Siaran langsung JDT vs Kelantan 25 Ogos 2018 Piala Malaysia uPM4

Keputusan JDT lwn Kelantan Piala Malaysia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 01:08 AM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan keempat dengan menyaksikan perlawanan ke-4 (uPM4) turut membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan bagi perlawanan kumpulan C yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 25 Ogos 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan C membabitkan JDT dan Kelantan sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

JDT sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan sekaligus dapat mengutip 3 mata berharga dalam saingan peringkat kumpulan C Piala Malaysia 2018.

Perlawanan ini diibaratkan misi ‘hidup mati’ buat pasukan JDT kerana hanya kemenangan keatas Kelantan saja mampu mencerahkan peluang sebagai persediaan ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Kelantan selaku pasukan pelawat, turun dengan semangat yang tinggi selepas meraih kemenangan 1-0 keatas JDT Jumaat lalu dan kini dalam misi memburu kemenangan seterusnya di gelanggang lawan.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan C setakat 3 perlawanan, JDT berada di tangga tercorot dengan tiga mata manakala Kelantan pula di tangga kedua dengan empat mata.

Pertembungan ini akan menjadi medium kebangkitan oleh kedua-dua pasukan dan sudah tentu menjadi tumpuan kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh JDT dan Kelantan.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS KELANTAN 25.8.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM4)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan ke-4 melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melawan Kelantan berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos, Larkin.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-4 kumpulan C Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM4) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Kelantan.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT10Kelantan
Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos, Larkin.
Penjaring GolKumpulan CPenjaring Gol
65′ Marquez