Kadar harga terkini bayaran zakat fitrah 2019 seluruh negeri di Malaysia

Harga bayaran fitrah 2019 bulan Ramadhan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 25 November 2018 jam 05:13 PM

Bulan Ramadhan wajib dilunasi dengan memberikan sedikit harta kekayaan yang dimiliki menerusi pemberian zakat fitrah kepada orang miskin yang hakikatnya sentiasa merasai keperitan.

Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan. Waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

Pembayaran Zakat Fitrah lebih sesuai dilakukan sepanjang Ramadan kerana kesibukan seseorang mungkin menyebabkan mereka tidak sempat menunaikannya atau terlupa menunaikannya.

Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan. Zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan itu.

Zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa. Sekiranya seseorang itu terlupa, maka hendaklah segera menunaikannya walaupun sudah terlepas waktunya dan memohon ampun kepada Allah SWT diatas kelalaiannya.

Kadar zakat fitrah biasanya ditetapkan pihak berkuasa agama menjelang Ramadan dan ia kadangkala berbeza mengikut negeri kerana kaedah penentuan dibuat menerusi gred beras untuk sesuatu masa.

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2019 bersamaan 1440 Hijrah seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH SELURUH NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 2019/1440H
Negeri20192018
Negeri Perlis PerlisRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Kedah KedahRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Pulau Pinang Pulau PinangRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Perak PerakRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Selangor SelangorRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Sembilan N.SembilanRM6.50RM6.50
Bendera Negeri Melaka MelakaRM6.70RM6.70
Bendera Negeri Johor JohorRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Pahang PahangRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Terengganu TerengganuRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Kelantan KelantanRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Sarawak SarawakRM7.00RM7.00
Bendera Negeri Sabah SabahRM7.00RM7.00
Bendera WP Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Bendera WP Putrajaya Putrajaya
Bendera WP Labuan Labuan
RM7.00RM7.00