini dan tarikh rasmi peperiksaan SPM 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 25 November 2018 jam 07:35 AM

Calon-calon SPM 2018 boleh membuat persediaan awal (belajar awal) untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2018 dengan mendapatkan jadual waktu peperiksaan SPM 2018 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadual waktu peperiksaan tersebut adalah merangkumi kepada semua calon sekolah mahupun calon persendirian individu di seluruh negeri. Jadual berkenaan dapat membantu calon-calon yang terbabit bagi membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun 2018 pada tarikh sepertimana ditetapkan.

Persediaan awal atau belajar awal bertujuan menyediakan nota ringkas, peta minda, peta konsep, kad imbasan dan seumpamanya sebagai persediaan mengulang kaji apabila tibanya SPM nanti.

Kesilapan ramai pelajar ialah menyediakan nota-nota ketika menjelang peperiksaan sedangkan nota-nota ini sepatutnya daripada awal lagi sudah disediakan.

Apabila peperiksaan semakin hampir, masa begitu berharga dan bermakna. Ketika itu fokus utama belajar ialah memastikan semua fakta penting telah dihafal, teknik dan format menjawab soalan diketahui, serta apa yang telah dibaca dapat dikeluarkan semula dengan pantas dan menepati kehendak soalan. Ini bukan masa menyediakan nota.

Belajar awal memberikan pelajar ruang dan masa yang banyak bagi melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan kokurikulum. Disebabkan pelajar belajar secara konsisten maka fikiran mereka tidak terganggu dan mereka juga tidak dihantui dengan rasa bersalah apabila aktif dengan pelbagai aktiviti di sekolah.

Oleh itu, manfaatkan masa di awal tahun sebegini bagi menyediakan nota-nota peperiksaan.

Pelajar-pelajar tingkatan 5 boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2018 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia atau merujuk kepada ruangan butiran maklumat yang disediakan oleh lamanwebinfo seperti di bawah.

TARIKH PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2018
PeperiksaanJenisTarikh
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Lisan4-30 Jun 2018
Bertulis13 Nov-13 Dis 2018
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2018
Calon-calon boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berformat PDF dengan melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik pada judul pautan di bawah.
Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Draf – Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia