Gambar jersi terbaru JDT 2019 warna rekaan dan harga

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 06:14 AM

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan jersi (jersey) yang bakal digunakan oleh pasukan berkenaan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia (ACL-AFC Champions League) 2019.

Majlis pelancaran jersi baru tersebut diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan disempurnakan oleh Presiden JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim pada hari Sabtu, 12 Januari 2019.

Jersi yang menggunakan teknologi itu direka mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu menjadikannya lebih ringan.

Saingan Liga Malaysia musim 2019 menyaksikan JDT sekali menampilkan Nike sebagai penaja rasmi bagi kit pasukan itu berdasarkan perjanjian selama tiga tahun bersama jenama terkemuka Amerika Syarikat tersebut yang telah dimeterai pada tahun 2017.

Selain Harimau Selatan, JDT II, skuad Piala Presiden, Piala Belia dan pemain Akademi JDT turut menggunakan jersi tersebut dan harga jersi keluaran pemain adalah RM549 manakala replika untuk penyokong bernilai RM185.

HARGA JERSI NIKE PASUKAN JDT 2019 FAN’S ISSUE
 Kit Warna Harga
HomeMerah – Biru RM185
AwayUngu RM185 
KOLEKSI GAMBAR JERSEY NIKE JDT 2019