Jadual waktu peperiksaan UPSR 2019 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Jadual terkini dan jadual rasmi UPSR 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 25 November 2018 jam 07:39 AM

Calon-calon UPSR 2018 boleh membuat persediaan awal (belajar awal) untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dengan mendapatkan jadual waktu peperiksaan UPSR 2018 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Belajar awal bertujuan menyediakan nota ringkas, peta minda, peta konsep, kad imbasan dan seumpamanya sebagai persediaan mengulang kaji apabila tibanya UPSR nanti.

Kesilapan ramai pelajar ialah menyediakan nota-nota ketika menjelang peperiksaan sedangkan nota-nota ini sepatutnya daripada awal lagi sudah disediakan.

Apabila peperiksaan semakin hampir masa begitu berharga dan bermakna. Ketika itu fokus utama belajar ialah memastikan semua fakta penting telah dihafal, teknik dan format menjawab soalan diketahui, serta apa yang telah dibaca dapat dikeluarkan semula dengan pantas dan menepati kehendak soalan. Ini bukan masa menyediakan nota.

Belajar awal memberikan pelajar ruang dan masa yang banyak bagi melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan kokurikulum. Disebabkan pelajar belajar secara konsisten maka fikiran mereka tidak terganggu dan mereka juga tidak dihantui dengan rasa bersalah apabila aktif dengan pelbagai aktiviti di sekolah

Oleh itu, manfaatkan masa di awal tahun sebegini bagi menyediakan nota-nota peperiksaan.

Yang pasti, sama ada berjaya atau tidak dalam UPSR, murid-murid masih mempunyai ruang dan masa untuk memperbaiki pencapaian khususnya untuk peperiksaan awam di peringkat akan datang.

Ingatlah, UPSR bukanlah penamat untuk segala-galanya. Tidak semestinya murid-murid yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu tidak akan berjaya dalam peperiksaan awam akan datang. Gagal mendapat gred terbaik bukanlah sesuatu yang paling teruk dalam kehidupan. Jadikan kegagalan ini sebagai penguat semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Murid-murid tahun 6 boleh mendapatkan jadual waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2018 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia atau merujuk kepada ruangan butiran maklumat yang disediakan oleh lamanwebinfo seperti di bawah.

TARIKH PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2018
PeperiksaanJenisTarikh
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Bertulis20, 24-27 September 2018
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2018
Calon-calon boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR 2018) berformat PDF dengan melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik pada judul pautan di bawah.
Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia