Menu Atas

Siaran langsung keputusan JDT vs Pahang 29 September 2018 Piala Malaysia suku akhir 2

01:50 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 29 September 2018 jam 10:54 PM

Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan suku akhir sambil menyaksikan perlawanan timbal balik membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Pahang bagi aksi suku akhir kedua (2) telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 29 September 2018.

Pertemuan saingan suku akhir Piala Malaysia 2018 di antara JDT dan Pahang sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

JDT sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan dengan berbekalkan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas berjaya mengikat keputusan seri 1-1 di Stadium Darul Makmur ketika aksi suku akhir pertama, Ahad lalu.

Pahang selaku pasukan pelawat, perlu mencipta kejutan bagi mengatasi kelebihan yang dimiliki oleh pasukan JDT sekiranya mahu melayakkan pasukan mereka ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2018.

Perlawanan ini sudah tentu menjadi tumpuan oleh penyokong masing-masing kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh JDT mahupun Pahang.

Laman Web Info Icon
Result Live JDT Pahang Piala Malaysia
KEPUTUSAN TERKINI JDT VS PAHANG 29.9.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (Suku Akhir 2)
Perlawanan suku akhir 2 saingan Unifi Piala Malaysia 2018 melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim melawan Pahang berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini aksi suku akhir 2 Unifi Piala Malaysia 2018 di antara JDT melawan (lwn) Pahang yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh perlawanan.
HomeTuan RumahFulltimeMasa PenuhPelawatAway
JDTJDT FC20Pahang FAPahang
StadiumStadium Larkin
Penjaring GolSuku Akhir 2Penjaring Gol
Nama Penjaring Gol2′, 73′ Safawi Rasid
PasukanTeamAggregateTeamPasukan
JDTJDT FC31Pahang FAPahang

 

Info Berkaitan INFO BERKAITAN
Click LinkKedudukan Carta Unifi Piala Malaysia 2018 Dan Jadual Penuh Perlawanan