Siaran langsung Pahang vs Selangor final Piala FA 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:15 AM

Aksi final Shopee Piala FA Malaysia tahun 2018 menyaksikan pasukan Selangor menentang Pahang bagi merebut gelaran juara dan menjulang trofi piala FA dalam perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 7 Julai 2018.

Pahang mara ke final Piala FA Malaysia 2018 selepas menewaskan PKNP FC dengan agregat 3-2 manakala Selangor pula menang agregat 5-1 ke atas PKNS FC pada aksi separuh akhir.

Berdasarkan prestasi semasa, pasukan Pahang dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan akhir Piala FA 2018. Namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Selangor yang mampu mencipta kejutan.

Mengenai aksi perlawanan akhir (final) Piala FA 2018, peminat dan penyokong Selangor dan Pahang pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan sekaligus bergelar Juara Piala FA 2018.

KEPUTUSAN TERKINI PAHANG VS SELANGOR 7.7.2018 FINAL PIALA FA 2018
Aksi perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2018 melibatkan pasukan Selangor melawan (lwn) Pahang berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan final Piala FA 2018 yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Selangor lawan (lwn) Pahang.
PasukanMasa PenuhPasukan
Selangor02Pahang
Stadium Nasional Bukit Jalil
Penjaring GolPenjaring Gol
Azam Azih 22′
Cruz 62′
JUARA PIALA FA MALAYSIA 2018
Pahang