Siaran langsung keputusan JDT vs PTT Rayong FC 23 Januari 2019 persahabatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 06:08 AM

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bertandang ke Thailand dalam siri perlawanan pra-musim meneruskan aksi persahabatan terakhir di Thailand dengan menentang pasukan PTT Rayong FC di Stadium KMITL Ladkrabang, Bangkok pada hari Rabu, 23 Januari 2019.

Pasukan PTT Rayong FC merupakan juara divisyen dua bola sepak Thailand musim 2018.

Kelab bola sepak Liga Thailand masih menjadi pilihan buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengadakan perlawanan persahabatan pramusim bagi tahun 2019.

Corak permainan, tahap bola sepak yang berkualiti dan jarak yang tidak terlalu jauh dengan Malaysia merupakan di antara faktor kelab bola sepak Thailand menjadi pilihan.

Selain itu, perlawanan pramusim juga menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain serta mempersiapkan pasukan JDT untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

JDT semestinya akan menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan sebuah skuad yang terbaik bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC dan juga misi mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimiliki.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS PTT RAYONG FC 23.1.2019 PERSAHABATAN PRAMUSIM
Aksi perlawanan persahabatan pra-musim melibatkan pasukan JDT melawan PTT Rayong FC berlangsung pada hari Rabu di Stadium KMITL Ladkrabang, Bangkok bermula jam 6 petang mengikut waktu di Malaysia.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan pra-musim antara JDT lawan (lwn) PTT Rayong FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
PTT Rayong13JDT
Stadium KMITL Ladkrabang
Penjaring GolPre-seasonPenjaring Gol
11′ Apiwat PengprakonGonzalo Cabrera 47′
Safawi Rasid 57′
 Syafiq Ahmad70′