Siaran langsung keputusan JDT vs Perak 2 Februari 2019 Liga Super

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:40 AM

Aksi Liga Super Malaysia 2019 saingan minggu pertama (LS1) juga perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Perak dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 2 Februari 2019.

Kedua-dua pasukan layak beraksi membuat perhitungan untuk merebut kejuaraan Sumbangsih apabila JDT dan Perak memegang status selaku juara Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu (2018).

Pertembungan membabitkan Perak dan JDT sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

Kelebihan awal bagi aksi ini adalah kepada JDT yang bermain di gelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kejuaraan Sumbangsih sekaligus dapat menambah 3 mata berharga dalam carta Liga Super 2019.

Perak selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan JDT yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan JDT yang sememangnya mampu mencipta kejutan.

KEPUTUSAN LANGSUNG JDT VS PERAK PIALA SUMBANGSIH / LIGA SUPER 2019

Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan Piala Sumbangsih 2019 antara JDT lawan (lwn) Perak yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS PERAK 2.2.2019 LIGA SUPER /  PIALA SUMBANGSIH
Aksi perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super 2019 melibatkan pasukan JDT melawan Perak berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super 2019 (LS1) antara JDT lawan (lwn) Perak yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT 10 Perak
Stadium Larkin
Penjaring GolSumbangsih / LS1Penjaring Gol
41′
JUARA PIALA SUMBANGSIH 2019
 Johor Darul Ta’zim
MAKLUMAT BERKAITAN
Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan