Siaran langsung JDT vs Kedah 31 Ogos 2018 Piala Malaysia uPM5

Keputusan JDT lwn Kedah Piala Malaysia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 09:22 PM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan kelima dengan menyaksikan perlawanan ke-5 (uPM5) turut membabitkan pasukan Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi perlawanan kumpulan C yang dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 31 Ogos 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan C membabitkan Kedah dan JDT sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan terbaik dan sengit.

Kedah sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat merebut 3 mata berharga dalam saingan peringkat kumpulan C Piala Malaysia 2018.

Dalam pada itu, perlawanan ini diibaratkan misi ‘hidup mati’ buat pasukan Kedah mahupun JDT kerana hanya kemenangan sahaja yang dapat mencerahkan laluan masing-masing ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan C setakat empat perlawanan sebelum ini, Kedah berada di tangga ke-3 dengan 5 mata manakala JDT pula dikedudukan ke-2 dengan 6 mata.

Pertembungan ini akan menjadi pentas kebangkitan oleh kedua-dua pasukan dalam usaha mencerahkan laluan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018 dan sudah tentu menjadi tumpuan kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh Kedah mahupun JDT.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS KEDAH 31.8.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM5)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan kelima melibatkan pasukan Kedah melawan Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kelima kumpulan C Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM5) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Kedah.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Kedah31JDT
Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Penjaring GolKumpulan CPenjaring Gol
6′ Sandro
46′ Akhyar Rashid
90+3′ Liridon 
Marquez 36′